ini saya-

In the name of Allah,

saya persembahkan contengan saya. ini contengan, bukan lukisan.

ini tentang saya dan kehidupan.
coret-coret sebuah perjalanan mengenal Tuhan.

ArRahim melihat saya yang menulis, dan anda yang membaca, haa..jangan berani nak buat ikut suka.

hijrah itu superb. tapi sy lambat. tolong saya, bagi tazkirah. orang kata, tolong-menolong amalan mulia.

Semoga nasrullah mengiringi sebuah perjalanan usaha atas iman. usaha anda. usaha saya. usaha kita. dan usaha mereka.

usaha yang tulus mampu tembus hingga ke alam luar kalkulus._32492says

iman is like an airplane. the higher you go up. the smaller things on earth look_imam safi khan says


berjalan. kadang senget. berlari. kadang terjatuh. biar. Allah tahu. daku yakin.

Lilypie Kids Birthday tickers
Showing posts with label Puspa hati. Show all posts
Showing posts with label Puspa hati. Show all posts

Oct 20, 2013

petani yang buntu.

Bismillah.
Moga Allah redha.

Dunia adalah tentang memegang amanah; melaksanakannya, serta membuat keputusan dari pilihan-pilihan yang ada.
Dan kerana hidup dan kehidupan adalah rahsia Tuhan yang nyata,
maka kepada Tuhanlah kita harus bertanya tentang apa pun pilihan yang ingin kita buat.

Kenapa mesti Allah?
Kerana tidak ada walau sehelai daun pun yang gugur di luar pengetahuanNYA. (Al-an'am:59)
Dan kerana Allah tahu apa yang ada dalam setiap hati, meski nyata atau rahsia.(Al-Mulk:13)

Ada seorang petani yang diberikan rezeki memiliki sebidang tanah yang luas. Kering, dan tidak mengizinkan tanaman.
Tanah seluas itu, hanya di isi dengan rumahnya; kerana hanya itu yang dia ada.

Maka suatu hari, petani yang ingin mencari rezeki diberikan sampan kecil untuknya berusaha.Maka petani bertanya kepada Allah, haruskah dia menerima sampan itu..sedang lautan berada jauh dari kawasannya.Dan Allah menjawabnya dengan menjadikan seisi rumah si petani merasa lapang terhadap sampan itu. Maka petani mengambilnya.

Aug 18, 2013

mesir. dan hati yang ada di dalamnya.

Bismillah.
Allah, redhai daku yang menulis.
Dan mereka yang membaca.

Ya muqallibal qulub, tsbbit qulubana 'ala diinika wa 'ala tho;atik.
Wahai Yang Membolak-balikkan hati, Tetapkan hati kami atas agamaMU dan untuk mentaatimu.

Pasca pelbagai fitnah atas dunia, Mesir kini berdarah.
bumi anbiya disirami sarah syahid syuhada.

Untuk menulis tentangnya sungguh daku hilang kata-kata.
Dengan pengetahuan sirah yang sepinggan cuma, tiada apa yang boleh daku ceritakan.

tapi ada kepingan cerita yang mampu InshaAllah daku menulis sedikit tentangnya.

Feb 22, 2013

Any fresher, you have to peel it for yourself.

dengan nama Allah yang maha menghilangkan dukacita.

Assalammualaikum wahai mata-mata yang membaca.

ehem. ini saya ada satu cerita.

cik H (sila doakan cik ini mudah menjadi puan) membaca surah yassin setiap hari.
ikut sempat.
kadang lepas subuh, kadang sebelum mula bekerja.

tapi yang pasti, setiap hari.
kenapa?

sebab dia ini ada banyak kemahuan yang tidak dia pasti dia perlu atau tidak, dan dia terdedah dengan pelbagai perkara yang boleh menyebabkan dukacita.

ehem.

apa kaitannya?

ini.

bersama. frasa ini serius osem!

dengan nama Allah yang maha sempurna.
Assalammualaikum mata-mata yang membaca.

sebelum meneruskan bacaan, silakan berselawat sebelas kali.

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11.

hoyeh! buatlah hari-hari. inshaAllah Rasulallah sayang kita lebih ;)

bersama.

hoh? apakah motif saya mengunakan perkataan ini sebagai tajuk?
kerana saya sungguh sangat teruja dengan maknanya.

Feb 12, 2013

ucapan happy birthday yang tidak difahami

dengan namaNYA yang maha sempurna.

assalammualaikum mata-mata yang membaca.
kaifa halukum?
semoga sedang berbahagia,
jika sedang diuji, maka semoga beroleh pertolongan. inshaAllah :)

ingin saya berkongsi tentang sambutan maulidur rasul peringkat daerah yang saya sertai minggu lepas.
pelaksanaannya lewat sedikit. sebabnya, tidak mahu clash dengan sambutan peringkat negeri, yang memerlukan wakil rakyat menghadirkan diri.

dari kaca mata saya yang kecil.

1. berpagi-pagi.
Staff hospital yang ikut serta dengan perarakan diminta berkumpul pada jam 6.30 pagi di lobi hospital, dengan berpakaian biru.
maka berpagi-pagilah semuanya.
kenapa?
kerana turut serta dengan perarakan sempena sambutan maulidur rasul.

maka sekiranya mereka berpagi-pagi untuk memuliakan baginda yang dicintaiNYA , maka beruntunglah mereka yang berpagi-pagi itu.

Jan 4, 2013

Dance through the rain.


Bismillahirahmanirrahim.
Assalammualaikum mata-mata yang membaca.
Kaifa halukum?

ehem, sempena ujian yang sedang melanda hati dan jiwa saya ini, ingin saya berkongsi dengan anda tentang hujan, yang amat saya cinta. (bukan kumpulan atau vokalis hujan hokeh.. )

saya, seorang aisy aisyah (bukan nama sebenar) ini percaya,
kita tidak akan sakit andai kita bermain hujan dengan gembira.

Saya sememangnya sangat percaya pada kata-kata saya ini. woha!
meski belum diterbitkan mana-mana buku, sebagai bakal penulis (koya sungguh!) saya berhasrat akan menulis sebuah buku artikel 1 mukasurat tentangnya. kenapa saya begitu yakin dan percaya, dan apa bukti-bukti yang saya ada. dan oh, segala penyelidikan eksperimen  yang pernah saya lakukan.

setakat ini, saya telah mengutarakan fakta teori saya ini kepada 3 orang.

Jan 2, 2013

apa benar daku begitu jauh?

dan turun naiknya iman
sungguh membuatku nanar perasaan.

bagaimana jika segalanya tidak seperti yang daku inginkan?
bagaimana jika tadbirku bukn seperti yang Dia takdirkan?

daku gusar
sungguh jiwaku kering
membuat paksi seperti enggan berpusing
terasa diri terbuang jauh
dari mereka yang punya pegangan kukuh.

Tuhan
bantu daku bernafas
sungguh, kini daku terkapai hampir lemas.

Nov 24, 2012

sebab yang abadi..

dengan namaNYA yang maha sempurna.
Assalammualaikum, mata-mata yang membaca.

sudah terlalu lama tidak menconteng.
ku kira contengan kali ini kerana rindu,
mencurah sesuatu pada sesuatu.
dan oh, berpandu ilham dari Dia yang Satu.

*it rhymes! yeah, i have it, still :P

"sebab yang abadi"

setiap sesuatu itu perlu sebab sebenarnya.

saya jatuh cinta.
sudah tentu saya punya sebab untuk jatuh cinta.

saya jatuh tangga.
sudah tentu saya juga punya sebab untuk jatuh tangga.

saya jatuh katil.
pastilah juga ada sebabnya hingga saya terjatuh katil.

tak kira la jatuh dari mana atau ke mana, kalau dah jatuh tu, jatuh lah juga.
tak boleh buat apa-apa.

Aug 8, 2012

dan jangan fikir Dia tidak tahu_

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum reading and fasting eyes:)


have you say your "Alhamdulillah" today?
it's great to know we're still alive isn't?
hey..beware dearie..
 do remind yourself to do something good today, it may be our last breath.
who knows, kan?

..dan tiada seorangpun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok hari, dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi manakah dia akan mati. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi amat meliputi pengetahuanNYA.
Surah Luqman: 34


#okeh, itu mini reminder.

back to the post title, Jangan fikir Dia tidak tahu.

Ada seorang ibu, yang telah melahirkan anak 9 hari yang lepas.
Ibu itu berusia 29 tahun.
anak yang dilahirkan itu ialah anaknya yang sulung.
Alhamdulillah, sihat.
bersalin secara normal.

Tidaklah sempat saya bertanya telah berapa lama dia bernikah dengan suaminya, tapi pada pengamatan saya tentulah baru lagi, kedua-duanya pun masih muda.

ibu itu, dibawa ke hospital dengan ambulans ketika anaknya berusia sembilan hari.
ditemani suami.
yang kemudian menanti di luar kerana isteri sedang dirawat.
dan hati mereka berkomunikasi.

"kasih, aku cinta kamu. Doa setulusnya, segalanya akan baik-baik saja."

tanpa sempat berpamitan, suami menanti di luar.


menanti.
dengan sabar.
jutaan doa menari di hati
beratus ribu lagi bermain di bibir.
Tuhan, ku pohon yang terbaik untuk bidadariku.
Aku mohon,
yang terbaik untuk bidadariku.

menanti.
lagi.

dan suami dipanggil ke dalam.
bertemu isteri.
oh..girangnya hati
dapat bertemu mata dengan sang permaisuri
melihat senyumnya saja sudah membuat jiwa hangat 
persisnya mentari pagi.

dan tiba-tiba senyumnya mati.
kaku.

Jul 17, 2012

ini status fb saya_ngehehe..

Dengan namaNYA yang maha sempurna,
Assalammualaikum mata-mata yang membaca.


Assalammualaikum juga jantung yang sibuk mengepam darah.
oh, encik peparu yang tak berhenti tukar darah terdeoksigen kepada darah beroksigen pun ada.

eh..encik perut, usus besar n usus kecil, assalammualaikum.
assalammualaikum juga cik hidung, encik buah pinggang.dan lain-lain yang tersebut namanya.

haa, anda yang tuan punya badan..sila berterimakasih pada mereka yang berkerja,
dan pada si DIA yang menjadikan mereka.
say Alhamdulillah hokeh!
hanya orang yang bergaya sahaja boleh buat begitu tahu.
sebab dia peka dengan apa-apa yang ada pada badan dia. hmm..ini sudah macam superman.
wah, anda ialah superhero dengan hanya menyebut Alhamdulillah!

okeh, itu ialah mini reminder. :P

 #ini entri malas,
maen kopipes sahaja_
bawah ini, status fb saya. hehe


selamat datang bulan chenta
selamat datang bulan sale pahala.
ramadhan kareem! ♥

#anda yg kerja petang masa ramadhan pertama, 
terawih sendirian itu manis juga.
Allah kan Al-'Alim sifatNYA.
Dia tahu apa yg ada dalam hati kita^^

#yang dabel shif masa bulan puasa,
jaga niat.
Supaya Allah redha.
7am-9pm..pahala berganda2!


















kalau mahu juga, ini ada entri dulu-dulu punya: 600-kali-ganda
dan ini juga : malam-ni-hantar-contengan-perjalanan

oh, ya..nah. hadiah untuk hati anda.
ثلاثة لاتُرَدُّ دعوتُهم الإمام العادل والصآئم حتى يُفطِرَ ودعوة المظلوم يَرفَعُها الله دون الغمام يوم القيامة وتُفتَحُ لها أبوابُ السماء ويقول بعزّتى لأنصرنك ولو بعد حينٍ

Tiga orang yang tidak ditolak doa mereka: Pemimpin Yang Adil, Orang yang berpuasa hingga dia berbuka dan doa orang yang dizalim…..diangkat oleh Allah di atas awan pada hari qiamat dan dibuka baginya pintu-pintu langit dan Allah berfirman, “ Demi kemuliaanKU pasti AKU menolong engkau walaupun hanya menunggu masa sahaja”.
(Riwayat Imam Ahmad, Tirmizi dan an-Nasai dan Ibn Majah )



orang yang paginya start dengan mathurat itu oh-semmmmmmmmmmmmmm!

Feb 25, 2012

Tadaa! (ini sound effect surprise)

Dengan nama Allah yang maha sempurna..
assalammualaikum beautiful souls:)
bagaimana hari ini?
semoga telah mensyukuri subsidi nyawa, nikmat iman n islam.
nikmat sihat juga. nikmat hensem. eh? hihi.
nikmat kiut. nikmat ada lappy. nikmat ada jari. nikmat ada mata. nikmat ada internet.
nikmat segala nikmat la. banyak tak tertulis.



eh? hoho..okeh..ini tersalah upload. 
tengok yang bawah ni..

tadaaaaa!
inilah dia motif sebenarnya.

what i would like to highlight in this post is:

COUNT YOUR BLESSING.
yuppo.

count your BLESSINGnot your BURDEN.


Andai hendak dinukilkan semua nikmat Allah kepada kita, pastilah kita tidak mampu. Maha Pemurahnya Allah, nikmat yang Dia kurniakan terlalu banyak, lebih banyak dan lebih besar daripada kesyukuran yang kita panjatkan padaNYA. 

Surah Ibrahim:4
"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidaklah dapat kamu menghitungnya.

so say Alhamdulillah.

*saya dah pernah buat entri yang lebih kurang begini. tapi biarlah. peringatan kan harus di ulang-ulang.
kita manusia ni, mudah lupa.
Alhamdulillah saya ingat hari ini.
semoga nanti bila saya terlupa, ada yang mengingatkan.

^_^








Oct 1, 2011

aku, hujan dan pelangi~

dengan namaNYA yang maha baik:)




Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah tercedera juga dan) mendapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaaannya hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), Kamigilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran), dan supaya nyata yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian daripada kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.
Ali-Imran:140

life's like that(",)..
as the wheels on the bus go round n round..
kita pun camtu la..
kejap atas..kejap bawah..
lagipun..
kalau tak kena hujan..bila masa nak nampak pelangi kan?
(^_^)
Kita ini, bernafas dengan izinNYA, 
bergerak dengan kekuatanNYA..
maka TIADA APA yang mampu kita lakukan TANPA DIA.
TIDAK ADA.

maka bila lemah,
adulah pada DIA..
kerana DIA MAHA KUAT.
semoga diberikan dirimu sedikit kekuatan.

kita hanya HAMBA
koma
maka kita SENTIASA perlukan DIA, 
noktah.


*p/s: ayat2 ni, sy cilok dari sini.

Sep 26, 2011

cantik ada di mana-mana:)

dengan namaNYA yang maha baik,
assalammualaikum mata-mata yang membaca..
bagaimana usaha iman? may everything went well,insyaAllah:)

hari ni mahu kongsi sikit tentang cantik.
















peringatan itu, ada di mana-mana bagi mereka yang berfikir.
di bustop, di dalam bas, di luar bas, di kiri bas, di kanan bas..di mana-mana pun. (*kenapa bas jadi mangsa??)
yang pentingnya, ada fikir dan zikir bersama-sama kita pada masa tu:)
kan?
Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya) dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.  
(Al-Baqarah:269)
tadi saya dan rumet tonton stanza cinta.
ada juga la yang saya tak berapa nak suka kan.. (seperti heroin yang digambarkan solehah tapi stokin xda pun:-(. huhu ).
tapi mengaplikasikan prinsip di atas, iaitu "find the beauty in everything" dan "peringatan tu ada di mana-mana bagi mereka yang berfikir" maka saya pun menggunakanlah 10% daripada neuron2 yang aktif di dalam otak ni, untuk sedikit fikir dan zikir.

heroin tu (nama dia amni something..atau mungkin something amni) kata camni,
"kadang-kadang, kekurangan orang lain itu, ladang pahala untuk kita..
supaya kita boleh memaafkan dan memberi peringatan kepada mereka..

kita ni pun, disukai orang, sebab Allah tutup aib kita..."

Sep 24, 2011

berbaik hati lah dengan hati kita:)

dengan namaNYA yang maha sempurna,yang maha pengasih, lagi maha penyayang.
Assalammualaikum mata-mata yang membaca:)
apa khabar iman di hati? semoga sedang berbahagia dengan usaha diri,insyaAllah^_^

anda pernah ada masalah?
mestilah pernah kan..
mustahil la kita free dari masalah.
masalah tu hari-hari ada, cuma bezanya ada yang kita rasa mudah nak handle, ada yang kita sukar nak handle.
kan?

well, that is life:)
bibir kita mengukir senyum dengan segala nikmatnya..
dan hati kita berjuang menghadapi mehnah dan tribulasinya..
tapi tahu tak..sebenarnya kan....




















apa yang ingin saya kongsikan di sini, berbaik hatilah dengan hati kita.
ada benda yang kita betul-betul rasa tak mampu, kita biar sahaja.
kita kan ada Tuhan yang Maha Hebat?
serahkan sahaja pada Dia.
nak susahkan hati buat apa..
nanti tak pasal-pasal..kita jadi berputus asa pada rahmatNYA pula..
ish..nauzibillahhi min zalik..berdosa tu.

bumi pun ingat airmata dan peluh mak ayah. kita?

dengan namaNYA yang maha sempurna,
yang memiliki diriku, dirimu dan seluruh alam semesta.
Assalammualaikum mata-mata yang membaca:)
kaifa halukum? may every single and each of you are blessed with iman and taqwa, insyaAllah.

ni saya mahu share beberapa cerita, yang membawa satu derita, derita ibubapa bila anaknya seperti hilang cinta.

saya buat latihan praktikal di jabatan kecemasan satu hospital ni. masa tu, jaga kaunter *triage.
*triage ialah proses di mana pengambilan tanda-tanda vital (tekanan darah, kadar nadi, suhu badan,pernafasan dan skor kesakitan) dijalankan, disamping penilaian terhadap keadaan pesakit. pesakit diasingkan mengikut keutamaan mendapatkan rawatan. 


ada seorang makcik ni, datang sebab SOB. (SOB=shortness of breath, kesukaran bernafas.)

saya     : jadi apa ni macik?
macik   : macik penat.. (orang2 utara ni refer kesukaran bernafas/ asma sebagai "penat". sungguh la saya      bingung masa mula2 dengar dulu.)
saya     : biasa sedut gas ke?
macik   : tak.
saya     : ada batuk2 tak 2-3 hari ni?
macik   : haa..duk batuk2 la ni jadi penat ni.
saya     : ada gelema? (gelema=kahak)
macik   : ada.
saya     : ada penyakit apa2 tak sebelum ni?
macik   : darah tnggi ada..kencing manis pun ada.
saya     : okey macik, jom masuk dalam.
*perbualan ini berlaku sambil pengambilan tanda2 vital, auskultasi peparu, dan dokumentasi kad triage dijalankan.

macik masuk sebagai yellow case sebab spo2 (kadar oksigen dalam badan) cuma 93%.
macik baring atas katil, saya bagi nasal prong. (nasal prong ialah tiub yang disambungkan dengan oksigen, terus ke hidung. emm..maksud saya lubang hidung. hee..).
pastu inform ngan doktor.
pastu saya datang balik dekat makcik tu, untuk buat ecg pulak. sambil2 me'ready'kan macik untuk ecg, saya tnya2 la cket..

saya   : macik mai dengan sapa ni?
macik : sorang. macik naik teksi.
saya   : anak2?
macik : ish...depa susah la nak ajak mai spital ni..
saya   : emm..(speechless)
macik : macik ajak dah tadi..tapi depa xnak.
saya   : hmm...(speechless lagi)
macik : depa penat kot..
saya   : a'ah..ni depa tau tak macik mai hospital sorang ni?
macik : tahu..
saya    : okey macik, kita cek jantung sat naa..macik bernafas macam biasa, jangan bergerak dan jangan bercakap..

siap tu, doktor dan paramedik yellow zone pun datang. jadi saya pegi triage semula.

datang pulak seorang pakcik ni, sakit dada. sakit dada ni bahaya, tolak masuk terus, and buat ecg.
sekali lagi, perbualan semasa memasang lead ecg.

saya   : pacik mai dengan sapa ni? 
pacik : jiran mai hantar.
saya  : IC ada bawak pakcik?
pacik : ada, dengan  jiran.
saya  : ooo....xpa2.
pacik : pacik duduk sorang, macik meninggal bulan lepas.
saya  : anak?
pacik : anak pacik sorang ja..dia duk jauh. lama dah xjumpa pun..
saya  : emm...(speechless)
pacik  : macam tu la bila dah tua ni..
saya   : .... (super speechless!)
pas buat ecg, saya p cari jiran pacik untuk buat pendaftaran. and other management continues..

pastu saya balik ke kaunter triage. kawan2 tengah triaging beberapa pesakit lain. saya tanya random,
saya    : pacik tu kenapa?
kawan : anak dia jatuh motor..
saya    : oo...ingat dia yang sakit.
kawan : dia risau sangat tu..
saya    : emm...

apa yang dapat saya lihat, betapa ibubapa super risau bila kita tak sihat, bila kita sakit, bila kita cedera.
tapi kita?
dah dewasa..dah nikah..dah ada rumah sendiri, mak ayah kita tinggal macam tak pernah ada cinta.

dulu kita sakit sikit, Allahurabbi...mak macam nak menangis tahu? ayah tak kisah penat macam mana pun, tetap nak hantar kita pegi hospital kalau kita sakit. A.S.A.P!
yang kita ni..mak sesak nafas boleh kita buat tak kisah?
nauzubillahi min zalik..
macik SOB tadi didiagnos pnemonia. dia kena masuk wad. anak-anak dia tahu?
tak.
ops..maaf. sy seharusnya kata, "belum tahu lagi."

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal hingga tempoh menceraikan susunya ialah dlam tempoh dua tahu; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKU dan kepada kedua ibubapamu; dan ingatlah, kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)"
(Surah Luqman: 14)

pacik sakit dada tu, ada Myocardial Infarction.
anak dia tahu? tak. "anak duduk jauh..lama dah tak jumpa pun.."
Nauzubillahhi min zalik...


"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya...(hingga akhir ayat) "
(Al-Ankabut,8)



I'm not judging them, sebab saya tak kenal dan tak tahu kehidupan mereka. cuma saya rasa sangat2 terkilan dan malu sebagai seorang anak..kerana sanggup memperlakukan ibu ayah sebegitu rupa. whaf if tempoh pinjaman yang ArRahman bagi tamat dalam keadaan kita tak sempat berterima kasih? lebih parah lagi..dalam keadaan dorang kecik hati dan kita tak sempat minta maaf? 


kita ingat tak ni air mata mak dan peluh mak ayah yang menitik sebab kita?
kalau tanya bumi pun bumi ingat.
kita ni?
Allah....
lupakah kita pada ayat-ayat ini:

"Katakanlah, Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan Allah dengan sesuatupun dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa kamu...(hingga akhir ayat)"
 (Al-An'am:151)


"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNYA semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau  berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan 'Haa' dan janganlah engakau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
(Al-Isra': 23)



ke mana hilangnya cinta itu?
cinta yang dulu kulihat dalam matamu..
kudengar pada manja suaramu..
anakku..
sungguh aku rindu pada cinta itu.

tidak ku perlu pada hartamu..
tidak ku damba pada sanjunganmu..
hanya sedikit masamu yang kuperlu..
secebis kasihmu yang kurindu..
kerana setinggi mana pun engkau wahai permataku..
tetap engkau kulihat sebagai anakku.
yang perlu pada kasih dan sayangku..
aku rindu cinta itu anakku.


ni satu ayat lagi, saya cadangkan anda cari sendiri dalam Al-Quran. Ayat 15 surah Al-Ahqaf.

semoga kita jadi anak yang soleh dan solehah..
atau lebih tepat lagi, semoga kita terus berusaha menjadi anak yang soleh dan solehah..
dan semoga nasrullah mengiringi usaha kita itu.
amin_

Sep 23, 2011

cinta BUTA?

In the name of Allah_
Assalammualaikum mata-mata yang membaca..
pernah dengar cinta itu buta?


signifikan la kot dengan ayat ni..
A woman is not written in braille. You don't have to touch her to know her.
kan?
selalu dikatakan cinta itu buta.
iya meh?
andai kebutaan cinta itu ditakrifkan dengan tidak mampu lagi melihat mana yang hak, mana yang batil, yang mana tipudaya syaitan, yang mana halal dan yang mana haram..maka adakah cinta anda buta?
that is for you to think. 
to evaluate. 
and to take action. 
sebab hanya anda tahu cinta anda bagaimana. 

tapi saya pasti, cinta orang beriman itu tidak buta.
cinta yang sejati tidaklah buta. rabun tu mungkin la. tapi boleh pakai spek..:p
tetap ia mampu membezakan yang mana baik, yang mana buruk, yang mana halal, yang mana haram dan yang mana tipudaya syaitan..
tetap ia celik dan patuh pada hukum cinta yang Dia tetapkan.




















try baca ni.
semoga kita menjadi lebih baik,insyaAllah.
pencinta yang sememangnya layak dicintai..hingga ke syurgaNYA_

Judgemental?

Dengan namanya yang sempurna..
Assalammualaikum reading eyes;)
kaifa iman fil qalbukum?
may everything went well, insyaAllah.

entri kali ni pendek saja. (macam la sebelum ni panjang sangat kan?)
A sentence, yang saya rasa worth to think and heed of.
be a thinker, never a judger_



eh, why do because?
sebab..
kita takkan pernah  mampu melihat orang lain sepertimana Dia Yang Maha Melihat melihat mereka.
mata kita dua ja la..ada yang *6/6, 6/9, 6/36 dan bermacam lagi.
kita ni ada yang miopia,hiperopia,astigmatisme..ada hati nak tengok/nilai orang lain ikut suka..
*nombor2 ini ialah tahap penglihatan untuk carta Snellen. insyaAllah akan dikongsikan dalam 2 atau 3 entri depan,insyaAllah:)


boleh jadi dia jahat macam Voldemort depan kita, but then behind us, dia adalah seorang Dumbeldore.
boleh jadi dia selfish macam Squidword, tapi pada ketika yang lain, loving macam Spongebob.
cukuplah kita sekadar berfikir macammana boleh jadi macam tu..dan bagaimana untuk elak dia terus jadi macam tu.
help them!
think.
but don't judge.
We never know how their path like.
or how they pave it.
never even wear their shoes.
how can we dare judge?
we don't even understand how the situation goes.

Get my point? Jangan jadi judgemental.
we never know a person MORE than ArRahman does.
Hold on to that. <--- you too, qamarinafatin.

Sep 16, 2011

Ayam vs redha

dengan namaNYA yang maha sempurna..
assalammualaikum reading eyes:)
kaifa halukum?
semoga sedang berbahagia menikmati cinta, kasih dan redhaNYA yang maha luas(",)

okeh..ni nak cerita sikit pasal ayam.
haa..ayam?
hehe..iya..ayam:)

dalam beberapa minggu lepas (ceh..cerita basi rupanya), saya adalah pegi shopping barang dapur ni.. 
shopping orang bujang je..
beras,sayur labu (saya tak suka labu. Tapi Rasulallah sallahualaihiwassalam suka sayur labu. maka, saya pun terus menyukai labu^_^ ), sayur kubis, kacang buncis, tomato, carrot, mix veggie.
then tiba2 rasa macam mahu masak ayam masak merah.
maka saya pun cari lah ayam.
jumpa.
then beli.

lagi sekilas..:)

dengan namaNYA yang maha sempurna..





segalanya akan indah pada waktunya,insyaAllah.
saat si ulat beluncas menyangkakan kehidupannya berakhir,
dia akhirnya menjadi rama-rama yang cantik:)
Serahkan sahaja pada DIA.

It is HIM, who knows BEST(",)

sekilas..:)

in the name of Allah_


Bukan saja-saja Allah meletakkan anda dalam bidang itu
Bukan saja-saja Allah mengurniakan anda kepakaran itu
Bukan saja-saja Allah memasukkan kelemahan itu
Bukan saja-saja Allah memberikan ujian sebegitu
Bukan saja-saja Allah membiarkan anda mengemudi dalam keadaan sebegitu

Melainkan Allah Tahu anda akan memberikan sesuatu dalam bidang itu
Melainkan Allah Tahu anda bakal membiakkan ilmu-ilmu itu
Melainkan Allah akan temukan anda dengan insan-insan ikhlas membantu
Melainkan Allah mahu menguatkanmu
Melainkan Allah mahu anda tahu betapa tingginya kasih sayangNya padamu

Tidakkah anda mahu bersyukur?

everything happens for a reason.
it is HIM, who knows BEST.
Have FAITH:)