Assalammualaikum wahai mata-mata yang membaca.
ehem. ini saya ada satu cerita.
cik H (sila doakan cik ini mudah menjadi puan) membaca surah yassin setiap hari.
ikut sempat.
kadang lepas subuh, kadang sebelum mula bekerja.
tapi yang pasti, setiap hari.
kenapa?
sebab dia ini ada banyak kemahuan yang tidak dia pasti dia perlu atau tidak, dan dia terdedah dengan pelbagai perkara yang boleh menyebabkan dukacita.
ehem.
apa kaitannya?
ini.
mim-ba-ya-nun.
mubiin.
maknanya nyata. atau jelas.
dia diberitahu, antara masa yang baik untuk berdoa ialah selepas setiap perkataan 'mubiin' dalam surah yassin.
dia percaya.
beramal dengan ayat Allah.
siapa yang tak percaya? saya pun percaya.
pernah buat?
selalu.
dulu, masa nak sangat merasa dapat result 4 rata, saya buat tahu?
dapat tak?
Alhamdulillah, dapat.
kerana banyaknya hajat yang macam-macam, dan kerana malunya cik H kerana asyik meminta pada Dia, cik H ingin sekurang-kurangnya, dia berusaha untuk meminta dengan sungguh-sungguh.
bukan sekadar,
Allah, saya nak itu. lepas tu, nak ini juga. lepas tu, bagi saya ini ya?
begitu sahaja.
ingat Dia itu kawan?
Dia itu Tuhan tahu, Tuhan.
Raja segala raja.
seraja-raja Rajagopal, raja lagi raja sebuah negara. seraja-raja raja sebuah negara, raja lagi raja kepada raja sebuah negara.
seraja raja raja kepada raja sebuah negara, raja lagi raja kepada raja kepada raja sebuah negara.
seraja raja raja kepada raja kepada raja kepada raja kepada raja kepada raja kepada raja kepada raja raja kepada raja kepada raja kepada raja kepada raja kepada raja kepada raja kepada raja kepada raja sesebuah atau beberapa buah negara, raja lagi Allah.
malah berinfiniti kali lebih raja.
dengan sultan nak minta itu ini sopan dan beradab tak ingat, dengan yang paling raja minta semberono.
apakah?
Tapi dek kerana sifatNYA yang maha pengasih, lagi penyayang dan super cinta, maka diberikanNYA juga meski kita minta macam tak berapa nak minta. kan?
jadi, sebagai orang yang bijak serta pintar, marilah kita meminta dengan penuh berhemah.
meminta dengan sesungguhnya.
sedang anak kecil berusaha untuk menangis saat tidak diberikan benda yang mereka minta.
kembali kepada cik H.
bukanlah maknanya cik H membaca surah yassin semata-mata kerana berhajat untuk itu dan ini.
tidak,
Cik H membaca surah yassin setiap hari, inshaAllah untuk mengingatkan dirinya, bahawa dia hanya hamba yang tidak punya apa. hanya ada Allah. semua yang lain hanya pinjaman semata.
kita pun begitulah.
kita baca, sebab Allah suruh kita baca ayat-ayatNYA.
tapi kenapa surah yassin?
err..bukan surah yassin sahaja. 113 surah lain juga.
disebabkan kita baru bermula, jadi kita pilihlah surah-surah pilihan dulu.
Surah Yassin hanya satu daripadanya.
telah dikatakan bahawa Surah Yassin itu hati Al-Quran.
heh, rugi woo tak baca.
antara part febret cik H dalam doa tersebut ialah ini;
" Ya mufarrijal humum, ya mufarrijal farrij, ya mufarrijal farrij. farrij anna humumana..."
ya mufarrijal humum = wahai yang maha menghilangkan dukacita
ya mufarrijal farrij = wahai yang maha menghilangkan, hilangkanlah! (ayat ini di ulang 2 kali)
farrij 'anna humumana = hilangkanlah daripada kami kedukaan kami
tengok....
cantik kan? cantik kan?
part ni memang tutup mata kaw2 la sambil berdoa.
mengamalkannya hari-hari sungguh membuat kita kuat.
menghilangkan dukacita.
hilang.
hilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaang! (saya sedang membuat aksi terbang)
kadang-kadang, bukanlah duka tersebut yang pergi, tetapi hati kitalah yang menjadi kuat.
ada baaaaaaaaaaaaaaaaaaaaanyak lagi fadhilat surah yassin ini. saya hanya cerita sikit. Anda nak tahu apa lagi fadilatnya?
Cuba buat.
amalkan.
And feel it for yourself.
anda akan menjadi positif tiap masa.
riang gumbira.
siap boleh menari tarian pocoyo atas batu refleksologi.
seperti iklan salah satu minuman febret saya, "any fresher, you have to peel it for yourself." Peel fresh.:P
wak diri boh! baru mu raso gapo kawe raso. woha!