Usaha yang tulus mampu tembus hingga ke alam luar kalkulus! soleh=cool lagi maveles. solehah=gojes lagi osem.
ini saya-
In the name of Allah,
saya persembahkan contengan saya. ini contengan, bukan lukisan.
ini tentang saya dan kehidupan.
coret-coret sebuah perjalanan mengenal Tuhan.
ArRahim melihat saya yang menulis, dan anda yang membaca, haa..jangan berani nak buat ikut suka.
hijrah itu superb. tapi sy lambat. tolong saya, bagi tazkirah. orang kata, tolong-menolong amalan mulia.
Semoga nasrullah mengiringi sebuah perjalanan usaha atas iman. usaha anda. usaha saya. usaha kita. dan usaha mereka.
usaha yang tulus mampu tembus hingga ke alam luar kalkulus._32492says
iman is like an airplane. the higher you go up. the smaller things on earth look_imam safi khan says
Feb 12, 2013
ucapan happy birthday yang tidak difahami
assalammualaikum mata-mata yang membaca.
kaifa halukum?
semoga sedang berbahagia,
jika sedang diuji, maka semoga beroleh pertolongan. inshaAllah :)
ingin saya berkongsi tentang sambutan maulidur rasul peringkat daerah yang saya sertai minggu lepas.
pelaksanaannya lewat sedikit. sebabnya, tidak mahu clash dengan sambutan peringkat negeri, yang memerlukan wakil rakyat menghadirkan diri.
dari kaca mata saya yang kecil.
1. berpagi-pagi.
Staff hospital yang ikut serta dengan perarakan diminta berkumpul pada jam 6.30 pagi di lobi hospital, dengan berpakaian biru.
maka berpagi-pagilah semuanya.
kenapa?
kerana turut serta dengan perarakan sempena sambutan maulidur rasul.
maka sekiranya mereka berpagi-pagi untuk memuliakan baginda yang dicintaiNYA , maka beruntunglah mereka yang berpagi-pagi itu.
tapi jika mereka berpagi-pagi untuk kelihatan paling bergaya, osem serta datang awal, maka sia-sialah segalanya.
2. berpakaian bersih dan menutup aurat.
ini perarakan sempena sambutan maulud nabi. kita kena pakai cantik-cantik.
kau tak tahu ke? Allahujamal wa yuhibbuljamil!
ehem.
maka bercantik-cantiklah mereka.
dan kerana mahu terlihat cantik, maka terpaksalah dikecilkan sedikit bajunya, biar sesuai dengan bentuk tubuh.
"cun-cun nih! pergh, memang klass kau nyah!" (eh? lain macam bunyi..)
"Ya Allah, siti! cantiknya jubah kau! jahit sulam benang emas ni. beli mana?"
"oh, aku kirim dengan kawan yang duduk keyhel. import dari mesir ni."
maka jadilah padang tempat berkumpul itu padang peragaan pakaian.
baju kurung, dengan style yang pelbagai. kurung moden, kurung pahang, kebarung, kebaya labuh, kebaya singkat.
melekat semuanya. membungkus dan bukan menutupi. simpati.
maka semoga dibukakan hati.
berjubah pun tak kurang hebatnya. hitam. tapi masih menyerlah dengan manik-manik besar yang superrrrrrrrrrrrrr banyak. dan tudung liplap2.
tengok bawah? mak aii...singkatnya jubah.
dan oh, mesti makcik ni lorat sangat, tak sempat cari stokin.
sedih. maka semoga diberikan kesempatan.
dan tidak kurang yang dari jauh seperti mengalami pendarahan dari mulut.
merahnya mak ngah!
ni agak-agak umur 48 dah ni.
hadoi! yakin sungguh makcik berlipstik.
ajar sikit? sungguh saya tak reti.
sedih. maka semoga diperlihatkan kecantikan alami.
3. berarak.
maka beraraklah mereka.
berjalan 4 kilometer sambil membawa sepanduk dengan ayat-ayat indah padanya.
berjalan dalam barisan yang cantik.
baju yang menyerlah.
macik cina di restoran india muslim.
+"tambi, dolang buat apa? jalan ramai-ramai, baju cantik-cantik bawa sepanduk."
pacik india muslim.
-oh, ini untuk sambutan kelahiran nabi kami.
+tala cakap itu hepi besday pun?
-oh, kami cakap arab. kasi doa keselamatan sama baginda rasul.
+wa tala dengal pun?
-oh, dorang cakap dalam hati ah soo. (ah soo= makcik)
+oo..tapi kalau kita gembila sambut besday olang yang kita sayang, kita nyanyi kuat-kuat oo..
- pacik muslim senyum. speechless.
+saya nampak dorang celita-celita oo..boleh meh cakap hepi besday dalam hati sambil bercelita sama kawan?
-si pacik senyum. lagi. malu. barangkali.
sedih.
maka semoga yang berarak tahu apa yang mereka arakkan.
dan sungguh, sekiranya cinta itu dibuktikan dengan berpakaian cantik, dan berarak 4 kilometer sambil bercerita dengan kawan sebelah, maka pincanglah cinta itu.
sedikit tidak mendoakan kesejahteraan dan keselamatan untuk yang dicintai.
maka jika cinta dibuktikan dengan bercuti umum setiap tahun, maka tempanglah cinta itu. bercuti, tanpa ada selawat atau doa mengiringi.
cinta,
sesuatu yang sampai pada Dia.
apa benar cinta jika tidak pernah mendoakan yang sejahtera?