ini saya-

In the name of Allah,

saya persembahkan contengan saya. ini contengan, bukan lukisan.

ini tentang saya dan kehidupan.
coret-coret sebuah perjalanan mengenal Tuhan.

ArRahim melihat saya yang menulis, dan anda yang membaca, haa..jangan berani nak buat ikut suka.

hijrah itu superb. tapi sy lambat. tolong saya, bagi tazkirah. orang kata, tolong-menolong amalan mulia.

Semoga nasrullah mengiringi sebuah perjalanan usaha atas iman. usaha anda. usaha saya. usaha kita. dan usaha mereka.

usaha yang tulus mampu tembus hingga ke alam luar kalkulus._32492says

iman is like an airplane. the higher you go up. the smaller things on earth look_imam safi khan says


berjalan. kadang senget. berlari. kadang terjatuh. biar. Allah tahu. daku yakin.

Lilypie Kids Birthday tickers

Nov 26, 2010

untuk sayang saya..(2)

Dengan namaNYA yang maha sempurna,pemilik segala cinta.

(Ooops! mode chenta lagi..hihi)

puisi untuk bakal imam saya..yang saya sendiri tak tahu siapa orangnya. 
untuk dia. 
KHUSUS. 
TIADA selainnya. 
 tapi, saya paparkan kerana saya yakin ada ibrahnya untuk semua. 
semoga bermanfaat..

untuk sayang saya..(1)

lama tak upload apa2..sungguh malas qamarinafatin nih..
pdn la follower sorg je..hik3~

puisi ni sy buat buln lepas..msa 2 mode 'chenta' kot..

Cinta saya dengan harga saya, cinta mereka dengan harga mereka.

Cinta bagi saya adalah tautan hati 2 insan..
yang bukan pada pertemuan,
bicara atau perlakuan..
tetapi pada Pemilik segala cinta..iaitu ArRahman.

Cinta bagi saya..
Adalah air mata malu kepadaNYA..kerana merindui makhlukNYA..kadangkala lebih daripada DIA..
Cinta bagi saya adalah rasa terhina kerana mendahulukan makhlukNYA..kadangkala melebihi DIA..

Cinta bagi saya bukanlah pemilikan penuh terhadap hati,
Tapi keinginannya..
untuk menjadikan saya yang ketiga..
Selepas Allah dan rasul,
Dan ibunya..
..kerana tanggungjawab seorang anak lelaki terhadap ibunya tidak akan selesai sehingga anak tersebut meninggal dunia.

Cinta bagi saya adalah keinginannya,
untuk saya menjadikan dia yang kedua dalam hati saya,
Selepas Allah dan Rasul..

Cinta bagi saya adalah pengongsian rasa bersyukur kerana masih bernafas..
sungguhpun dengan mehnah dan tribulasi..

Cinta bagi saya adalah usaha menerapkan sunnah
Dalam baitul kami..
Cemburu seperti ‘Aisyah..
Romantik seperti Rasulallah..
Lelah seperti Fatimah..
Sabar seperti Ali..

Dan kerana saya ingin dia seperti Muhammad..
Maka saya berusaha menjadi seorang Humairah..
Kerana saya ingin dia seperti Muhammad..
Maka saya berusaha menjadi seorang Siti Khadijah..

semoga saya mendapat nusrahNYA untuk menjadi hamba yang setia..insyaAllah~