ini saya-

In the name of Allah,

saya persembahkan contengan saya. ini contengan, bukan lukisan.

ini tentang saya dan kehidupan.
coret-coret sebuah perjalanan mengenal Tuhan.

ArRahim melihat saya yang menulis, dan anda yang membaca, haa..jangan berani nak buat ikut suka.

hijrah itu superb. tapi sy lambat. tolong saya, bagi tazkirah. orang kata, tolong-menolong amalan mulia.

Semoga nasrullah mengiringi sebuah perjalanan usaha atas iman. usaha anda. usaha saya. usaha kita. dan usaha mereka.

usaha yang tulus mampu tembus hingga ke alam luar kalkulus._32492says

iman is like an airplane. the higher you go up. the smaller things on earth look_imam safi khan says


berjalan. kadang senget. berlari. kadang terjatuh. biar. Allah tahu. daku yakin.

Lilypie Kids Birthday tickers

Sep 26, 2011

cantik ada di mana-mana:)

dengan namaNYA yang maha baik,
assalammualaikum mata-mata yang membaca..
bagaimana usaha iman? may everything went well,insyaAllah:)

hari ni mahu kongsi sikit tentang cantik.
















peringatan itu, ada di mana-mana bagi mereka yang berfikir.
di bustop, di dalam bas, di luar bas, di kiri bas, di kanan bas..di mana-mana pun. (*kenapa bas jadi mangsa??)
yang pentingnya, ada fikir dan zikir bersama-sama kita pada masa tu:)
kan?
Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya) dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.  
(Al-Baqarah:269)
tadi saya dan rumet tonton stanza cinta.
ada juga la yang saya tak berapa nak suka kan.. (seperti heroin yang digambarkan solehah tapi stokin xda pun:-(. huhu ).
tapi mengaplikasikan prinsip di atas, iaitu "find the beauty in everything" dan "peringatan tu ada di mana-mana bagi mereka yang berfikir" maka saya pun menggunakanlah 10% daripada neuron2 yang aktif di dalam otak ni, untuk sedikit fikir dan zikir.

heroin tu (nama dia amni something..atau mungkin something amni) kata camni,
"kadang-kadang, kekurangan orang lain itu, ladang pahala untuk kita..
supaya kita boleh memaafkan dan memberi peringatan kepada mereka..

kita ni pun, disukai orang, sebab Allah tutup aib kita..."
Allah! dusyumm!! kena sedas kat muka.
adedeh..sakit la pulak..
lepas dialog tu, saya macam tak dengar dah dialog seterusnya...
kiranya sedang mencongak diri sendiri la masa tu..

teringatla dengan gunung aib bercabang 3 yang saya ada..
Allah tutup..
and people see me as someone good?
haila...
Lepas tu teringat macammana saya bila berhadapan dengan kekurangan orang lain..aib orang lain..
did i react in a proper way??
Allahurabbi....
andai dapat kuundurkan putaran dunia..
dah la ada gunung aib bercabang tiga,
pulau dosa di mana-mana..
ada hati nak sombong  dan tak nak maafkan kekurangan orang yang membuatkan kita sedih..

maafkanlah..bukan saja-saja Allah tentukan macam tu..
everything happens for a reason, remember?

meh nak cerita sikit:
najmi rapat dengan fatrah. sopan, baik, berilmu, peramah, ngaji suara sedap pula tu.
tapi, makin kenal...makin banyak pula yang tak berapa nak berkenan di hati najmi.
fatrah ramai kawan perempuan. tapi tak rapat pun, dan dia masih jaga batas, ok..takpe2.
tapi ada sorang yang rapat betul-betul dengan dia. sms dan call tu perkara biasa, hari-hari. kadang2 tu jumpa. keluar sama.
okey...sms dan call tu memang perkara biasa bagi orang yang tak tahu..tapi bagi orang yang punya ilmu?
patutkah itu hanya menjadi perkara biasa?
najmi start berfikir dah..
as time goes by, makin banyak yang dia rasa tak elok.
did he judging?
well..he did.
najmi rasa macam ish...kecewa sangat2 dengan fatrah.
najmi pandang fatrah tinggi sebelum ni, dan sekarang, macam fatrah tu tak ada apa2 pada mata najmi.
dorang pernah bincang dan bertukar pendapat tentang perkara tu dan pada najmi, fatrah memang faham dan  tahu hukum.
tapi, masih juga macam tu. mesej, call dan jumpa2 tu tetap diteruskan,
makin lama, najmi rasa macam tak nak kawan dengan fatrah dah.
dan najmi jauhkan diri dari fatrah sebab kecewa dengan cara fatrah.
it shouldnt be that way..

najmi lupa..orang yang bersalah bukan untuk ditinggalkan..
najmi lupa..bukan kita yang memegang hati manusia..
najmi lupa..semua orang akan diberikan ujian..
najmi lupa..iman manusia itu, ada turun naiknya..
najmi lupa..ada masanya, kekurangan orang lain itu, ladang pahala buat kita..
najmi lupa, jika dia benar sayang, dia seharusnya mendoakan dan berusaha membantu Fatrah tanpa putus asa.

najmi lupa ayat ni
Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadiKan mereka (yang kafir) mendapat petunjuk(kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk(dengan memberi taufik) kepada sesiapa yang dikehendakinya (menurut undang-undang peraturanNya) dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.  
(Al-Baqarah: 272)



saya ulang,
kadang-kadang, kekurangan orang lain itu, ladang pahala untuk kita..
supaya kita boleh memaafkan dan menasihati mereka..
kita ni pun, disukai orang, sebab Allah tutup aib kita...
sebab Allah tutup aib kita..
Allah tutup aib kita..
kita tak seharusnya jadi judgemental, remember?


ingat doa antara dua sujud?
WAJBURNI..dan tutuplah aibku..
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?  
(Al-Qamar:32)
semoga hati dan mata kita dapat melihat kecantikan dalam setiap apa yang berlaku..
insyaAllah:)

2 comments:

uji said...

lumrah manusia, pelupa.

qamarinafatin said...

emm...betul3.