Atas keberkatan waktu dhuhaNYA cetusan ini mendatangi hati.
Khas; untuk salah satu jiwa yang ingin saya bawa ke syurga;
atas khabar gembira dari langit yang turun ke atap rumahnya.
Kawan, anggap ini persediaan.
Dan umumnya, untuk semua hiasan-hiasan yang ada di atas dunia.
Berbanggalah kerana Islam menganggap kita perhiasan dunia; dan bukan sekadar sebuah jiwa.
-happy reading. Moga Allah redha-
Telah menjadi hukum alam bahawa segala yang kotor perlu dibersihkan.
Baik kain, kereta, lantai, kasut, stoking atau apa pun; asalkan ianya kotor, maka wajib dibasuh. Bayi 4 bulan yang belum sampai 0.21% mengenal dunia pun diilhamkan Allah untuk menangis bila ‘pampers’nya kotor. Sunnatullah. Semuanya menyukai kebersihan.
Sebagai addiin, Islam sememangnya menitikberatkan kebersihan dalam kehidupan sehari-hari. Masih ingat kod 5 dalam Perkara Asas Fardu Ain yang kita hafal waktu sekolah rendah dahulu.? That code is linked to this post. Jadi sila ingat semula.
Hanya gadis bijak boleh membasuh kain.
Kenapa?
Premis 1: Basuh itu bersih. Bersih itu ?
Membasuh ialah proses membersihkan sesuatu daripada kekotoran. Demikianlah halnya dengan membasuh kain. Tapi definisi ini hanya superfisial. Jika kita mampu membesarkan sedikit jiwa kita untuk melihat definisi “membasuh” dengan lebih dalam, kita akan mendapati bahawa membasuh itu hakikatnya menyucikan. Membersihkan sesuatu daripada najis. Basuh itu bersih. Bersih itu suci. Suci daripada apa?
Daripada segala yang mughallazah, yang mutawassittah serta yang mukhaffah.
Kenapa?
Kerana pakaian itulah yang kita akan pakai bersolat. Berjumpa Tuhan. Raja segala raja. Seraja raja kepada raja kepada raja kepada raja kepada raja kepada raja kepada raja kepada raja seorang raja, raja lagi Allah. Nak bertemu raja mesti kena pakai bersih-bersih. Apa lagi raja kepada sekalian raja. Maka kita, jika hendak bertemu Allah dalam “five-times-a-day-date” itu, perlu memakai pakaian yang bukan hanya bersih secara fizikal, tapi bersih dari segi hukum.
Apa salah satu daripada syarat sah solat?
Suci badan, pakaian atau tempat sembahyang dari segala najis.
Premis 2: Nun-jim-ya-sin
Apa itu najis?
Najis ialah suatu benda yang kotor dan jijik . Najis menurut pengertian syara’, ia bermakna segala yang kotor yang membatalkan solat seperti tahi, nanah, darah dan sebagainya. Bagaimanapun benda yang jijik tapi pada syariat nya tidak membatalkan solat seperti kahak, hingus dan lain-lain tidak dikira sebagai najis.
2. Air kencing.
3. Tahi.
4. Darah. Semua jenis darah kecuali hati dan limpa.
5. Nanah. Segala macam nanah adalah najis sama ada ainnya berbentuk kental atau cair.
6. Muntah.
7. Mazi. Iaitu air putih yang keluar dari kemaluan ketika memuncak syahwat. Ia hanya terdapat pada lelaki dan perempuan. Tetapi lebih banyak pada kaum perempuan.
8. Wadi. Iaitu air putih kental yang keluar dari kemaluan mengiringi kencing atau kerana letih.
9. Arak atau tuak ( masam) . Setiap minuman keras yang memabukkan.
10. Anjing dan babi serta keturunannya.
i) Najis Mughallazah. (tebal) iaitu anjing dan khinzir
iii) Najis Mutawassitah. (Pertengahan) iaitu najis yang lain daripada dua jenis najis tersebut di atas. Najis pertengahan ini terbahagi kepada dua jenis; iaitu najis hukmiah dan najis ainiah.
Premis 3: H2O
Air yang kita ada dalam kehidupan seharian ada banyak jenis. Ada yang suci lagi menyucikan, ada yang suci tetapi tidak menyucikan, dan ada yang tidak suci kerana terkena benda najis.
Air yang suci lagi menyucikan terbahagi kepada dua, iaitu air mutlak dan air musyammas. Air mutlak adalah air yang kekal dengan sifat asal kejadiannya yang telah dijadikan oleh Allah s.w.t. Manakala air musyammas adalah air yang suci dan menyucikan tapi makruh menggunakannya; kerana boleh menyebabkan penyakit.
Air mutlak ada 7 jenis, Air hujan, air embun, air laut, air sungai, air salji, air telaga dan air mata air. Dan air yang boleh kita gunakan untuk bersuci dan menyucikan (membersihkan) benda-benda terkena najis (termasuklah pakaian) adalah air mutlak.
Bagaimana cara menyucikan?
Sila cari buku PAFA anda dalam stor yang berkenaan.
Premis 4: Kod 5 dalam PAFA
KOD 05: MEMBERSIHKAN ANGGOTA BADAN, PAKAIAN, DAN TEMPAT DARIPADA NAJIS.
SOALAN: Kaki anda terkena najis Mutawasitah. Terangkan dan tunjukkan cara bagaimana menyucikannya.
Ini ialah flashback ujian PAFA masa sekolah rendah dahulu.
Secara umumnya, najis yang paling kerap kita jumpa dalam kehidupan sehari-hari adalah najis tahap pertengahan; najis mutawasitah. Dan kerana sudah terlalu kerap kita bertemu dengan najis jenis ini, kita menjadi kurang peka tentang aspek penyuciannya.
Jangan, itu boleh jadi masalah.
Premis 5: Biozip, Daia, Dyanamo atau ?
Tidak kira kita basuh guna sabun jenis apa, yang penting ia halalan thoyyiban. Tapi perkara paling penting dalam proses membasuh kain adalah cara kita menyucikannya.
Contoh:
Dayang Melur ingin membasuh baju. Maka dikumpulkannya semua pakaian kotor yang ada di dalam bakul pakaian kotor, dan yang bersepah di dalam rumah. Kumpul-kumpul, masuk mesin. Tambah sabun, pusing saaaaaaaaaaaaaaaampai mesin berhenti.
Setakat ini, golongan bijak pandai kita belum mampu menghasilkan mesin yang khatam akan prinsip Thaharah dan mampu membuat bunyi “beep” atau “teet” apabila kita menggunakan air mutanajjis untuk membasuh pakaian.
Maka, mesin basuh jenama sekian-sekian yang Dayang Melur guna untuk membasuh itu hanya mampu berpusing dan berpusing hingga penat. Dan jika sekiranya terdapat najis mutawasitah yang melekat pada salah satu di antara 23 helai kain yang terdapat dalam mesin basuh itu, air mutlak yang diisikan ke dalam mesin dan mengenai encik najis akan berubah menjadi air mutanajjis. Dan air mutanajjis adalah tidak suci dan tidak menyucikan. Jadi apakah status kain-kain yang sedang berpusing-pusing itu? Adakah ianya boleh digunakan untuk solat?
Ini kena tanya ustaz ustazah untuk kepastian. Saya bukan ahli.
Tapi atas apa yang saya faham,
Air Mutanajjis - Air yang sudah bercampur dengan benda-benda najis.
Hukumnya: Haram digunakan untuk memasak makanan , minuman dan bersuci. Contohnya air yang bercampur tahi atau bangkai.
Lebar - 60 cm (22.5 inci).
Dalam - 62.5 cm ( 25 inci).
ii. Kilogram - 190 kilogram.
iii. kati - 317 kati.
iv. tin minyak tanah - 11 tin
Konsepnya sama dengan cucian tangan. Jika anda ada besen atau baldi yang muatan airnya lebih dari dua kolah, silakan mencampurkan pakaian yang terkena air mazi, atau air wadi ke dalam air yang digunakan untuk membasuh.
Jadi harus bagaimana?
Sucikan dahulu pakaian yang terkena najis. Hilangkan ‘ain najis, kemudian basuh hingga hilang bau, warna dan rasanya. (rasa merujuk kepada ‘rasa’ najis pada kulit jika disentuh. Melekit, licin atau sebagainya.).
Lepas tu basuh dengan air mutlak. Lepas tu nak campur dengan kain lain pun campur la.
*PERINGATAN
Premis 6: Bijak = Bijak.
Apakah bijak? Bijak ialah membuat sesuatu dengan betul.
Sekiranya pun mereka tidak tahu, mereka sedar mereka tidak tahu lalu berusaha menghapuskan ketidaktahuan itu dengan mencari insan yang tahu.
Orang yang tidak tahu, dan tahu dia tidak tahu tapi tidak mahu bertanya pada yang tahu itu tidak bijak.
Demikian juga halnya dengan orang yang tidak tahu dan tidak tahu dia tidak tahu dan tidak tahu dia perlu mencari orang yang tahu.
Premis 7: Ini cabang cinta.
Premis 1+Premis 2+Premis 3+Premis 4+Premis 5+Premis 6. Menggabungkan kesemua enam perkara yang telah saya kongsikan di atas;
sungguh, saya merasakan, hanya gadis bijak yang boleh membasuh kain.
Jadi kita, jangan pandang enteng tugas membasuh kain ini. Baik kita anak orang, tunang orang, isteri orang atau ibu orang, kita perlu jadi bijak untuk membasuh kain.
Tidak kira Downy Antibac atau Downy Sunrise, jika tidak dibasuh dengan betul, wanginya tidak ke mana. Masih tidak suci. Kain yang dibasuh dengan penuh kasih sayang,orang yang pakai pun rasa selesa. Selesa itu, nantinya akan membuahkan bahagia.
bukankah bahagia itu intinya cinta?
dan kecintaan ini, jika mengiringi ibadah solat yang diturunkan untuk umat Muhammad, bukankah ia iringan yang cukup indah?
nah, siapa kata cinta hanya lewat bicara?
Cinta, boleh ditunjukkan dalam pelbagai cara. Meski dengan membasuh kain dengan sempurna.
Kenapa perlu bersemangat sebegini rupa?
1. Kerana kita bersyukur atas segala apa yang Dia kurnia. Maka kita bersungguh-sungguh menjaga solat, termasuk pakaian yang kita pakai semasa bertemuNya.
2. Kerana cinta kita, cinta sampai syurga. Maka kita mahu, Allah cinta pada orang-orang yang kita cinta. Solat dengan pakaian yang sempurna. Baik dari segi menutup auratnya atau kesuciannya. Bagaimana Allah tidak cinta?
Sungguh, saya rasa ini juga cabang cinta.
FaizaNadwa_
07092013
Bawah langit penuh cinta.