atas nama Tuhan yang Maha Cinta.
Usaha yang tulus mampu tembus hingga ke alam luar kalkulus! soleh=cool lagi maveles. solehah=gojes lagi osem.
ini saya-
In the name of Allah,
saya persembahkan contengan saya. ini contengan, bukan lukisan.
ini tentang saya dan kehidupan.
coret-coret sebuah perjalanan mengenal Tuhan.
ArRahim melihat saya yang menulis, dan anda yang membaca, haa..jangan berani nak buat ikut suka.
hijrah itu superb. tapi sy lambat. tolong saya, bagi tazkirah. orang kata, tolong-menolong amalan mulia.
Semoga nasrullah mengiringi sebuah perjalanan usaha atas iman. usaha anda. usaha saya. usaha kita. dan usaha mereka.
usaha yang tulus mampu tembus hingga ke alam luar kalkulus._32492says
iman is like an airplane. the higher you go up. the smaller things on earth look_imam safi khan says
Dec 29, 2013
menduakan.
atas nama Tuhan yang Maha Cinta.
Dec 16, 2013
tawar.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Rasulallah sallallahu alaihiwassalam.
ArRahman, hangatkan saudara kami yang kesejukan di Syria dengan kasihMu.
Tuhan, redhai daku yang menulis.
tawar.
daku baru memahami erti perkataan ini, kelmarin.
atas perkataan ini juga,
daku akhirnya memahami rasa dipaksa pergi
rasa tidak disukai.
dan rasa kecil hati.
Tuhan nyata begitu teliti ketika menciptakan sebuah jiwa.
Rasa itu nyatanya tidak bertempat.
bukan di jantung,
bukan juga di paru-paru
apa lagi di hati.
tanpa tempat jiwa menjadi tempat berkumpulnya segala macam perasaan.
daku sendiri tidak tahu daku mampu menghimpun dan merasakan perasaan sebanyak ini dalam satu-satu masa.
Dunia dan insan-insan didalamnya seperti berlaku jahat kepadaku. Hampir daku berputus asa memujuk hati sendiri.
tapi Tuhan, nyatanya begitu mengasihi.
Tuhan, daku tahu Engkau begitu cinta.
Apa Engkau sudi menurunkan titis cinta dari langitMU, kepadaku?
seperti masa dulu?
atas ujian ini,
Tuhan..daku mohon..redhalah Engkau padaku.
daku,
dengan sepenuh jiwa
percaya padaMU.
Rasa apapun yang Engkau tiupkan dalam jasad ini,
Daku redha dan daku percaya.
daku percaya,
masih.
tiba saatnya,
Engkau akan izinkan daku kembali.
Oct 27, 2013
mimpi yang sempurna?
Apa takdirku ku sandar pada Tuhan
Atau hanya pada impian.
Aku malah buntu
Doaku..kuhantar dengan iman,
Atau sekadar kemahuan.
Mimpiku ini,
Adakah sempurna niatnya kerana Ar-Rahman?
faiza.nadwa_
bawah langit penuh cinta
261013_1910
Feb 24, 2013
dia yang dinanti
ini buat dia yang berkata, hatinya perlu muhasabah.
sungguh,
bukan hanya kamu.
daku juga.
Daku juga.
Al-Baqarah; 45-46.
Al-Insyirah; 6-7
Hud; 123
----------------------------------------------------------------------------------------------
Dec 30, 2012
saat itu..
pejam matamu
dan bayangkan segala amal yang belum terlaksanakan.
tak terbalas malah,
sedang pujian hanya dilontar saat nikmat Dia kirimkan.
dan lalu tanya hatimu
apa benar engkau layak merasa terabai
sedang engkau hanya mengingatNYA saat hatimu serabai?
Aug 6, 2012
suara bisu_
aku masih bisu
lantas meminjam suara waktu
khabarkan padaku, jika hujan ini reda,
apa engkau masih di sana?
dan sungguh, pada Dia kuceritakan segala,
tentang rahsia, yang ada kamu di dalamnya.
dan jika mahu,
kamu,
tanyalah pada Dia.
sungguh, Dia tahu!
32492says#
Jul 20, 2012
lambat hidup itu bukan mati
saat ini untuk dia.
saat itu untuk dia.
sungguh! yang di ukur bukan kuantiti
tapi kualiti.
heh, siapa yg kata lambat hidup itu mati?
Jul 13, 2012
buat mereka yang menconteng dengan bergaya
terjumpa ramai yang seperti mereka.
yag bahasa cantik macam susunan bata.
yang tulisannya membawa bahagia.
macam aiskrim yg kena belanja oleh orang tercinta.
macam diberi air bila tekak super dahaga.
haih, orang sastera itu besar jiwa, bila selit nama Tuhan sambil berkarya!
anda,
yang menconteng sambil cari pahala.
yang menulis hanya kerana Dia.
menyelit tazkirah dalam bait bicara.
sungguh, anda penconteng bergaya!
eureka!
lalu mata telah terjumpa,
mereka yang cantik jiwa
berusaha mengenal Tuhannya
mujahidah yang gembira saya kira.
ada cahaya pada tulisannya
yang bukan dalam bentuk biasa
tapi bahasa berbunga
yang membuat mekar jiwa
mereka yang suka penaakulan berganda
mentafsir benda berbeza
pada asas cinta yang sama_
menuju redha pemilik segala cinta.
_32492_
Jul 6, 2012
siapalah agaknya dia itu?
telah kehilangan hati barangkali?
hish, nauzubillahhi min zalik!
saya selalu ingat seorang ini
yang entah kenapa begitu melekat dalam hati saya.
pelik betul.
haih, tak pernah jadi sampai tahap ini.
saya betul-betul takut.
saya dah menolak 2 orang, yang saya yakin solehnya..sebab hati saya, even selepas istikharah,
oleh insan yang boleh bawa saya sama-sama masuk syurga Allah.
saya nak.
bila ada sahaja yang masuk, saya memang nak terima.
tapi kemudian dalam fasa berfikir dalam-dalam itu,
siapalah agaknya dia itu, yang buat saya rasa saya perlu tunggu?
siapalah dia itu, yang selalu berdoa pada Allah hingga saya berat hati nak terima pinangan yang masuk?
lepas ini, kalau ada yang merisik / meminang lagi,
Jun 14, 2012
nampaknya lepas ini daku akan mendapat slip gaji tiap bulan!
inilah manusia. cerewet.
Feb 26, 2012
terima kasih, umi^^
Feb 25, 2012
tinggal tempat sahaja. bukan orang atau memorinya..
Assalammualaikum beautiful souls:)
I haven't write like forever. hoh! (ehem..mcm la ada org tggu.)
diam sebegini lama sebenarnya agk menyusahkan diri sendiri.
kenapa?
hoh..sebab tak tahu nak share yang mana dulu.
there a lots and lots of beautiful things to share.
banyak.
sungguh.
sampai melimpah ke ladang gandum.
oh..kasihan gandum2 tersebut.
Saya dah habis study!! Allahurabbi..the feelings..hoho. I just can't help to feel a little melancholy inside..thinking that there won't be any more of this. (mcm terseksa sangat la pulak bunyinya). hihi.
saya akan jadi AMO yang baek insyaAllah.
sambung study? InsyaAllah..siapa yang tak mahu pakai tudung labuh dalam dan luar kerja kan?
tapi itu cerita nanti.
sekarang ini, saya mahu membuat sedikit flashback. ehehe.
that day, the day when we had our tears on our faces, i am very sure i WILL miss those sweet 3 years.
I met so many people.
made so much mistakes.
learnt a library.
cried a river.
laugh a lot.
smile a rainbow.
Allah..there are just so much things to be missed.
zillions of memories.
I missed them.
ALL of them.
roomates, classmates, teammates, families..
the tears I shed were not meant to be seen..no.
but I cant help it.
just can help it.
over betul saya..padahal tinggal tempat sahaja.
bukan orang atau memorinya.
Alhamdulillah, thank You Allah for those three years..and thank you everyone for all the memories.
Dear members of the heart, In HIS perfect time, we will meet again. Someday, InsyaAllah.
the 32492_
Sep 28, 2011
_
Tuhan
engkau saksikanlah
bahawa akulah hambaMU yang masih kalah
yang hatinya masih keras
masih membatu.
Maka Kau lembutkanlah hati ini wahai Yang Maha Baik,
Kau campakkanlah hidayah,
semoga aku mampu memenangi kejahatan hatiku_
Sep 27, 2011
Sep 20, 2011
Sep 4, 2011
make me strong_
assalammualaikum reading eyes:)