ini saya-

In the name of Allah,

saya persembahkan contengan saya. ini contengan, bukan lukisan.

ini tentang saya dan kehidupan.
coret-coret sebuah perjalanan mengenal Tuhan.

ArRahim melihat saya yang menulis, dan anda yang membaca, haa..jangan berani nak buat ikut suka.

hijrah itu superb. tapi sy lambat. tolong saya, bagi tazkirah. orang kata, tolong-menolong amalan mulia.

Semoga nasrullah mengiringi sebuah perjalanan usaha atas iman. usaha anda. usaha saya. usaha kita. dan usaha mereka.

usaha yang tulus mampu tembus hingga ke alam luar kalkulus._32492says

iman is like an airplane. the higher you go up. the smaller things on earth look_imam safi khan says


berjalan. kadang senget. berlari. kadang terjatuh. biar. Allah tahu. daku yakin.

Lilypie Kids Birthday tickers

Jun 14, 2012

nampaknya lepas ini daku akan mendapat slip gaji tiap bulan!

Dengan namaNYA yang maha sempurna.
Assalammualaikum reading eyes.
Kaifa halukum?
Semoga berbahagia menjadi hamba Allah. :)
(Tuhan kita sangat OSEMMM okeh..mestilah bahagia^_^)

Alhamdulillah, jantung ini masih ingin mengepam darah dan oksigen ke seluruh badan,
Alhamdulillah, alveolus dalam peparu masih mahu menukarkan darah terdeoksigen kepada darah beroksigen,
Alhamdulillah, neuron-neuron dalam otak masih menghantar impuls dengan sebegitu laju,
Alhamdulillah, retina masih peka dengan cahaya, saraf optik masih setia menghantar imej,
Alhamdulillah, tulang-tulang osikel masih sudi bergetar dan menghantar getaran bunyi ke saraf auditori,
Alhamdulillah, Alhamdulillah...dan Alhamdulillah atas segalanya.
segala yang tak tertulis, yang tak tersebut, dan yang kadang-kadang terlupa, terlalai, dan terperasan sebagai hak milik abadi.

okeh, itu ialah mini reminder yang tak berapa nak mini jumlah hurufnya.


hoho, bizi rupanya jadi orang yang bekerja ni. mahu main-main pun takut sebab dapat gaji. nanti..kalau kerja main2, tak berkat pulak gajinya kan?
haa..sesungguhnya itu tersangatlah bahaya dan tidak seronok didengar.

saya telah bekerja.
oh..saya TELAH bekerja.
mummy, daddy, kakak sudah kerja.
macam tak percaya.
walauapun hanya diploma,
walaupun hanya penolong pegawai,
tapi kerja itu tetap seronok sebab dapat tolong orang hari-hari.

Alhamdulillah, hari ini saya adalah seorang penolong pegawai perubatan.
saya tidak berapa suka dengan pakaiannya, tapi saya suka kerjanya.
inilah manusia. cerewet.

hmm..camna tu?

Ya Mufarrijal humum, ya Mufarrijal farrij, Ya Muafarrijal farrij, farrij anna humumana..ya Hayyu Ya Qayyum, Ya dzul jalali wal ikram_