ini saya-

In the name of Allah,

saya persembahkan contengan saya. ini contengan, bukan lukisan.

ini tentang saya dan kehidupan.
coret-coret sebuah perjalanan mengenal Tuhan.

ArRahim melihat saya yang menulis, dan anda yang membaca, haa..jangan berani nak buat ikut suka.

hijrah itu superb. tapi sy lambat. tolong saya, bagi tazkirah. orang kata, tolong-menolong amalan mulia.

Semoga nasrullah mengiringi sebuah perjalanan usaha atas iman. usaha anda. usaha saya. usaha kita. dan usaha mereka.

usaha yang tulus mampu tembus hingga ke alam luar kalkulus._32492says

iman is like an airplane. the higher you go up. the smaller things on earth look_imam safi khan says


berjalan. kadang senget. berlari. kadang terjatuh. biar. Allah tahu. daku yakin.

Lilypie Kids Birthday tickers

Jul 6, 2012

siapalah agaknya dia itu?


Dengan nama Allah yang maha melihat.
Assalammualaikum beautiful souls:)

kaifa halukum?
Semoga sedang berbahagia dengan usaha untuk jadi lebih baik,
semoga sudah mengucapkan Alhamdulillah, sekurang-kurangnya sekali hari ini.


hoh, telah lama tidak menconteng apa-apa dalam blog.
telah kehilangan hati barangkali?
hish, nauzubillahhi min zalik!

saya selalu ingat seorang ini
yang entah kenapa begitu melekat dalam hati saya.
pelik betul.
haih, tak pernah jadi sampai tahap ini.
ingat dia sahaja cukup buat pipi saya basah.
tak tahu kenapa.
Allahurabbi...
saya betul-betul takut.

saya kena nikah kot ni...supaya tak ingat dia lagi.
saya dah menolak 2 orang, yang saya yakin solehnya..sebab hati saya, even selepas istikharah, 
masih begitu berat untuk terima.

air mata ni, menitik macam hujan dekat pipi.

saya nak terima, saya nak diikat dengan akad
oleh insan yang boleh bawa saya sama-sama masuk syurga Allah.
saya nak.
bila ada sahaja yang masuk, saya memang nak terima.

tapi kemudian dalam fasa berfikir dalam-dalam itu,
dalam fasa istikharah itu,
perkara itu mesti terjadi.
di mana saya, 
akan mengalami kebanjiran air mata,
dan kebengkakan mata,

kerana hati saya betul-betul berat nak terima.



macam akan hilang seseorang kalau saya terima.
dan saya, akhirnya kalah dengan rasa sedih itu.
saya tolak.
lagi.

siapalah dia itu, yang membuatkan istikharah saya selalu berendam air mata.
siapalah dia itu, yang selalu panggil saya dengan nama mujahidah.
siapalah agaknya dia itu, yang buat saya rasa saya perlu tunggu?
siapalah dia itu, yang selalu berdoa pada Allah hingga saya berat hati nak terima pinangan yang masuk?
lepas ini, kalau ada yang merisik / meminang lagi,
saya nak buat macam mana?

Allahurabbi, aku mohon, Kau tetapkanlah hatiku ini.
aku mohon pencerahan dariMu wahai ArRahman..