ini saya-

In the name of Allah,

saya persembahkan contengan saya. ini contengan, bukan lukisan.

ini tentang saya dan kehidupan.
coret-coret sebuah perjalanan mengenal Tuhan.

ArRahim melihat saya yang menulis, dan anda yang membaca, haa..jangan berani nak buat ikut suka.

hijrah itu superb. tapi sy lambat. tolong saya, bagi tazkirah. orang kata, tolong-menolong amalan mulia.

Semoga nasrullah mengiringi sebuah perjalanan usaha atas iman. usaha anda. usaha saya. usaha kita. dan usaha mereka.

usaha yang tulus mampu tembus hingga ke alam luar kalkulus._32492says

iman is like an airplane. the higher you go up. the smaller things on earth look_imam safi khan says


berjalan. kadang senget. berlari. kadang terjatuh. biar. Allah tahu. daku yakin.

Lilypie Kids Birthday tickers

Dec 29, 2013

menduakan.

bismillah.
atas nama Tuhan yang Maha Cinta.

Daku dulunya telah berjanji untuk setia.
tapi daku lupa.
 
sedari dulu,
daku tidak menangis pada mana-mana bahu.
segalanya daku pendam.
hanya pada hujan, daku mengadu.
 
kerana itu,
daku cinta pada hujan.
basah.
mengalir.
membasuh bersih segala rasa.
membawa pergi segala derita.
 
daku rasa bahagia seperti itu, 
berkasih-kasih dengan Tuhan.
 
kemudian Tuhan hantarkan dia.
menggantikan hujan.
 
sudah lama daku tidak berhujan.
lama.
kerana dia ada.
 
daku seperti lupa pada Dia.
pada jalan ini.
ingat-ingat,
tapi lupa.
 
Ampuni aku ya Tuhan, tanpa sedar jalan ini aku duakan. 

apa kerana ini,
hati ini Engkau patahkan, wahai Tuhan?
 
aku mahu kembali,Tuhan.
Apa Engkau sudi terima?