ini saya-

In the name of Allah,

saya persembahkan contengan saya. ini contengan, bukan lukisan.

ini tentang saya dan kehidupan.
coret-coret sebuah perjalanan mengenal Tuhan.

ArRahim melihat saya yang menulis, dan anda yang membaca, haa..jangan berani nak buat ikut suka.

hijrah itu superb. tapi sy lambat. tolong saya, bagi tazkirah. orang kata, tolong-menolong amalan mulia.

Semoga nasrullah mengiringi sebuah perjalanan usaha atas iman. usaha anda. usaha saya. usaha kita. dan usaha mereka.

usaha yang tulus mampu tembus hingga ke alam luar kalkulus._32492says

iman is like an airplane. the higher you go up. the smaller things on earth look_imam safi khan says


berjalan. kadang senget. berlari. kadang terjatuh. biar. Allah tahu. daku yakin.

Lilypie Kids Birthday tickers

Feb 26, 2012

terima kasih, umi^^

saya ada seorang umi ni.

actually, i don't have her. bukan umi saya. umi orang. we never met. i don't even know her name. 
tapi, pernah tengok gambar pun kira kenal jugak kan?

anak dia ada bagi tengok gambar umi.
(okeh, sy yang nak tengok.)
malam itu, di bawah gerhanaNYA saya tengok gambar umi.
sampai sekarang saya ingat.
tak tahu kenapa.
tapi, saya rasa macam mahu kenal.


umi dan anaknya ada mata yang sama.
redup dan mendamaikan.
i think they have the same smile too.

for an unknown reason,i think i like her. no..i love her.

saya mahu saja tanya banyak2 tentang umi, tapi takut yang akan menjawab tu rasa sedih.
sebab umi kan dah balik 'sana'.

25 ogos.
saya ingat dia cerita.
dekat hospital universiti kubang kerian.


umi itu, antara orang yang paling dia sayang. gambar umi ada dalam wallet dia.
sebab saya dah start sayang umi juga, saya suka hantar hadiah untuk umi.
semoga umi bahagia dekat sana.:)



umi, terima kasih kerana lahirkan dia.
anak umi itu dah kerja sekarang.


dah boleh jadi abi orang dah dia, mi.
mesti dia dah cerita dengan umi kan?
gaji 1st mesti dia dh buat kenduri untuk umi kan?
semoga dipermudahkan dan dilapangkan perjalanan dan penantian umi di sana, insha'Allah.



ada rezeki, bolehlah kita berkenalan d syurgaNya kan mi?. :)