ini saya-

In the name of Allah,

saya persembahkan contengan saya. ini contengan, bukan lukisan.

ini tentang saya dan kehidupan.
coret-coret sebuah perjalanan mengenal Tuhan.

ArRahim melihat saya yang menulis, dan anda yang membaca, haa..jangan berani nak buat ikut suka.

hijrah itu superb. tapi sy lambat. tolong saya, bagi tazkirah. orang kata, tolong-menolong amalan mulia.

Semoga nasrullah mengiringi sebuah perjalanan usaha atas iman. usaha anda. usaha saya. usaha kita. dan usaha mereka.

usaha yang tulus mampu tembus hingga ke alam luar kalkulus._32492says

iman is like an airplane. the higher you go up. the smaller things on earth look_imam safi khan says


berjalan. kadang senget. berlari. kadang terjatuh. biar. Allah tahu. daku yakin.

Lilypie Kids Birthday tickers

Sep 24, 2011

bumi pun ingat airmata dan peluh mak ayah. kita?

dengan namaNYA yang maha sempurna,
yang memiliki diriku, dirimu dan seluruh alam semesta.
Assalammualaikum mata-mata yang membaca:)
kaifa halukum? may every single and each of you are blessed with iman and taqwa, insyaAllah.

ni saya mahu share beberapa cerita, yang membawa satu derita, derita ibubapa bila anaknya seperti hilang cinta.

saya buat latihan praktikal di jabatan kecemasan satu hospital ni. masa tu, jaga kaunter *triage.
*triage ialah proses di mana pengambilan tanda-tanda vital (tekanan darah, kadar nadi, suhu badan,pernafasan dan skor kesakitan) dijalankan, disamping penilaian terhadap keadaan pesakit. pesakit diasingkan mengikut keutamaan mendapatkan rawatan. 


ada seorang makcik ni, datang sebab SOB. (SOB=shortness of breath, kesukaran bernafas.)

saya     : jadi apa ni macik?
macik   : macik penat.. (orang2 utara ni refer kesukaran bernafas/ asma sebagai "penat". sungguh la saya      bingung masa mula2 dengar dulu.)
saya     : biasa sedut gas ke?
macik   : tak.
saya     : ada batuk2 tak 2-3 hari ni?
macik   : haa..duk batuk2 la ni jadi penat ni.
saya     : ada gelema? (gelema=kahak)
macik   : ada.
saya     : ada penyakit apa2 tak sebelum ni?
macik   : darah tnggi ada..kencing manis pun ada.
saya     : okey macik, jom masuk dalam.
*perbualan ini berlaku sambil pengambilan tanda2 vital, auskultasi peparu, dan dokumentasi kad triage dijalankan.

macik masuk sebagai yellow case sebab spo2 (kadar oksigen dalam badan) cuma 93%.
macik baring atas katil, saya bagi nasal prong. (nasal prong ialah tiub yang disambungkan dengan oksigen, terus ke hidung. emm..maksud saya lubang hidung. hee..).
pastu inform ngan doktor.
pastu saya datang balik dekat makcik tu, untuk buat ecg pulak. sambil2 me'ready'kan macik untuk ecg, saya tnya2 la cket..

saya   : macik mai dengan sapa ni?
macik : sorang. macik naik teksi.
saya   : anak2?
macik : ish...depa susah la nak ajak mai spital ni..
saya   : emm..(speechless)
macik : macik ajak dah tadi..tapi depa xnak.
saya   : hmm...(speechless lagi)
macik : depa penat kot..
saya   : a'ah..ni depa tau tak macik mai hospital sorang ni?
macik : tahu..
saya    : okey macik, kita cek jantung sat naa..macik bernafas macam biasa, jangan bergerak dan jangan bercakap..

siap tu, doktor dan paramedik yellow zone pun datang. jadi saya pegi triage semula.

datang pulak seorang pakcik ni, sakit dada. sakit dada ni bahaya, tolak masuk terus, and buat ecg.
sekali lagi, perbualan semasa memasang lead ecg.

saya   : pacik mai dengan sapa ni? 
pacik : jiran mai hantar.
saya  : IC ada bawak pakcik?
pacik : ada, dengan  jiran.
saya  : ooo....xpa2.
pacik : pacik duduk sorang, macik meninggal bulan lepas.
saya  : anak?
pacik : anak pacik sorang ja..dia duk jauh. lama dah xjumpa pun..
saya  : emm...(speechless)
pacik  : macam tu la bila dah tua ni..
saya   : .... (super speechless!)
pas buat ecg, saya p cari jiran pacik untuk buat pendaftaran. and other management continues..

pastu saya balik ke kaunter triage. kawan2 tengah triaging beberapa pesakit lain. saya tanya random,
saya    : pacik tu kenapa?
kawan : anak dia jatuh motor..
saya    : oo...ingat dia yang sakit.
kawan : dia risau sangat tu..
saya    : emm...

apa yang dapat saya lihat, betapa ibubapa super risau bila kita tak sihat, bila kita sakit, bila kita cedera.
tapi kita?
dah dewasa..dah nikah..dah ada rumah sendiri, mak ayah kita tinggal macam tak pernah ada cinta.

dulu kita sakit sikit, Allahurabbi...mak macam nak menangis tahu? ayah tak kisah penat macam mana pun, tetap nak hantar kita pegi hospital kalau kita sakit. A.S.A.P!
yang kita ni..mak sesak nafas boleh kita buat tak kisah?
nauzubillahi min zalik..
macik SOB tadi didiagnos pnemonia. dia kena masuk wad. anak-anak dia tahu?
tak.
ops..maaf. sy seharusnya kata, "belum tahu lagi."

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal hingga tempoh menceraikan susunya ialah dlam tempoh dua tahu; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKU dan kepada kedua ibubapamu; dan ingatlah, kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)"
(Surah Luqman: 14)

pacik sakit dada tu, ada Myocardial Infarction.
anak dia tahu? tak. "anak duduk jauh..lama dah tak jumpa pun.."
Nauzubillahhi min zalik...


"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya...(hingga akhir ayat) "
(Al-Ankabut,8)



I'm not judging them, sebab saya tak kenal dan tak tahu kehidupan mereka. cuma saya rasa sangat2 terkilan dan malu sebagai seorang anak..kerana sanggup memperlakukan ibu ayah sebegitu rupa. whaf if tempoh pinjaman yang ArRahman bagi tamat dalam keadaan kita tak sempat berterima kasih? lebih parah lagi..dalam keadaan dorang kecik hati dan kita tak sempat minta maaf? 


kita ingat tak ni air mata mak dan peluh mak ayah yang menitik sebab kita?
kalau tanya bumi pun bumi ingat.
kita ni?
Allah....
lupakah kita pada ayat-ayat ini:

"Katakanlah, Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan Allah dengan sesuatupun dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa kamu...(hingga akhir ayat)"
 (Al-An'am:151)


"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNYA semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau  berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan 'Haa' dan janganlah engakau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
(Al-Isra': 23)



ke mana hilangnya cinta itu?
cinta yang dulu kulihat dalam matamu..
kudengar pada manja suaramu..
anakku..
sungguh aku rindu pada cinta itu.

tidak ku perlu pada hartamu..
tidak ku damba pada sanjunganmu..
hanya sedikit masamu yang kuperlu..
secebis kasihmu yang kurindu..
kerana setinggi mana pun engkau wahai permataku..
tetap engkau kulihat sebagai anakku.
yang perlu pada kasih dan sayangku..
aku rindu cinta itu anakku.


ni satu ayat lagi, saya cadangkan anda cari sendiri dalam Al-Quran. Ayat 15 surah Al-Ahqaf.

semoga kita jadi anak yang soleh dan solehah..
atau lebih tepat lagi, semoga kita terus berusaha menjadi anak yang soleh dan solehah..
dan semoga nasrullah mengiringi usaha kita itu.
amin_

No comments: