dengan namaNYA yang maha sempurna..
assalammualaikum reading eyes:)
kaifa halukum?
semoga sedang berbahagia menikmati cinta, kasih dan redhaNYA yang maha luas(",)
okeh..ni nak cerita sikit pasal ayam.
haa..ayam?
hehe..iya..ayam:)
dalam beberapa minggu lepas (ceh..cerita basi rupanya), saya adalah pegi shopping barang dapur ni..
shopping orang bujang je..
beras,sayur labu (saya tak suka labu. Tapi
Rasulallah sallahualaihiwassalam suka sayur labu. maka, saya pun terus menyukai labu^_^ ), sayur kubis, kacang buncis, tomato, carrot, mix veggie.
then tiba2 rasa macam mahu masak ayam masak merah.
maka saya pun cari lah ayam.
jumpa.
then beli.
balik hostel, letak semua dalam peti sejuk.
ayam n mix veggie dalam freezer la kan.
pastu naik bilik.
malam tu masak sayur labu n telur bungkus je.
ayam nak masak esok.
**esoknya**
haila, kebizian hari ni membawa kepenatan yang menghadirkan kemalasan memasak. sup telur je la.
ayam? malam ni la..
**malamnya**
wah..rezeki murah! someone bagi makanan:) Alhamdulillah.
ayam? emm..esok insyaAllah.
**esoknya lagi**
yeah2..hari ni masak ayam.
nanti mahu bagi dengan kawan2 cina. wawawa..beznya!
jom prepare bahan.
dengan penuh semangat..
maka saya pun siapkanlah bawang2, halia (siap tumbuk dh smua), lada kering and segala2nya yang perlu simpan dalam beg memasak.
ready nak turun bawah. (dapur kat bawah)
buka freezer.
hoh! datuk penuh. seminit mencari, jumpalah mix veggie.
ayam?
hm..cari lagi.
eh,tiada?
hari tu rasanya letak sekali dengan mix veggie.
cari second round..
eh, tiada jugak?
mana pulak perginya?
orang pindah pegi peti satu lagi kot.
try tengok sana pulak.
tiada jugak la..
huu..
ayam hilang?
ye la kot..dah takde dalam freezer.
takkan dia balik kampung kan.
dalam kekecewaan itu, terjadilah dialog ini dalam fikiran:
takpe la..mungkin ada yang lebih perlu ayam tu dari saya.
tapi saya craving ayam nih!
laa..budak2 di afrika, somalia, palestin, tak craving pun. dapat isi perut dah bersyukur. ni umur dh 22, ada hati nak craving2.
huu..tu ibu mengandung boleh craving?
haa?
eh..okeh..tu hujah yang tak berkaitan.
takpelah, masak benda lain.
apa? bahan2 dah prepare nih?
eh? sejak bila jadi tak kreatif nih?
okeh2..masak benda lain.
mujur belum bagitahu kawan nak bagi lauk.
takpe la..DIA tahu.
**2 hari kemudian**
saya turun melepak bersama macik guard, layan boboboi. ehe.
tengah2 tengok tv, kakak guard pn cakap,
macik cleaner ada bagitahu?
haa? bagitahu apa?
pasal ayam.
hmm..kenapa dengan ayam?
awak tak masuk dalam peti. letak atas je..
haa..tu la..lupa nak masuk dalam. (dalam hati: laa, saya tak masuk peti ke?)
dia ingatkan orang nak lembutkan. jadi dia biar je la.
hmm..
esoknya, dia tengok ada lagi kat atas tu.
dia pun cek tengok. hm, rosak dah. dia pun buang je la.
oo..a'ah, takpe la.bukan rezeki, kak kan?
habis dialog tu, saya pun bermonolog:
Allahu rabbi, tak letak dalam peti rupanya. padanla takde semut dalam bilik, semua saya makan. tu yang jadi pelupa macam ni.
huhu..takpe la..yang penting, masa kehilangan ayam tu, saya redha kan?
takde tuduh sape2 kan?
maka saya rasa, hilangnya ayam tidak sia2.
akan ku balas pengorbananmu wahai ayam..
next time hilang benda, fikir benda ni dulu:
mungkin ada yang lebih memerlukannya dari saya.
walaupun setakat ayam, insyaAllah ada pahala redha:)
No comments:
Post a Comment