Bismillah.
Allah, redhai daku yang menulis.
Dan mereka yang membaca.
Ya muqallibal qulub, tsbbit qulubana 'ala diinika wa 'ala tho;atik.
Wahai Yang Membolak-balikkan hati, Tetapkan hati kami atas agamaMU dan untuk mentaatimu.
Pasca pelbagai fitnah atas dunia, Mesir kini berdarah.
bumi anbiya disirami sarah syahid syuhada.
Untuk menulis tentangnya sungguh daku hilang kata-kata.
Dengan pengetahuan sirah yang sepinggan cuma, tiada apa yang boleh daku ceritakan.
tapi ada kepingan cerita yang mampu InshaAllah daku menulis sedikit tentangnya.
Cinta sejati, sungguh tidak menggenggammu erat-erat,
Hanya saja ikhlas mencintamu tiap saat.
Membiarkanmu lepas bebas
Tapi kasihnya, ada pada tiap hembusan nafas.
Tidak takut kehilangan,
kerana maklum yang amat dikau hanya pinjaman Tuhan.
Sungguh,
ada beza yang nyata
antara rasa ingin memiliki dan rasa ingin mencinta.
Kalian tahu apa asasnya?
Tuhan
dan hanya Tuhan semata.
Mesir
dan segala cinta di dalamnya
damailah kalian sebagai syahid syuhada.
usar gusar akan keluarga, mereka sungguh fi hifzillah.
faizanadwa_bawah langit penuh cinta.