kaifa halukum?
Semoga berbahagia dalam usaha mengenal diri InshaAllah.
Hari ini, saya menulis tentang sebuah kisah.
Makhluk yang cepat dalam kebanyakan perkara.
cepat mengalirkan air mata
cepat cemburu
cepat terasa
Anda pernah tonton cerita Ayat-ayat cinta?
cerita ini lebih kurang begitu.
Gadis ini kita namakan Fatin.
dia tidaklah sesolehah Aisha, malah tidak sekuatnya.
Tapi jejaka (kita namakan Widad) yang Allah letakkan Fatin dalam hatinya adalah seperti Fahri.
Dan kesemua gadis-gadis itu adalah yang Fatin ini kenal.
mereka yang sedang dalam usaha mengenal Dia.
mereka yang lembut hatinya.
yang diciptakan Allah penuh cinta dan kasih sayang.
Fatin dan Mawar akhirnya saling jatuh cinta sebagai saudara.
dan Mawar menceritakan kepada Fatin betapa Widad ada dalam hatinya.
Kemudian Widad memperkenalkan Melur.
Yang akhirnya menjadi sahabat Fatin, hingga Melati berani menceritakan rahsia hatinya kepada Fatin.
Dia menanti Widad.
Tidak beberapa lama Fatin mengenal Cempaka, dan kemudian dan Anggerik serta Dahlia
Menjadi sahabat, saling kenal dan saling bercerita; dan rasa hati mereka terhadap Widad adalah sesuatu yang Fatin maklum.
Memasuki alam kerjaya, Fatin dikenalkan pula dengan Teratai. awal perkenalan lagi Fatin dapat melihat rasa hatinya terhadap Widad. Teratai yang dalam usaha berubah mendekatiNYA semakin bersemangat dengan meletakkan Widad sebagai titik tolak perubahannya.
Dan akhirnya,
dengan semua perkenalan dan persahabatan ini,
dengan perkongsian rasa yang tulus
apakah Fatin akan merasa 'menang' apabila Widad memilihnya?
Rasa seperti mementingkan diri.
malah rasa bersalah.
Tidak dia pernah meminta Widad dalam solatnya.
Tapi Allah bagi.
Bukanlah kerana dia lebih baik dari yang lain, tapi kerana dia bertuah.
hanya kerana dia bertuah.
Hanya dimahukan yang terbaik untuk semua sahabatnya.
Andai dia kuat seperti Aisha,
yang cintaNya kerana Allah semata;
pastilah dia meminta Widad memilih mereka.
tapi ternyata dia juga tidak ampuh jiwanya.
Andainya pernah dia berkata "nikahi dia",
maka lafaz itu sungguh belum ikhlas dari bibirnya.
***
Ini cerita Fatin dan ramai bunga-bunga indah.
Semua bunga adalah istimewa.
cantik bunga yang ini adalah berbeza dengan bunga yang lain.
Tidak Allah biarkan layu begitu sahaja.
Jangan memilih untuk layu hanya kerana kumbangnya memilih bunga lain.
Mata-mata yang membaca,
jika anda wanita, ketahuilah..anda adalah bunga.
kita ini madrasah.
untuk anak-anak.
yang nantinya membentuk ummah.
moga Allah redha.