ini saya-

In the name of Allah,

saya persembahkan contengan saya. ini contengan, bukan lukisan.

ini tentang saya dan kehidupan.
coret-coret sebuah perjalanan mengenal Tuhan.

ArRahim melihat saya yang menulis, dan anda yang membaca, haa..jangan berani nak buat ikut suka.

hijrah itu superb. tapi sy lambat. tolong saya, bagi tazkirah. orang kata, tolong-menolong amalan mulia.

Semoga nasrullah mengiringi sebuah perjalanan usaha atas iman. usaha anda. usaha saya. usaha kita. dan usaha mereka.

usaha yang tulus mampu tembus hingga ke alam luar kalkulus._32492says

iman is like an airplane. the higher you go up. the smaller things on earth look_imam safi khan says


berjalan. kadang senget. berlari. kadang terjatuh. biar. Allah tahu. daku yakin.

Lilypie Kids Birthday tickers

Jul 16, 2011

600 kali ganda?

Dengan namaNYA yang Maha Sempurna,
Assalammualaikum mata-mata yang membaca..

ada buat sikit blogwalking tadi..

ni yang saya dapat, Alhamdulillah.
Semoga yang menyampaikan berada dalam redhaNYA, insyaAllah.

p/s: saya kopi pes saja_

Bismillahirrahmanirrahim...

Di dalam tubuh manusia, terdapat pelbagai sistem kompleks dan abstrak. Semua sistem tersebut penting dalam memastikan tubuh manusia menjalani proses kehidupan dengan sempurna tanpa sebarang masalah. Sistem pernafasan, sistem kardiovascular, sistem saraf, sistem peranakan dan beberapa lagi sistem lain. Dengan kesemua sistem inilah, manusia mampu melakukan segala tanggungjawab sebagai hamba yang hina kepada ALLAH swt dengan lancar.


Tapi perkara yang ingin difokuskan kali ini ialah sistem pencernaan ( digestive system ). Satu sistem yang berperanan dalam memproses segala makanan dan minuman yang masuk ke dalam tubuh manusia. Apabila diproses dan dicerna, sampailah masa untuk diserap. Bahagian yang berperanan dalam penyerapan ini adalah usus kecil( paling utama ).Subhanallah...ALLAH swt Maha Teliti dalam mencipta makhlukNYA. Disini, makanan yang melalui usus kecil akan diserap semaksimumnya. Hal ini kerana usus kecil mempunyai permukaan yang luas untuk proses penyerapan ini sebanyak 600 KALI. Bagaimanakah usus kecil didalam tubuh manusia mampu mencapai pergandaan tersebut?


( sila rujuk gambar diatas)Faktor 1

- permukaan dalam usus kecil terdapat lengkukan bulat ( circular fold ). Berbanding permukaan yang rata, lengkukan lebih membantu dalam penyerapan ini sebanyak 3 kali.


Faktor 2-pada lengkukan itu pula, terdapat villi yang menyerupai jari-jemari dan meningkatkan luas permukaan sebanyak 10 kali.Faktor 3-pada villi, terdapat pula sel di sekelilingnya yang dikenali sebagai microvilli. Sel ini menyumbang sebanyak 20 kali .Jika dihitung semua sekali 3x10x20 jumlahnya 600 kali ganda. Nilai yang terlalu tinggi. Bukan itu sahaja,malah jika 50% usus kecil dibuang( tidak termasuk bahagian hujungileum ), penyerapan masih lagi boleh berlaku dengan baik.Oleh itu, bersyukurlah setinggi-tinggi syukur kepada ALLAH swt kerana telah menyediakan nikmat '600 kali ganda' ini tanpa disedari. Jadilah hamba yang sentiasa bersyukur. Sesungguhnya hakikat syukur itu tiada penghujungnya...alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah.

No comments: