Usaha yang tulus mampu tembus hingga ke alam luar kalkulus! soleh=cool lagi maveles. solehah=gojes lagi osem.
ini saya-
In the name of Allah,
saya persembahkan contengan saya. ini contengan, bukan lukisan.
ini tentang saya dan kehidupan.
coret-coret sebuah perjalanan mengenal Tuhan.
ArRahim melihat saya yang menulis, dan anda yang membaca, haa..jangan berani nak buat ikut suka.
hijrah itu superb. tapi sy lambat. tolong saya, bagi tazkirah. orang kata, tolong-menolong amalan mulia.
Semoga nasrullah mengiringi sebuah perjalanan usaha atas iman. usaha anda. usaha saya. usaha kita. dan usaha mereka.
usaha yang tulus mampu tembus hingga ke alam luar kalkulus._32492says
iman is like an airplane. the higher you go up. the smaller things on earth look_imam safi khan says
Jun 17, 2010
Sepohon epal.sebuah cinta
Suatu masa dahulu,terdapat sebatang pokok epal yang besar.Seorang
kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini
setiap hari.Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal
sepuas-puas hatinya,dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu
pokok epal tersebut.Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat
permainannya.Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.
Masa berlalu...budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang
remaja.Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut.Namun begitu,suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.
"Aku bukan lagi kanak-kanak,aku tidak lagi gemar bermain dengan
engkau,"jawab budak remaja itu.
"Aku mahukan permainan.Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah
budak remaja itu dengan nada yang sedih.
Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu,petiklah epal-epal yang ada
padaku.Jualkannya untuk mendapatkan wang.Dengan itu,kau dapat membeli
permainan yang kau inginkan."
Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan
pergi dari situ.Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.
Masa berlalu...
Suatu hari,budak remaja itu kembali.Dia semakin dewasa. Pokok epal itu
merasa gembira.
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.
"Aku tiada masa untuk bermain.Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan
wang.Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk
keluargaku.Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu.
"Maafkan aku.Aku tidak mempunyai rumah.Tetapi kau boleh memotong
dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok
epal itu memberikan cadangan.
Lalu,budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal
itu dan pergi dengan gembiranya.Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi
kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas
itu.
Suatu hari yang panas,seorang lelaki datang menemui pokok epal itu.Dia
sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok
epal itu.Dia telah matang dan dewasa.
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.
"Maafkan aku,tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main
di sekitarmu.Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk
belayar.Malangnya,aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?"
tanya lelaki itu.
"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau.Tetapi kau boleh
memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot.Kau akan dapat belayar
dengan gembira," cadang pokok epal itu.
Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu.Dia
kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi
selepas itu.
Namun begitu,pada suatu hari,seorang lelaki yang semakin dimamah
usia,datang menuju pokok epal itu.Dia adalah budak lelaki yang pernah
bermain di sekitar pokok epal itu.
"Maafkan aku.Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku
sudah memberikan buahku untuk kau jual,dahanku untuk kau buat rumah,batangku untuk kau buat bot.Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu.
"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk
memakannya,aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya,aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku sudah tidak berupaya untuk belayar lagi,aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu.
"Jika begitu,berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu.
Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat.Mereka berdua menangis kegembiraan.
Di sebalik tamsiL_
Sebenarnya,pokok epal dalam cerita itu adalah kedua-dua ibu bapa kita.
ketika kita masih muda,kita suka bermain dengan mereka.
Ketika kita meningkat remaja,kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup.
Kita tinggalkan mereka,dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita di dalam kesusahan.
Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa sahaja asalkan kita bahagia dan gembira dalam hidup..
Kita mungkin terfikir bahawa budak lelaki itu bersikap kejam terhadap
pokok epal itu,tetapi fikirkanlah,itu hakikatnya bagaimana kebanyakan
anak-anak masa kini melayan ibu bapa mereka.
Semoga kita tidak menyertai team mereka...
semoga kita sentiasa mndapat nusrahNYA untuk mnjadi anak yang soleh dan solehah...InsYaAllaH_
ArRahman...berikan aku nusrahMu...
No comments:
Post a Comment