Usaha yang tulus mampu tembus hingga ke alam luar kalkulus! soleh=cool lagi maveles. solehah=gojes lagi osem.
ini saya-
In the name of Allah,
saya persembahkan contengan saya. ini contengan, bukan lukisan.
ini tentang saya dan kehidupan.
coret-coret sebuah perjalanan mengenal Tuhan.
ArRahim melihat saya yang menulis, dan anda yang membaca, haa..jangan berani nak buat ikut suka.
hijrah itu superb. tapi sy lambat. tolong saya, bagi tazkirah. orang kata, tolong-menolong amalan mulia.
Semoga nasrullah mengiringi sebuah perjalanan usaha atas iman. usaha anda. usaha saya. usaha kita. dan usaha mereka.
usaha yang tulus mampu tembus hingga ke alam luar kalkulus._32492says
iman is like an airplane. the higher you go up. the smaller things on earth look_imam safi khan says
Jun 29, 2010
kerana tikar kita terlalu besaR...
Bagaimana untuk mengambil kotak di yang terletak di tengah-tengah tikar getah tanpa memijak tikar tersebut dan tanpa menggunakan sebarang peralatan?
Bagaimana? Ada idea tak?
Mungkin ada yang terfikir perkara ini, tapi saya kira ramai yang tidak. Langkah terbaik untuk mengambil kotak hijau di tengah tikar tanpa memijak tikar atau manggunakan sebarang peralatan lain adalah dengan menggulungkan tikar tersebut sedikit demi sedikit. Gulungan demi gulungan yang perlahan dan berhati-hati sememangnya adalah cara yang terbaik untuk mengambil kotak hijau tersebut.
Sedar atau tidak, inilah yang sedang berlaku dalam dunia Islam sekarang.
Ghwzul fikr. Peperangan fikiran.
Tetapi sayang, sangat sedikit antara kita yang menyedarinya..
Kotak dalam analogi tadi adalah pemikiran Islam dalam diri setiap muslim. Terjaga.
Tersimpan rapi.
Meski tidak menguasai keseluruhan pemikiran, tetap ia bertakhta di hati. (saya ber’husnu zaan’)
Seperti yang kita ketahui, orang-orang musyrik tidak akan reda kepada kita selagi kita tidak mengikut amalan dan ajaran mereka. (Al-Quran: : )
mat rempit sekalipun tetap akan menjerit marah jika agama yang dianutinya dihina terang-terangan.
Penyanyi rock sekalipun akan menjalankan demonstrasi jika dikatakan sambutan aidilfitri tidak semulia sambutan krismas (sekadar contoh)
jadi bagaiman untuk mengelak dari berlakunya penolakan dari muslim?
mereka-mereka yang belum menjadi muslim (penganut agama-agama lain)menjalankan ghawzulfikr..seperti kaedah di atas..
Lantas, apa hasilnya?
Terlalu sedikit yang sedar bahawa kita sedang melakukan ‘penerimaan’ terhadap budaya-budaya yang tidak islamik.
Televisyen memaparkan sebanyak-banyaknya wanita tanpa tudung.
Berpegangan tangan.
Kadang-kadang adegan bersalaman..ya..nampaknya sopan..tapi tangan yang bersalaman itu..halalkah untuk bersentuhan??
Itu cerita melayu.. Belum cerita barat lagi..selatan..utara..
Terlalu banyak sebenarnya jika kita berfikir...jadi sebelum penerimaan sepenuhnya terhadap budaya kafir ini berlaku..kita sedarlah..
Sungguh tikar kita mungkin terlalu besar hingga kita tidak sedar ia sedang digulung sedikit demi sedikit..
Jangan nanti kita menangis jika anak-anak tidak mampu walau untuk membaca ummul kitab.
Jangan nanti kita meratap bila jenazah ayahanda bonda tidak ada yang tahu menyolatkan..
Jangan nanti kita kejijikan bila kerusi di taman menjadi ranjang yang murah!
“berfikir sesaat itu lebih baik daripada beribadah seribu tahun”
~smoga kita mendapat nusrahNYA untuk terus teguh memegang kalimah “La ilaha illalllaH”~
1 comment:
Thanks for the great giveaway.
to get Online pharmacy from Dose Pharmacy
Post a Comment