Usaha yang tulus mampu tembus hingga ke alam luar kalkulus! soleh=cool lagi maveles. solehah=gojes lagi osem.
ini saya-
In the name of Allah,
saya persembahkan contengan saya. ini contengan, bukan lukisan.
ini tentang saya dan kehidupan.
coret-coret sebuah perjalanan mengenal Tuhan.
ArRahim melihat saya yang menulis, dan anda yang membaca, haa..jangan berani nak buat ikut suka.
hijrah itu superb. tapi sy lambat. tolong saya, bagi tazkirah. orang kata, tolong-menolong amalan mulia.
Semoga nasrullah mengiringi sebuah perjalanan usaha atas iman. usaha anda. usaha saya. usaha kita. dan usaha mereka.
usaha yang tulus mampu tembus hingga ke alam luar kalkulus._32492says
iman is like an airplane. the higher you go up. the smaller things on earth look_imam safi khan says
Jul 17, 2010
pencinta yang SETIA
Cinta itu tak pernah meminta..
Tetapi memberi seikhlas rela,
rasa bahagia biarpun sengsara,
berkorban segala-gala..
Ya..itulah cinta. Sungguh..cinta itu membahagiakan,bukan menyakitkan. Ia menyenangkan, tidak menyusahkan. Sentiasa ia membawa senyuman kepada yang menyintai..kerana pencinta yang setia sentiasa ingat bahawa kebahagiaan yang dicinta itu penting walaupun itu bermakna si pencinta tadi bukan sebahagian daripadanya. Tidak kiralah ia jenis cinta yang bagaimana..cinta ibu ayah,cinta adik-beradik, cinta sahabat, cinta suami isteri, cinta ilmu,cinta buku dan sebagainya..si pencinta akan sanggup melakukan hampir apa sahaja demi cintanya.
Pencinta ilmu sanggup bersengkang mata, mencari nota sana-sini,membeli buku-buku yang mahal..hanya kerana cintanya. Adakah dia rasa penat? Ya..tapi dia bahagia..kerana penatnya adalah kerana melakukan sesuatu demi cintanya. Kenapa? Kerana itulah cinta..sentiasa membahagiakan si pencinta.
Seorang sahabat pernah menyatakan rasa cintanya kepada Rasulallah sallahuwassalam. Kali pertama dia menyatakannya, Rasulallah diam. Kali kedua, Rasulallah masih diam. Kali ketiga, Rasulallah masih lagi diam. Setelah itu, barulah Rasulallah menyatakan bahawa jika sahabat itu benar-benar menyintainya, bersedialah menghadapi ujian dan cabaran. Maksudnya, CINTA ITU PASTI DIUJI.
Begitu juga cinta kita. Cinta kita pasti diuji. Apa yang perlu kita selalu ingat..LOVE IS always MORE THAN WORDS..bukan cinta ikhlas namanya jika kita mengharapkan balasan untuk cinta itu.
Jika hati terasa berat..pedih..sakit..sampaikanlah rasa itu kepada Allah. Kenapa? Kerana Dia sebaik-baik tempat meluahkan rasa. Luahkan sepuas hati padaNYA.
Lihat saja, Dia Yang Maha Memiliki itu pun tidak pernah meminta kita membalas cintaNYA yang agung itu.Allah tidak pernah merajuk dengan kita.. tapi sebagai hamba..apa lagi tujuan hidup kita selain menyintaiNYA..sedangkan segala apa yang kita ada semua milikNYA. Hatta rasa cinta yang mekar dalam sekeping hati kita ini juga adalah milikNYA..tempias dari sifat Maha Rahim yang Dia miliki. KesudianNYA memberikan kita subsidi nyawa ini pun sudah cukup baik. Lantas apa hak kita untuk tidak menyintaiNYA?
Jika kita memberi cinta dengan kasih sayang..Insya Allah kita akan sentiasa lebih gembira berbanding dia yang menerima cinta kita. Kerana memberi itu lebih membahagiakan berbanding menerima. Jadi jika kita benar cinta pada sahabat..pada ibubapa..berilah cinta itu seikhlasnya..dan penuh kasih sayang..tanpa berharap untuk mendapatkan balasan cinta yang serupa darinya. Sungguh..jika kita menyintainya kerana Allah..insyaAllah akan akan campakkan dalam hatinya rasa cinta terhadap kita..
No comments:
Post a Comment