ini saya-

In the name of Allah,

saya persembahkan contengan saya. ini contengan, bukan lukisan.

ini tentang saya dan kehidupan.
coret-coret sebuah perjalanan mengenal Tuhan.

ArRahim melihat saya yang menulis, dan anda yang membaca, haa..jangan berani nak buat ikut suka.

hijrah itu superb. tapi sy lambat. tolong saya, bagi tazkirah. orang kata, tolong-menolong amalan mulia.

Semoga nasrullah mengiringi sebuah perjalanan usaha atas iman. usaha anda. usaha saya. usaha kita. dan usaha mereka.

usaha yang tulus mampu tembus hingga ke alam luar kalkulus._32492says

iman is like an airplane. the higher you go up. the smaller things on earth look_imam safi khan says


berjalan. kadang senget. berlari. kadang terjatuh. biar. Allah tahu. daku yakin.

Lilypie Kids Birthday tickers

Jul 23, 2010

bila cinta harus memilih...



Bila cinta harus memilih..antara dosa dan pahala, iman dan taqwa jadi asasnya. Benarkan cinta berkata tidak demi menjaga kesucian cinta. Sesungguhnya tidak semestinya perkara yang kita suka itu baik untuk kita dan begitulah sebaliknya..

Jika kita lihat surat cinta yang keDua dari ArRahman, ayat 216."Diwajibkan atas kamu berperang,padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui..

Sungguh..setiap apa yang telah Allah gariskan itu, ada hujah kukuh di sebaliknya. Hanya saja kita belum menemuinya...atau mungkin belum berkemampuan untuk mencarinya.. Jika kita mampu untuk meyakini dan mempercayai "do's and dont's" dari mana-mana hasil tulisan atau kajian pujangga cinta yang bertaraf hamba seperti kita...mengapa pula kita tidak mampu untuk meyakini dan mempercayai "do's and dont's" yang telah digariskan oleh Dia yang MAHA TAHU, MAHA BIJAKSANA lagi MAHA GENIUS itu?

Tidakkah ia kelihatan kurang bijak untuk lebih mudah mempercayai kata-kata budak tadika berbanding kata-kata seorang professor? (Maaf, tapi ini sahaja perbandingan yang mampu saya fikirkankan untuk menunjukkan betapa selautan ilmu kita hanya setitik daripada ilmuNya..malah lebih sedikit daripada itu!)

Betapa kita ini sombong dan ego jika masih berniat untuk mengingkari garispanduan cinta
yang paling tulus,
yang paling romantik
dan yang paling sempurna dalam dunia
dengan hanya dengan secalit ilmu di dada.

Bukankah Rasulallah sallallahu wassalam itu suami dan pencinta yang paling romantik? Selusuri saja sejarah kekasih Allah itu..maka kita akan mendapati bahawa
mereka yang mencintai Allah,Pemilik segala cinta..
adalah orang yang sangat romantik dalam cintanya_cinta pada Yang
mencipta dan cinta pada yang dicipta.

" Allah taala mempunyai 100 rahmat (kasih sayang) dan menurunkan 1 rahmat (dari 100 rahmat) kepada jin, manusia, binatang dan haiwan melata. Dengan rahmat itu mereka saling berbelas kasihan dan berkasih sayang, dan dengannya pula binatang-binatang buas menyayangi anaknya. Dan (Allah Taala) menangguhkan 99 bahagian rahmat itu sebagai kasih sayangNYA pada hari kiamat nanti." Hadis riwayat Muslim.

JAdi, mengapa perlu kita abaikan hak DIA; pemilik segala cinta dalam mencintai makhluknya? Cintailah yang maha mencipta lebih dari yang dicipta kerana Yang maha menciptalah yang telah mencipta cinta untuk kita mencinta Yang maha mencipta dan yang dicipta.
DIAlah pemilik cinta kita..
DIAlah pemilik hati kita..
DIA jugalah pemilik cinta dan hati setiap yang wujud dalam dunia ini..
maka atas nama cinta (cinta padaNYA)..
benarkanlah cinta berkata tidak!
Rela dan tegalah berkata tidak demi cinta.
Cintailah Allah dan berbahagialah dengan hukum-hakam-Nya.
Bila cinta kita kerana DIA yang kekal, InsyaAllah cinta itu akan kekal..
satu ungkapan yang saya suka;
kita mampu untuk bercinta sampai syurga. InsyaAllah..

Jadi,bila cinta harus memilih...benarkan cinta berkata tidak_

smoga kita sentiasa mendapat nusrahNYA..dan mampu berkata TIDAK..

No comments: