ini saya-

In the name of Allah,

saya persembahkan contengan saya. ini contengan, bukan lukisan.

ini tentang saya dan kehidupan.
coret-coret sebuah perjalanan mengenal Tuhan.

ArRahim melihat saya yang menulis, dan anda yang membaca, haa..jangan berani nak buat ikut suka.

hijrah itu superb. tapi sy lambat. tolong saya, bagi tazkirah. orang kata, tolong-menolong amalan mulia.

Semoga nasrullah mengiringi sebuah perjalanan usaha atas iman. usaha anda. usaha saya. usaha kita. dan usaha mereka.

usaha yang tulus mampu tembus hingga ke alam luar kalkulus._32492says

iman is like an airplane. the higher you go up. the smaller things on earth look_imam safi khan says


berjalan. kadang senget. berlari. kadang terjatuh. biar. Allah tahu. daku yakin.

Lilypie Kids Birthday tickers

Jul 23, 2011

Apa khabar?

Dengan namaNYA yang Maha Sempurna.


Pernah orang bertanya khabar pada anda?
anda jawab bagaimana?

kita lihat perbualan ini:
Wafa : Apa khabar?
Humairah: Alhamdulillah, masih bernafas.
Wafa : Eh? kenapa jawab begitu?
Humairah : Eh? kenapa?
Wafa : Macam ada masalah, balasnya prihatin.
Humairah : Eh? tidaklah. sekadar zahirkan kesyukuran kerana masih bernafas. mati itu, kan pasti. Cuma tak tahu bila. Mungkin sekarang, mungkin nanti. bila-bila pun boleh. Syukurlah, ketika di tanyakan khabar, saya masih bernafas untuk menjawabnya.
Wafa : ooo...

Siapa Humairah usah ditanya, sekadar watak yang dijelmakan di minda.
tapi tanyalah,saya bagaimana?
Adakah semasa ditanyakan khabar, sekadar menjawab, "oh, saya sihat."

Tak rasa ingin bersyukur kerana masih bernafas?


Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Dia menghidupkan kamu; setelah itu Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).  
(Al-Baqarah:28)

MATI itu PASTI.
bukanlah mengajak untuk takut pada mati, tapi mengajak untuk takut bagaimana kita mati.
Adakah dalam keadaan bersyukur atau sebaliknya.

lihat ayat ini,

Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam.  
(Al-Baqarah:132)

dan ini

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.  
(  سورة آل عمران  , Ali Imran: 102)

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.  
(Ali Imran: 185)

ini lagi

Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan).  
(Al-Ankabut:57)

dan ini

 Dan Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada); kemudian Dia menyempurnakan tempoh umur kamu; (maka ada di antara kamu yang disegerakan matinya) dan ada pula di antara kamu yang dikembalikannya kepada peringkat umur yang lemah (peringkat tua kebudak-budakan), sehingga menjadilah dia tidak ingat akan sesuatu yang telah diketahuinya; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.  
( An-Nahl,:70)

Mati itu PASTI. 
kita tahu itu.
Jika saja kita sedar hakikat ini,
setiap saat kita tidak akan lupa untuk bersyukur masih diberi subsidi nyawa.

maka ucaplah, ALHAMDULILLAH.
bila ditanyakan khabar, bersyukurlah kita masih bernafas.
bila makan, bersukurlah kita masih bernafas.
bila sakit, bersyukurlah kita masih bernafas.
bila ketawa, bersyukurlah kita masih bernafas.
bersyukurlah, kita masih bernafas, dalam IMAN dan ISLAM.

dalam apa keadaan sekalipun, bersyukurlah, kita merasai nikmat HIDUP.



Semoga kita menjadi hambaNYA yang sentiasa bersyukur.
Semoga kita mendapat nusrahNYA untuk menjadi hamba yang sentiasa bersyukur.
semoga
koma,
INSYAALLAH
noktah.








No comments: