ini saya-

In the name of Allah,

saya persembahkan contengan saya. ini contengan, bukan lukisan.

ini tentang saya dan kehidupan.
coret-coret sebuah perjalanan mengenal Tuhan.

ArRahim melihat saya yang menulis, dan anda yang membaca, haa..jangan berani nak buat ikut suka.

hijrah itu superb. tapi sy lambat. tolong saya, bagi tazkirah. orang kata, tolong-menolong amalan mulia.

Semoga nasrullah mengiringi sebuah perjalanan usaha atas iman. usaha anda. usaha saya. usaha kita. dan usaha mereka.

usaha yang tulus mampu tembus hingga ke alam luar kalkulus._32492says

iman is like an airplane. the higher you go up. the smaller things on earth look_imam safi khan says


berjalan. kadang senget. berlari. kadang terjatuh. biar. Allah tahu. daku yakin.

Lilypie Kids Birthday tickers

Jul 16, 2011

malam ni hantar contengan perjalanan!

Atas namanya yang Maha Sempurna..
Assalammualaikum reading eyes..

hari ni 15 Syaa'ban..
nisfu=separuh/setengah syaa'ban.
maknanya, ada 15 hari lagi bulan cinta akan datang kan?

bulan itu..bulan cinta..
bulan itu..bulan kita..
have we prepared ourselves?

okeh, that's an intro as well as a question for all of us to answer.


jom cakap tentang tajuk entri.
kita kan..kalau esok nak jumpa si dia..malam ni baju semua dh prepare siap.
checklist cket punya banyak;
semua mahu perfect.
itu sesama manusia.
jika sesama manusia komitmen kita sudah sebesar itu..bukankah harus lebih jika kita ingin bertemu dengan Raja segala raja?

haa? bertemu raja segala raja?
 eh, iya la..mati itu kan pasti.
mungkin sekarang, mungkin nanti.
mungkin lusa, mungkin hari ni.

reading eyes..i am reminding you this;
buku amalan kita akan ditukar malam ni..
DITUKAR.

haa? ditukar?

yup..kiranya hitam putih contengan perjalanan kita utk setahun lepas kena submit malam ni.
have we done well in deeds or vice versa?

eh..ada hitam putih?

iyala..kita kan an-nas yang bersifat nasiya?

haa? apa tu?

okeh, translation. kita kan manusia yang bersifat pelupa?
Bukanlah Allah yang memerlukan dokumentasi contengan perjalanan kita itu.
tapi kita.
kita ni..tahula..ada masanya macam pahat dengan penukul.
kena ada motivasinya..baru bergerak.
in some way, hitam putih ni lebih kurang macam a sort of reminder untuk kita,
to sit back and think 
apa yang telah hati kita, 
akal kita,
tangan kita,tak kira cerah atau gelap,
kaki kita,tak kira cagu atau tidak,
mata kita,tak kira sepet atau bundar,
hidung kita,tak kira mancung atau penyek,
mulut kita, tak kira nipis atau tebal
wang kita. tak kira banyak atau sikit,
harta kita, tak kira menggunung atau berlohong
buat sepanjang perjalanan kita.

a documentation about our contengan perjalanan..

curi buah? curi henpon? 
pegi dating? 
bersms ngan yang dianggap bakal suami/isteri 22 jam?
berchat dengan orang di atas 19 jam?
menipu mak ayah?
menipu guru?
mengumpat mereka yang terasa ingin diumpat?
tuang kerja/ praktikal/kelas?
membazir beli vcd, mekap, novel chenta berlori-lori tapi sedekah tak pernah nak beri?
dan banyak lagi yang mungkin hanya kita dan DIA yang tahu..
(tu pun bukan sebab kita beritahu dan menyesal, tapi sebab Dia MAHA TAHU.)

huh..mende sit back and think ni? panjangnya la...

ni orang kita panggil MUHASABAH. pernah dengar? 

pernah. 

pernah buat? 

err...

^_^ jadi..jom buat sama-sama?
jika sebelum ini kita tidak tahu, biarlah kali ni..
buku lama kita cantik akhirnya;
dan buku baru kita cantik intronya..
dan insyaAllah..
cantik hingga ke akhirnya..:)

“Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadith ini dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. (jilid 3, .m.s. 135, Riyadh: Maktabah al-Ma`arf).

by the way,

 and

so say..

Syaa'ban tinggal separuh
koma
Ramadhan semakin hampir
noktah.

No comments: