In the name of Allah..
Assalammualaikum reading eyes,
pernah tak rasa sakit lutut?
bukan yang sebab terseliuh / patah / luka atau yang sewaktu dengannya..
alaa..yang sebab penyakit berkaitan lutut la..
Mesti tak pernah kan..
Sakit tahu?
Penyakit-penyakit macam ni selalunya jadi dengan orang-orang tua..mak ayah, datuk nenek kita la kiranya. makcik-makcik, pakcik-pakcik pun termasuklah.
nak tahu kenapa lutut dorang rasa sakit bila 'digunakan'?
jom kita tengok sama-sama.
1st and foremost: Faham anatomi lutut
okeh..saya ada jugakla belajar cket2 tentang benda ni..tapi tak la banyak macam yang doktor belajar.
Gambar lutut yang sblah kiri adalah anatomi lutut yang normal.
Yang bendalir sinovialnya cukup untuk bertindak sebagai kusyen apabila lutut bergerak. kiranya, tulang femur (yang membentuk paha) tidaklah bergeser dengan tulang tibia (yang membentuk betis bersama satu tulang lagi ; fibula).
kurangnya bendalir ini menyebabkan sebarang aktiviti yang memerlukan kaki membengkok akan menjadi menyakitkan.
contoh: berjalan, membongkok, nak duduk, nak bangun selepas duduk, dan yang sebagainya.
nak mudah faham, genggam kedua-dua tangan anda. yang kiri jadi femur, yang kanan jadi tibia (atau sebaliknya). pastu, posisikan kedua-dua genggaman tangan anda berhadapan dengan berjarak. then gerakkan secara bergilir (kalo yang kanan g atas, yang kiri g bawah atau sebaliknya). Knuckles anda tak bergeser kan? sebab jarak tadi. kalo dalam anatomi lutut, jarak tu macam sinovial fluid la.
sekarang cuba dekatkan. then gerakkan macam tadi. knuckles kiri dan kanan bergeser. camtulah yang terjadi bila sinovial fluid bermasalah. disebabkan pergeseran yang sentiasa berlaku (setiap kali bergerak) jadilah
bone erosion. (kira macam hakisan tulang la ni)
Rasanya tak perlulah lagi saya explen ttg kedua-dua penyakit ni. nak tahu lebih, klik nama penyakit tu. saya dah link kan.
Yang ingin saya sampaikan di sini,
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang ingin kamu dustakan?
Ar-Rahman: 13,16,18,21,23,25,28,30,32,34,36,38,40,42,45,47,49,51,53,55,57,59,61,63,65,67,69,71,73,75,77
31 kali Allah tanya dalam surah ArRahman..
adakah kita bersyukur dengan ciptaanNYA ini?
Subhanallah, Maha Geniusnya ArRahman dengan ciptaanNya yang teliti.
tu baru lutut..belum anggota badan yang lain lagi.
pernahkah kita berterimakasih?
mungkin ya, mungkin tidak.
tapi bila sakit lutut..tahu pulak nak mengeluh..huhu..
semoga kita mendapat nusrahNYA untuk menjadi hamba yang sentiasa bersyukur.
Sebagai anak / cucu kepada mereka yang mengalami penyakit seperti di atas, kita kenalah faham..
tolong-tolong buat kerja rumah..
ringan-ringankan cket tugas dorang..
Kalau kita yang sakit lutut tu..belum tentu kita boleh tahan tahu?
kalau dulu, kita sakit sikit,
dorang sikit punya risau.
agak2..kita rasa kerisauan yang sama tak bila dorang sakit?
dulu, kalau kita sakit,
dorang willing untuk buat apa saja untuk kita
agak2..kita ada tak willing sekuat itu bila dorang sakit?
kita fikir-fikirkanlah..
dalam masa yang sama, kita nasihatkan dorang supaya bersabar dengan ujian Allah ni.
kifarah dosa barangkali..
semoga bersih bila bertemuNYA nanti..InsyaAllah..
p/s: anak yang baik mendengar kata (Ustaz Abdullah Md Din, pengetua sekolah saya dulu)
No comments:
Post a Comment