ini saya-

In the name of Allah,

saya persembahkan contengan saya. ini contengan, bukan lukisan.

ini tentang saya dan kehidupan.
coret-coret sebuah perjalanan mengenal Tuhan.

ArRahim melihat saya yang menulis, dan anda yang membaca, haa..jangan berani nak buat ikut suka.

hijrah itu superb. tapi sy lambat. tolong saya, bagi tazkirah. orang kata, tolong-menolong amalan mulia.

Semoga nasrullah mengiringi sebuah perjalanan usaha atas iman. usaha anda. usaha saya. usaha kita. dan usaha mereka.

usaha yang tulus mampu tembus hingga ke alam luar kalkulus._32492says

iman is like an airplane. the higher you go up. the smaller things on earth look_imam safi khan says


berjalan. kadang senget. berlari. kadang terjatuh. biar. Allah tahu. daku yakin.

Lilypie Kids Birthday tickers

Aug 30, 2011

Graduate dari universiti Ramadhan!

Dengan namaNYA yang maha sempurna,
Assalammualaikum reading eyes:)


Eid Mubarak! 
taqabbalallahu minna wa minkum!
taqabbalallahu minna wa minkum!
taqabbalallahu minna wa minkum!
taqabbalallahu minna wa minkum!
taqabbalallahu minna wa minkum!

kullu 'am wa antum bikhair, insyaAllah:)

Kepada semua graduan taqwa dari universiti Ramadhan..
MABRUK 'ALAIK!
Salam kemenangan:)


harapnya, saya juga termasuk dalam senarai graduan taqwa dari universiti ini..
harapnya lulus untuk  subjek-subjek ini:

 PZB 24/7 (Puasa zahir batin)
QIA 1/3M (Qiamulail di 1/3 malam)
TRW 30 (Terawih 30 malam)
TDA 114 (Tadarus Al-Quran 114 surah)
ZKT 30R/1S (Zakat; sunat sepanjang Ramadhan, paling afdhal sebelum tamat solat sunat aidilfitri 1 Syawal)

semoga Ramadhan lalu menjadikan kita lebih baik, insyaAllah.
Kita ni berstatus hamba Allah 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365/366 hari setahun,selama kita hidup. 
bukan hanya untuk 30 hari Ramadhan.
Allah melihat kita sepanjang detik helaan dan tarikan nafas kita, bukan hanya untuk sebulan Ramadhan..
jadi...

okey? (",) <---khususnya untuk diri saya yang lemah ini.huu...

tidak pasti bagaimana PNGK saya untuk graduate dari universiti Ramadhan ni..
tapi saya ada azam baru dan azam lama yang ingin diperbaharui.<--yeah, semangat!!!!!!!!!!!
 mohon doanya ya?
dan mohon juga peringatan yang berterusan.

Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna)  -Al-A'la:9-

Azam baru:

saya mahu jadi secantik dan sebijak 'Aisyah Humairah,
menjaga hati dan perasaan seperti Fatimah AzZahra,
dan menjadi pencinta sejati seperti Khadijah Khuwailid.

saya MAHU..
saya BETUL-BETUL mahu!

azam lama yang diperbaharui.

saya mahu jadi anak solehah,
jadi saham akhirat ibu dan ayah yang saya cintai.

dan yang paling penting..

saya mahu jadi HAMBA yang SETIA.

lagi

saya mahu jadi muslimah yang bermanfaat pada orang lain.











fitrah manusia sering terlupa.
maka saya mohon..


andai saya terlupa akan azam saya ini,
andai saya menyimpang dari jalan ini,
ingatkan saya semula.
ya?



No comments: