kan?
sedar atau tidak, siapapun yang hadir dalam hidup kita hanyalah pinjaman..
parents, adik2, sahabat2, gewe2..eh? hoho.
mereka hak mutlak Allah..
bila-bila sahaja boleh diambil semula..
mungkin esok, mungkin hari ini..
jujurnya, saya takut bicara tentang hal ini,
kerana saya telah terlanjur kasih pada ibu dan ayah..
terlanjur sayang..
terlanjur cinta..
walau sedar hakikat mereka hanya pinjaman
dan bukannya hak mutlak saya,
tetap terasa begitu berat walau hanya berfikir tentang sebuah kehilangan..
betapa masih banyak yang belum saya katakan..
masih ada yang belum saya lafazkan..
betapa masih banyak yang ingin saya buktikan..
masih terlalu banyak keinginan mereka yang ingin saya penuhi..
masih ingin menatap sebuah senyuman..
merasai hangatnya sebuah ingatan, walau di kejauhan.
Tuhan..
berikan hambaMU ini kesempatan
untuk membahagiakan
ibu dan ayah yang engkau pinjamkan..
untuk membalas jasa,
pasti saya tidak mampu,
menyaingi kasih sayang juga tentu begitu.
maka sekurang-kurangnya,
biarlah saya mampu untuk membuat mereka rasa dihargai
semoga_
saya ingin menjadi anak yang baik
begitu mahu menjadi saham mereka dihadapan Al-Malik
saya ingin
begitu ingin
ArRahman,
dengarkanlah..
berikan hambaMU ini kesempatan
untuk menzahirkan
sebuah lafaz yang tersimpan..
..janganlah menjadikan seseorang ibu menderita kerana anaknya dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya..
(Al-Baqarah:233)
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Daku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka, Kepada Akulah tempat kembali kamu semua, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan..
(Al-Ankabut:8)
No comments:
Post a Comment