ini saya-

In the name of Allah,

saya persembahkan contengan saya. ini contengan, bukan lukisan.

ini tentang saya dan kehidupan.
coret-coret sebuah perjalanan mengenal Tuhan.

ArRahim melihat saya yang menulis, dan anda yang membaca, haa..jangan berani nak buat ikut suka.

hijrah itu superb. tapi sy lambat. tolong saya, bagi tazkirah. orang kata, tolong-menolong amalan mulia.

Semoga nasrullah mengiringi sebuah perjalanan usaha atas iman. usaha anda. usaha saya. usaha kita. dan usaha mereka.

usaha yang tulus mampu tembus hingga ke alam luar kalkulus._32492says

iman is like an airplane. the higher you go up. the smaller things on earth look_imam safi khan says


berjalan. kadang senget. berlari. kadang terjatuh. biar. Allah tahu. daku yakin.

Lilypie Kids Birthday tickers

Aug 8, 2012

dan jangan fikir Dia tidak tahu_

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum reading and fasting eyes:)


have you say your "Alhamdulillah" today?
it's great to know we're still alive isn't?
hey..beware dearie..
 do remind yourself to do something good today, it may be our last breath.
who knows, kan?

..dan tiada seorangpun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok hari, dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi manakah dia akan mati. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi amat meliputi pengetahuanNYA.
Surah Luqman: 34


#okeh, itu mini reminder.

back to the post title, Jangan fikir Dia tidak tahu.

Ada seorang ibu, yang telah melahirkan anak 9 hari yang lepas.
Ibu itu berusia 29 tahun.
anak yang dilahirkan itu ialah anaknya yang sulung.
Alhamdulillah, sihat.
bersalin secara normal.

Tidaklah sempat saya bertanya telah berapa lama dia bernikah dengan suaminya, tapi pada pengamatan saya tentulah baru lagi, kedua-duanya pun masih muda.

ibu itu, dibawa ke hospital dengan ambulans ketika anaknya berusia sembilan hari.
ditemani suami.
yang kemudian menanti di luar kerana isteri sedang dirawat.
dan hati mereka berkomunikasi.

"kasih, aku cinta kamu. Doa setulusnya, segalanya akan baik-baik saja."

tanpa sempat berpamitan, suami menanti di luar.


menanti.
dengan sabar.
jutaan doa menari di hati
beratus ribu lagi bermain di bibir.
Tuhan, ku pohon yang terbaik untuk bidadariku.
Aku mohon,
yang terbaik untuk bidadariku.

menanti.
lagi.

dan suami dipanggil ke dalam.
bertemu isteri.
oh..girangnya hati
dapat bertemu mata dengan sang permaisuri
melihat senyumnya saja sudah membuat jiwa hangat 
persisnya mentari pagi.

dan tiba-tiba senyumnya mati.
kaku.


sebahagian jiwanya pergi.
sayu.
jasad itu,
tidak bernafas lagi.

dikucup dahi si isteri.
di usap lembut pipi si jantung hati.
dan mata yang tidak dilihat sehari,
telah mula dirindui.

Allah, mengapa Kau biar isteriku pergi?
sakitnya perpisahan ini,
sayang, pulanglah pada Ilahi..
kamu tahu kan, betapa abi sangat mencintai?

khalifah kita, baru berusia sembilan hari.
belum sempat kenal umminya yang cantik ini.
Jangan risau mi,
kiranya dia nanti pasti seorang yang sangat cekal hati..

Pada usia sembilan hari telah di uji.


Abi halalkan segalanya sayang,
dan abi jadi saksi,
umi isteri mithali,
bidadari dunia abi sebagai suami.

***************

Perit rasa hati si suami hilang isteri.
luluh lagi jiwa anak kehilangan umi.

dan jangan sesekali kalian fikir, Dia tidak tahu itu.

Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi, sesungguhnya Dia mengetahui akan segala isi hati yang terkandung di dalam dada.
Surah Al-Faatir : 38

maka jangan fikir begitu.

Dia mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi dan Dia mengetahui segala yang kamu rahsiakan serta yang kamu zahirkan dan Allah sentiasa mengetahui segala (isi hati), yang terkandung di dalam dada
 Surah AtTaghabun : 4

Allah yang mencipta kita,
maka tentulah Dia tahu apa yang terbaik untuk hambanya.

dan takdir untuk kembali, adalah yang terbaik untuk si isteri.

Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang mnyebabkan seseorang itu tertawa dan menangis.
Dan sesungguhnya Dialah yang mematikan dan menghidupkan.
Dan bahawa sesungguhnya Dialah yang menciptakan pasangan lelaki dan perempuan.
Surah Najm: 43-45

Maka jangan fikir Dia tidak tahu.

dan tidaklah suami itu ditinggal sepi,
ArRahman itu sungguh maha pengasih.

ada takdir untuknya yang telah ditentu.
cuma saja perlu waktu untuk ditemu.

daku cuma ingin kalian tahu,
betapa Allah itu maha Tahu.
apa yang terbaik untuk hambaNYA.


AlBaqarah:216
"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu, Allah mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui."

jangan sekali kamu fikir Allah tidak tahu
betapa perit dan sakitnya hatimu.
saat Dia menguji.

dan sungguh, 
waktu bukanlah milik kita,
tidak sekarang,
tidak dulu,
tidak selamanya.

nah, 
aku mohon
tanam ini dalam hatimu,
walau apa yang terjadi, daku ada Tuhan yang Maha Tahu.

apa perlu rasa buntu, sedang jiwa kita tahu, segala yang berlaku, hanya aturan Dia yang Maha Tahu
32492 says#