ini saya-

In the name of Allah,

saya persembahkan contengan saya. ini contengan, bukan lukisan.

ini tentang saya dan kehidupan.
coret-coret sebuah perjalanan mengenal Tuhan.

ArRahim melihat saya yang menulis, dan anda yang membaca, haa..jangan berani nak buat ikut suka.

hijrah itu superb. tapi sy lambat. tolong saya, bagi tazkirah. orang kata, tolong-menolong amalan mulia.

Semoga nasrullah mengiringi sebuah perjalanan usaha atas iman. usaha anda. usaha saya. usaha kita. dan usaha mereka.

usaha yang tulus mampu tembus hingga ke alam luar kalkulus._32492says

iman is like an airplane. the higher you go up. the smaller things on earth look_imam safi khan says


berjalan. kadang senget. berlari. kadang terjatuh. biar. Allah tahu. daku yakin.

Lilypie Kids Birthday tickers

Nov 24, 2012

sebab yang abadi..

dengan namaNYA yang maha sempurna.
Assalammualaikum, mata-mata yang membaca.

sudah terlalu lama tidak menconteng.
ku kira contengan kali ini kerana rindu,
mencurah sesuatu pada sesuatu.
dan oh, berpandu ilham dari Dia yang Satu.

*it rhymes! yeah, i have it, still :P

"sebab yang abadi"

setiap sesuatu itu perlu sebab sebenarnya.

saya jatuh cinta.
sudah tentu saya punya sebab untuk jatuh cinta.

saya jatuh tangga.
sudah tentu saya juga punya sebab untuk jatuh tangga.

saya jatuh katil.
pastilah juga ada sebabnya hingga saya terjatuh katil.

tak kira la jatuh dari mana atau ke mana, kalau dah jatuh tu, jatuh lah juga.
tak boleh buat apa-apa.


Kita jatuh ada sebabnya.

oh, tangga itu licin, hingga saya tergelincir dan terjatuh.
oh, katil itu sempit, dan saya tidur seperti bola yang bergolek-golek. dan saya akhirnya terjatuh.
oh, terlalu banyak kebetulan antara kami hingga saya rasa ia seperti bukan kebetulan. dan saya akhirnya terjatuh hati.

itu semua,
sebenarnya, asbab sahaja.
Allah sudah tentukan begitu.
munculnya asbab hanya untuk membuat perkara itu boleh diterangkan kepada umum.

seperti meninggalnya seseorang.
encik x telah mengalami pendarahan yang sangat banyak. kami telah cuba sedaya upaya, tapi dia tidak dapat diselamatkan.

asbabnya encik x meninggal : pendarahan yang sangat banyak.
dalam laporan hospital mungkin tertulis, COD: haemorrhagic shock.
encik x sebenarnya meninggal kerana Allah telah takdirkan begitu.

telah tertulis d Luh Mahfuz, encik x akan meninggal pada waktu sekian-sekian,
pada sekian haribulan,
di hospital sekian-sekian,
kerana mengalami massive bleeding hingga menyebabkan haemorrhagic shock.

Begitu sebenarnya.
semua sebab itu dari Allah.
sebab yang abadi.

segala yang berlaku adalah atas aturan Yang Abadi.
yang mencipta kita, hambaNYA yag sama sekali tidak kekal, dan boleh mati.

maka pada saya,
perihal hati juga begitu.
rasa itu Allah yang bagi.

pada sekian-sekian haribulan,
jam sekian-sekian,
cik z telah jatuh hati kepada encik a kerana sebab sekian-sekian.

tinggal saja cik z tersebut membuat langkah seterusnya berdasarkan tahap iman dan cintanya pada Yang Abadi.
jika betul jalannya, rasa itu akan abadi, tetap hidup walau dia sudah mati.
malah boleh bercinta lagi dalam syurga Ilahi.

tapi jika tidak,
maka rasa itu sekadar rasa-rasa sahaja,
sebentar cuma, dan tidak abadi.

maka kita,
jangan sekali-kali melupakan sebab yang abadi ini.

apa pun yang berlaku dalam hidup kita hari ini, kemarin mahupun esok,
adalah dari Allah.
tinggal saja kita pilih reaksi yang tepat berdasarkan tahap iman dan cinta kita pada Dia.

bagaimana hendak pastikan saya telah membuat reaksi atau tindakan yang tepat dan meninggalkan kesan abadi?

mudah sekali.
tanya pada Yang memberi.
mohon pencerahan pada Yang menguji.
pinta pertolongan dari Yang Abadi.

tamat sudah contengan ini.

itu sahaja, mahu yang abadi, sandarkan pada Yang Abadi.

#Telah Allah takdirkan anda akan online pada hari ini,
dan membuka blog saya ini,
dan terbaca contengan tentang abadi-tidak abadi ini.

semoga kesannya dalam hati anda, abadi.
doakan saya:)