Bismillahirahmanirrahim.
Assalammualaikum mata-mata yang membaca.
Kaifa halukum?
ehem, sempena ujian yang sedang melanda hati dan jiwa saya ini, ingin saya berkongsi dengan anda tentang hujan, yang amat saya cinta. (bukan kumpulan atau vokalis hujan hokeh.. )
saya, seorang aisy aisyah (bukan nama sebenar) ini percaya,
kita tidak akan sakit andai kita bermain hujan dengan gembira.
Saya sememangnya sangat percaya pada kata-kata saya ini. woha!
meski belum diterbitkan mana-mana buku, sebagai
setakat ini, saya telah mengutarakan
i) kesemua mereka sebaya
ii) kesemua mereka rakyat kelantan.
iii) kesemua mereka dicadangkan dengan teori tersebut ketika kami bercerita tentang ujian.
iv) sorang kenal face-to-face, sorang kenal dari telefon, sorang kenal dari fb.
satu yang dorang tidak tahu, saya..sebenarnya menyampaikan 2 perkara bila menyatakan demikian.
1. kita tidak akan sakit andai terkena (atau bermain) hujan dengan gembira.
saya dah cuba..percayalah.
saya yang mudah sakit ini, (telah banyak menyushkan ibu bapa dan bakal menyusahkan encik suami :P ) dijadikan Allah sangat cinta pada hujan.
bila hujan turun, dan saya berada di dalam rumah, muka saya akan melekat di tingkap, supaya dapat "merasa" hujan itu sehampir mungkin.
dan kerana kasihan, ibu saya akan berkata; "Okeylah..bolehlah. jangan lama."
dan saya akan bertepuk tangan sambil melompat-lompat dan menjerit "yeah!"
dan kemudian dengan sepantas kilat (tidaklah benar-benar sepantas kilat) saya akan berlari ke luar rumah dan bermain hujan dengan bahagianya.
eh? awak tak pakai tudung ke?
err...okeh..dengan segannya saya mengaku saya mendapat hidayah untuk memakai tudung pada usia 15 tahun. (semoga Allah mengampunkan dosa saya menayangkan rambut tahun-tahun sebelumnya).
dan kerana begitu gembira (dan diizinkan pula oleh ibu) saya tidak demam atau selsema meski bermain hujan berjam2. *
*dengan mematuhi syarat-syarat tertentu iaitu:
- main hujan hanya selepas 10 hingga 15 minit ia mula turun. SELEPAS.
- lepas puas mandi hujan, sila mandi dengan bersih.
- berterimakasih atas nikmat hujan.
eh? awak tak baca doa turun hujan?
err..okeh..buat kali keduanya saya, dengan segannya mengaku bahawa saya hanya tahu doa turun hujan pada usia 19 tahun.
2. Kita tidak akan "sakit" jika bersabar dan berlapang dada terhadap ujian.
dan perkara kedua inilah yang sebenarnya saya maksudkan setiap kali mengatakan ayat "tidak akan sakit jika bermain hujan dengan gembira."
saya, sesungguhnya sangat yakin bahawa jika kita punya jiwa yang kuat, lengkap dengan antibodi dari rasa putus asa dan putus harapan terhadap rahmat Tuhan, maka inshaAllah, meski ujian tinggi menggunung, tidaklah senyuman kita bagai terkurung.
“Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir”. (Surah Yusuf ayat 87)
"senanglah cakap..bukan awak yang dapat musibah.."
ehem. sila ambik perhatian, terkadang, luka di hati yang menasihati lebih dalam daripada yang dinasihati.
SILA PERCAYA.Acapkali, apa yang kita katakan adalah untuk hati kita sebenarnya..
Bila kita di uji, tidaklah Allah minta kita menyelesaikan musibah itu. Dia hanya minta kita untuk memohon pertolongan dengan sabar dan solat.
Dia mahu kita berjiwa kuat.
dan oh, tahukah anda, mukmin (orang beriman) yang kuat itu lebih disukai Allah dari mukmin yang lemah?
haa...tengok? kan saya dah kata..
maka bila di uji, berlapang dadalah.. supaya kita tidak "sakit".
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya”. (Surah Al-Baqarah ayat 286)
sejujurnya, saya kini sedang ditimpa hujan.
lebat, saya kira.
kerana bukan hanya melibatkan saya semata, tetapi juga jiwa-jiwa yang saya cinta.
saya sedang ditimpa hujan.
sejuk.
saya berusaha berlapang dada.
melengkapkan jiwa dengan segala antibodi yang ada.
sedaya upaya berasa "gembira".
kerana saya,
sungguh percaya satu-satunya cara kita tidak sakit bila ditimpa "hujan",
adalah dengan merasa gembira.
lagi satu, sila lihat ayat 5 dan 6 surah Al-Insyirah.
senyum sokmo kalu baca ayat tu gak. begitu manis janjiNYA.
begitu indah, bagi mereka yang percaya.
saya percaya Dia.
anda?