Usaha yang tulus mampu tembus hingga ke alam luar kalkulus! soleh=cool lagi maveles. solehah=gojes lagi osem.
ini saya-
In the name of Allah,
saya persembahkan contengan saya. ini contengan, bukan lukisan.
ini tentang saya dan kehidupan.
coret-coret sebuah perjalanan mengenal Tuhan.
ArRahim melihat saya yang menulis, dan anda yang membaca, haa..jangan berani nak buat ikut suka.
hijrah itu superb. tapi sy lambat. tolong saya, bagi tazkirah. orang kata, tolong-menolong amalan mulia.
Semoga nasrullah mengiringi sebuah perjalanan usaha atas iman. usaha anda. usaha saya. usaha kita. dan usaha mereka.
usaha yang tulus mampu tembus hingga ke alam luar kalkulus._32492says
iman is like an airplane. the higher you go up. the smaller things on earth look_imam safi khan says
Jan 28, 2013
nikah.
assalammualaikum reading eyes.
kaifa halukum?
semoga sedang berbahagia dan masih mampu tersenyum-senyum meski hati ada luka tembus dan berdarah macam drakula. eh? agak hiperbola di situ.
nikah.
bukan saya. bukan.
ini kisah tentang seorang yang saya cinta.
seorang ahli keluarga.
yang kisah cintanya belum sampai ke gerbang nikah.
di hubungnya saya pada suatu hari.
bercerita bahawa lelaki yang ingin menikahinya
dan yang ingin dia jadikan suami
telah di carikan calon isteri oleh nenek si lelaki.
sedih.
sedang ibu bapa si lelaki,
nyatanya begitu menyukai gadis ini.
dan si lelaki, sudah seperti begitu pasti mengambilnya sebagai isteri.
maka beristikharahlah mereka berdua.
tidak berhubung, meski di alam maya.
bersunyi-sunyi dengan Allah.
memohon sebuah nasrullah.
dan pada saya, di ceritakan petunjuknya.
tidaklah saya mampu menafsir,
sedang istikharah sendiri seperti bayu semilir.
setelah berfikir-fikir,
si lelaki akhirnya membuat keputusan
memilih gadis kesukaan nenek.
sungguh,
tidaklah dia ingin merosak impian seorang tua
yang begitu dekat dengan jiwanya.
tidaklah dia mahu digelar derhaka
membantah sebuah mahu insan yang lebih dewasa.
maka
ditinggalkannya gadis kecintaannya
sepi
tanpa perjuangan untuk mempertahan.
menangis si gadis bersama ibunya.
bila akhirnya segalanya tidak seperti yang diharapkan.
seminggu berlalu.
bergerak rombongan si lelaki ke rumah gadis kesukaan nenek.
menghantar tanda.
perih hati si lelaki.
tapi demi cinta pada Dia,
dan pada keluarga,
diturutnya jua.
hari menghantar tanda
si gadis menghubungi saya.
lagi.
kali ini lebih hidup.
kata-katanya, nyata lebih berisi.
"Dan tidaklah Allah menguji hambaNYA di luar batas kemampuan mereka.
maha suci Allah dari menzalimi hambaNYA sedang DIA tahu,
kita berharap dan memohon pertolongan hanya dariNYA.
Saya akan bersabar. Pasti ada hikmah di sebalik ujian ini."
tidak saya tahu pengakhiran kisah ini.
mungkin saja seperti cerita "ketika cinta bertasbih."
kan?
mungkin juga seperti kisah salman al-farisi.
cuma yang saya pasti
Allah,
tidak sesekali akan menguji
sebelum diukurnya kekuatan hati.
dan Dia,
sungguh tidak pernah berjanji segalanya akan mudah,
Tapi Dia berjanji akan selalu ada bila kita goyah.
cuma saja
jangan pernah kita lupa
untuk kembali pada Dia.
dan Dialah yang membuat manusia tertawa, dan menangis. (AnNajm; 43)
semoga gadis yang saya cinta itu diberikan kekuatan hati
hingga terasa ringan ujian ini.
dan semoga Allah memberikan takdir yang indah buat mereka.
dan Dia Yang maha Indah
lagi sukakan keindahan
pasti akan memperindah sebuah kehidupan
yang bersandar sepenuhnya pada Tuhan.
saya percaya.
dan saya tahu gadis itu percaya.
dan anda yang membaca,
saya harap anda juga percaya
bahawa sesungguhnya,
Allah begitu cinta kepada kita.