ini saya-

In the name of Allah,

saya persembahkan contengan saya. ini contengan, bukan lukisan.

ini tentang saya dan kehidupan.
coret-coret sebuah perjalanan mengenal Tuhan.

ArRahim melihat saya yang menulis, dan anda yang membaca, haa..jangan berani nak buat ikut suka.

hijrah itu superb. tapi sy lambat. tolong saya, bagi tazkirah. orang kata, tolong-menolong amalan mulia.

Semoga nasrullah mengiringi sebuah perjalanan usaha atas iman. usaha anda. usaha saya. usaha kita. dan usaha mereka.

usaha yang tulus mampu tembus hingga ke alam luar kalkulus._32492says

iman is like an airplane. the higher you go up. the smaller things on earth look_imam safi khan says


berjalan. kadang senget. berlari. kadang terjatuh. biar. Allah tahu. daku yakin.

Lilypie Kids Birthday tickers

Jun 20, 2011

Kerana bait itu sebenarnya buat kita..



"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dlm kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan.."

-Imam Hasan Al-Basr

Saya bukanlah dai'e yang hebat..tetapi sedang berusaha menjadi seorang dai'e.
Ya, saya bekas pelajar sekolah agama.
Tapi adakah itu bermakna saya lebih baik dari mereka yang tidak bersekolah agama?
Tidak.
Ia hanya bermakna ArRahman memberi saya peluang untuk merasai dan mengenali apa itu tarbiyah.
Saya bertudung labuh.
Adakah itu bermakna saya lebih baik dari mereka yang bertudung dengan saiz sederhana?
Tidak.
Ia hanya bermakna saya sedang dalam usaha untuk memperbaiki diri saya.

Saya bukanlah yang terbaik.
Hanya berusaha untuk menjadi lebih baik.
Lalu kenapa memberi peringatan?
Pada saya, apa pun peringatan yang kita beri pada orang lain, sebenarnya, peringatan itu adalah untuk kita.
kenapa begitu?

Kerana Maha Pemberi Ilham telah mengilhamkan kita untuk mengingatkan perkara tersebut kepada orang lain..tetapi..
sebelum butir bicara itu sampai pada orang lain..
otak kita yang mencernanya dahulu_
mata kita yang membacanya dahulu_
telinga kita yang mendengarnya dahulu_
maka bukankah ingatan itu sebenarnya KHAS buat kita..
dan umumnya untuk mad'u kita?

Jadi sampaikanlah peringatan..walau diri kita tidak sempurna..kerana ia sebenarnya buat kita.
Cuma INGATlah untuk berhati-hati dengan apa yang kita sampaikan..
kerana KELAK kita akan di uji dengan butir bicara kita sendiri~

Saya ingin menjadi lebih baik.
Saya ingin terus berusaha menjadi lebih baik.
saya ingin.
Maka saya mengingatkan..
Supaya saya mendapat peringatan.

Semoga nasrullah mengiringi perjalanan usaha ini.
Koma.
Aminn..
NoktaH.


No comments: