ini saya-

In the name of Allah,

saya persembahkan contengan saya. ini contengan, bukan lukisan.

ini tentang saya dan kehidupan.
coret-coret sebuah perjalanan mengenal Tuhan.

ArRahim melihat saya yang menulis, dan anda yang membaca, haa..jangan berani nak buat ikut suka.

hijrah itu superb. tapi sy lambat. tolong saya, bagi tazkirah. orang kata, tolong-menolong amalan mulia.

Semoga nasrullah mengiringi sebuah perjalanan usaha atas iman. usaha anda. usaha saya. usaha kita. dan usaha mereka.

usaha yang tulus mampu tembus hingga ke alam luar kalkulus._32492says

iman is like an airplane. the higher you go up. the smaller things on earth look_imam safi khan says


berjalan. kadang senget. berlari. kadang terjatuh. biar. Allah tahu. daku yakin.

Lilypie Kids Birthday tickers

Sep 30, 2011

cinta..lagi?

wanita adalah perhiasan,
disimpan di dalam laci..
kemudian diKUNCI.

laci itu letaknya di dalam almari,
kemudian diKUNCI.

almari itu letaknya di dalam sebuah bilik,
yang juga diKUNCI.

bilik tersebut letaknya dalam sebuah rumah,
yang pintunya diKUNCI.

rumah itu dalam kawasan berpagar,
yang pagarnya berKUNCI.

dan kunci kepada semua yang telah dikunci adalah suaminya.

sepatutnya macam ni kan?
sungguh sedih rasanya bila melihat saudara2 kita yang telah tertewas.
Allahurabbi, kita sebagai wanita ini telah diangkat tinggi oleh Islam.
macam L'oreal kata tu..kerana dirimu begitu berharga.
hanya kita yang merendahkan diri sendiri.

yang kita nak rela membiarkan hati terbuai oleh mereka yang berkata cinta tu..tanda tak menghargai diri la tu.
saya bukan menolak cinta,
kerana ia fitrah juga ibadah, insyaAllah, jika kena caranya.
cinta..kan suci..
perlakuan sebahagian kita la yang membuatkan ia jadi fitnah, jadi punca dosa.
Nauzubillah hi min zalik!

kenapa saya menulis tentang ini?
kerana saya benar2 kisah,
saya benar2 sayang.
Allah..
sahabat2..adik2..abang2..dan kakak2..
saya sayang kalian.

mana mungkin saya sanggup kalian dimurkai olehNYA?
saya sayang!
saya mahu kasih dan redhaNYA sentiasa mengiringi setiap hembusan nafas kalian..
saya ingin..

saya ingin bila kalian mencinta..
cinta itu juga dicintaiNYA..

saya ini lemah,hanya mampu menulis
dan tak mampu berbicara_
maka saya berdoa, meminta pada Yang Memiliki segala hati,
agar hati kita sentiasa cenderung untuk berpegang pada garisanNYA,
teguh untuk terus menyusuri jalanNYA,
kuat untuk melawan kejahatan hati kita_

Sep 28, 2011

_

dengan namaNYA yang maha sempurna_

Tuhan
engkau saksikanlah
bahawa akulah hambaMU yang masih kalah
yang hatinya masih keras
masih membatu.

Maka Kau lembutkanlah hati ini wahai Yang Maha Baik,
Kau campakkanlah hidayah,
semoga aku mampu memenangi kejahatan hatiku_

Sep 27, 2011

hati_

Some hearts can understand each other - even in silence.

kanvas dan aku_


dengan namaNYA yang maha sempurna_

di kanvas putih itu,
telah kulukiskan contengan sebuah perjalanan,
dengan hijau buminya,
dengan cantik pelanginya,
dengan merah mentarinya
dengan kerlipan bintangnya.

lantas si kanvas berkata padaku,
contenganmu contengan palsu
kau abadikan gemilang pelangimu didadaku
tanpa kumerasai basahnya hujan menderu
bukankah itu namanya tipu
kerana hidup bukanlah begitu.

takkan engkau menghargai pelangi
jika hujan tak pernah kau rasai
tak berguna menyulam mimpi
jika sandarnya tidak pada Ilahi.

kanvasku berbicara tulus,
peringatan dari hati yang mulus.

dengarkan wahai kanvasku,
bagaimana contengan, begitulah hati
yang masih tersenyum walau di uji
hujan itu dari Ilahi,
tak akan kulukiskan di sini.
dan contenganku ini,
adalah sempurna sebuah mimpi
yang sandarnya pada Ilahi_

Sep 26, 2011

cantik ada di mana-mana:)

dengan namaNYA yang maha baik,
assalammualaikum mata-mata yang membaca..
bagaimana usaha iman? may everything went well,insyaAllah:)

hari ni mahu kongsi sikit tentang cantik.
















peringatan itu, ada di mana-mana bagi mereka yang berfikir.
di bustop, di dalam bas, di luar bas, di kiri bas, di kanan bas..di mana-mana pun. (*kenapa bas jadi mangsa??)
yang pentingnya, ada fikir dan zikir bersama-sama kita pada masa tu:)
kan?
Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya) dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.  
(Al-Baqarah:269)
tadi saya dan rumet tonton stanza cinta.
ada juga la yang saya tak berapa nak suka kan.. (seperti heroin yang digambarkan solehah tapi stokin xda pun:-(. huhu ).
tapi mengaplikasikan prinsip di atas, iaitu "find the beauty in everything" dan "peringatan tu ada di mana-mana bagi mereka yang berfikir" maka saya pun menggunakanlah 10% daripada neuron2 yang aktif di dalam otak ni, untuk sedikit fikir dan zikir.

heroin tu (nama dia amni something..atau mungkin something amni) kata camni,
"kadang-kadang, kekurangan orang lain itu, ladang pahala untuk kita..
supaya kita boleh memaafkan dan memberi peringatan kepada mereka..

kita ni pun, disukai orang, sebab Allah tutup aib kita..."

Sep 25, 2011

cantik:)

gambar.
bicaranya?
nanti.
insyaAllah.

answer..and see?

Cuba jawab soalan dibawah dan bandingkan.

Soalan 1 :Siapakah Juara Akademi Fantasia musim pertama?

Soalan 2 : Siapakah artis perempuan Hollywood yang menyanyikan lagu "Beautiful Liar"?

Soalan 3 : Siapakah RAJA LAWAK ?

Soalan 4 : Berikan satu judul lagu terbaru Anuar Zain?

Soalan 5 : Siapakah hos untuk rancangan Melodi terbitan TV3?

Soalan 6 : Apakah nama kumpulan RAP yang terdiri dari 3 orang adik beradik yang terkenal di Malaysia ?

Soalan 7: Siapakah yang menyanyikan lagu "Gemilang"?

Soalan 8 : Siapakah nama isteri Beckham?

Soalan 9 : Siapakah nama laki Siti Nurhaliza?

Soalan 10 : Siapakah penyanyi kakak Siti Nurhaliza yang bertanding dalam AF6?

Bagaimana pula dengan soalan di bawah ini....

Berapa banyak pula, saya dan kawan-kawan boleh jawab?
 

Sep 24, 2011

berbaik hati lah dengan hati kita:)

dengan namaNYA yang maha sempurna,yang maha pengasih, lagi maha penyayang.
Assalammualaikum mata-mata yang membaca:)
apa khabar iman di hati? semoga sedang berbahagia dengan usaha diri,insyaAllah^_^

anda pernah ada masalah?
mestilah pernah kan..
mustahil la kita free dari masalah.
masalah tu hari-hari ada, cuma bezanya ada yang kita rasa mudah nak handle, ada yang kita sukar nak handle.
kan?

well, that is life:)
bibir kita mengukir senyum dengan segala nikmatnya..
dan hati kita berjuang menghadapi mehnah dan tribulasinya..
tapi tahu tak..sebenarnya kan....




















apa yang ingin saya kongsikan di sini, berbaik hatilah dengan hati kita.
ada benda yang kita betul-betul rasa tak mampu, kita biar sahaja.
kita kan ada Tuhan yang Maha Hebat?
serahkan sahaja pada Dia.
nak susahkan hati buat apa..
nanti tak pasal-pasal..kita jadi berputus asa pada rahmatNYA pula..
ish..nauzibillahhi min zalik..berdosa tu.

bumi pun ingat airmata dan peluh mak ayah. kita?

dengan namaNYA yang maha sempurna,
yang memiliki diriku, dirimu dan seluruh alam semesta.
Assalammualaikum mata-mata yang membaca:)
kaifa halukum? may every single and each of you are blessed with iman and taqwa, insyaAllah.

ni saya mahu share beberapa cerita, yang membawa satu derita, derita ibubapa bila anaknya seperti hilang cinta.

saya buat latihan praktikal di jabatan kecemasan satu hospital ni. masa tu, jaga kaunter *triage.
*triage ialah proses di mana pengambilan tanda-tanda vital (tekanan darah, kadar nadi, suhu badan,pernafasan dan skor kesakitan) dijalankan, disamping penilaian terhadap keadaan pesakit. pesakit diasingkan mengikut keutamaan mendapatkan rawatan. 


ada seorang makcik ni, datang sebab SOB. (SOB=shortness of breath, kesukaran bernafas.)

saya     : jadi apa ni macik?
macik   : macik penat.. (orang2 utara ni refer kesukaran bernafas/ asma sebagai "penat". sungguh la saya      bingung masa mula2 dengar dulu.)
saya     : biasa sedut gas ke?
macik   : tak.
saya     : ada batuk2 tak 2-3 hari ni?
macik   : haa..duk batuk2 la ni jadi penat ni.
saya     : ada gelema? (gelema=kahak)
macik   : ada.
saya     : ada penyakit apa2 tak sebelum ni?
macik   : darah tnggi ada..kencing manis pun ada.
saya     : okey macik, jom masuk dalam.
*perbualan ini berlaku sambil pengambilan tanda2 vital, auskultasi peparu, dan dokumentasi kad triage dijalankan.

macik masuk sebagai yellow case sebab spo2 (kadar oksigen dalam badan) cuma 93%.
macik baring atas katil, saya bagi nasal prong. (nasal prong ialah tiub yang disambungkan dengan oksigen, terus ke hidung. emm..maksud saya lubang hidung. hee..).
pastu inform ngan doktor.
pastu saya datang balik dekat makcik tu, untuk buat ecg pulak. sambil2 me'ready'kan macik untuk ecg, saya tnya2 la cket..

saya   : macik mai dengan sapa ni?
macik : sorang. macik naik teksi.
saya   : anak2?
macik : ish...depa susah la nak ajak mai spital ni..
saya   : emm..(speechless)
macik : macik ajak dah tadi..tapi depa xnak.
saya   : hmm...(speechless lagi)
macik : depa penat kot..
saya   : a'ah..ni depa tau tak macik mai hospital sorang ni?
macik : tahu..
saya    : okey macik, kita cek jantung sat naa..macik bernafas macam biasa, jangan bergerak dan jangan bercakap..

siap tu, doktor dan paramedik yellow zone pun datang. jadi saya pegi triage semula.

datang pulak seorang pakcik ni, sakit dada. sakit dada ni bahaya, tolak masuk terus, and buat ecg.
sekali lagi, perbualan semasa memasang lead ecg.

saya   : pacik mai dengan sapa ni? 
pacik : jiran mai hantar.
saya  : IC ada bawak pakcik?
pacik : ada, dengan  jiran.
saya  : ooo....xpa2.
pacik : pacik duduk sorang, macik meninggal bulan lepas.
saya  : anak?
pacik : anak pacik sorang ja..dia duk jauh. lama dah xjumpa pun..
saya  : emm...(speechless)
pacik  : macam tu la bila dah tua ni..
saya   : .... (super speechless!)
pas buat ecg, saya p cari jiran pacik untuk buat pendaftaran. and other management continues..

pastu saya balik ke kaunter triage. kawan2 tengah triaging beberapa pesakit lain. saya tanya random,
saya    : pacik tu kenapa?
kawan : anak dia jatuh motor..
saya    : oo...ingat dia yang sakit.
kawan : dia risau sangat tu..
saya    : emm...

apa yang dapat saya lihat, betapa ibubapa super risau bila kita tak sihat, bila kita sakit, bila kita cedera.
tapi kita?
dah dewasa..dah nikah..dah ada rumah sendiri, mak ayah kita tinggal macam tak pernah ada cinta.

dulu kita sakit sikit, Allahurabbi...mak macam nak menangis tahu? ayah tak kisah penat macam mana pun, tetap nak hantar kita pegi hospital kalau kita sakit. A.S.A.P!
yang kita ni..mak sesak nafas boleh kita buat tak kisah?
nauzubillahi min zalik..
macik SOB tadi didiagnos pnemonia. dia kena masuk wad. anak-anak dia tahu?
tak.
ops..maaf. sy seharusnya kata, "belum tahu lagi."

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal hingga tempoh menceraikan susunya ialah dlam tempoh dua tahu; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKU dan kepada kedua ibubapamu; dan ingatlah, kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)"
(Surah Luqman: 14)

pacik sakit dada tu, ada Myocardial Infarction.
anak dia tahu? tak. "anak duduk jauh..lama dah tak jumpa pun.."
Nauzubillahhi min zalik...


"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya...(hingga akhir ayat) "
(Al-Ankabut,8)



I'm not judging them, sebab saya tak kenal dan tak tahu kehidupan mereka. cuma saya rasa sangat2 terkilan dan malu sebagai seorang anak..kerana sanggup memperlakukan ibu ayah sebegitu rupa. whaf if tempoh pinjaman yang ArRahman bagi tamat dalam keadaan kita tak sempat berterima kasih? lebih parah lagi..dalam keadaan dorang kecik hati dan kita tak sempat minta maaf? 


kita ingat tak ni air mata mak dan peluh mak ayah yang menitik sebab kita?
kalau tanya bumi pun bumi ingat.
kita ni?
Allah....
lupakah kita pada ayat-ayat ini:

"Katakanlah, Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan Allah dengan sesuatupun dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa kamu...(hingga akhir ayat)"
 (Al-An'am:151)


"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNYA semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau  berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan 'Haa' dan janganlah engakau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
(Al-Isra': 23)



ke mana hilangnya cinta itu?
cinta yang dulu kulihat dalam matamu..
kudengar pada manja suaramu..
anakku..
sungguh aku rindu pada cinta itu.

tidak ku perlu pada hartamu..
tidak ku damba pada sanjunganmu..
hanya sedikit masamu yang kuperlu..
secebis kasihmu yang kurindu..
kerana setinggi mana pun engkau wahai permataku..
tetap engkau kulihat sebagai anakku.
yang perlu pada kasih dan sayangku..
aku rindu cinta itu anakku.


ni satu ayat lagi, saya cadangkan anda cari sendiri dalam Al-Quran. Ayat 15 surah Al-Ahqaf.

semoga kita jadi anak yang soleh dan solehah..
atau lebih tepat lagi, semoga kita terus berusaha menjadi anak yang soleh dan solehah..
dan semoga nasrullah mengiringi usaha kita itu.
amin_

Sep 23, 2011

cinta BUTA?

In the name of Allah_
Assalammualaikum mata-mata yang membaca..
pernah dengar cinta itu buta?


signifikan la kot dengan ayat ni..
A woman is not written in braille. You don't have to touch her to know her.
kan?
selalu dikatakan cinta itu buta.
iya meh?
andai kebutaan cinta itu ditakrifkan dengan tidak mampu lagi melihat mana yang hak, mana yang batil, yang mana tipudaya syaitan, yang mana halal dan yang mana haram..maka adakah cinta anda buta?
that is for you to think. 
to evaluate. 
and to take action. 
sebab hanya anda tahu cinta anda bagaimana. 

tapi saya pasti, cinta orang beriman itu tidak buta.
cinta yang sejati tidaklah buta. rabun tu mungkin la. tapi boleh pakai spek..:p
tetap ia mampu membezakan yang mana baik, yang mana buruk, yang mana halal, yang mana haram dan yang mana tipudaya syaitan..
tetap ia celik dan patuh pada hukum cinta yang Dia tetapkan.




















try baca ni.
semoga kita menjadi lebih baik,insyaAllah.
pencinta yang sememangnya layak dicintai..hingga ke syurgaNYA_

Judgemental?

Dengan namanya yang sempurna..
Assalammualaikum reading eyes;)
kaifa iman fil qalbukum?
may everything went well, insyaAllah.

entri kali ni pendek saja. (macam la sebelum ni panjang sangat kan?)
A sentence, yang saya rasa worth to think and heed of.
be a thinker, never a judger_



eh, why do because?
sebab..
kita takkan pernah  mampu melihat orang lain sepertimana Dia Yang Maha Melihat melihat mereka.
mata kita dua ja la..ada yang *6/6, 6/9, 6/36 dan bermacam lagi.
kita ni ada yang miopia,hiperopia,astigmatisme..ada hati nak tengok/nilai orang lain ikut suka..
*nombor2 ini ialah tahap penglihatan untuk carta Snellen. insyaAllah akan dikongsikan dalam 2 atau 3 entri depan,insyaAllah:)


boleh jadi dia jahat macam Voldemort depan kita, but then behind us, dia adalah seorang Dumbeldore.
boleh jadi dia selfish macam Squidword, tapi pada ketika yang lain, loving macam Spongebob.
cukuplah kita sekadar berfikir macammana boleh jadi macam tu..dan bagaimana untuk elak dia terus jadi macam tu.
help them!
think.
but don't judge.
We never know how their path like.
or how they pave it.
never even wear their shoes.
how can we dare judge?
we don't even understand how the situation goes.

Get my point? Jangan jadi judgemental.
we never know a person MORE than ArRahman does.
Hold on to that. <--- you too, qamarinafatin.

Sep 20, 2011

words and hearts should be handle with care..
as words when spoken,
and hearts when broken,
are the hardest things to repair..

Allah, i am so in need of Your help.
a strength_
a patience_
a guide_


Sep 16, 2011

Ayam vs redha

dengan namaNYA yang maha sempurna..
assalammualaikum reading eyes:)
kaifa halukum?
semoga sedang berbahagia menikmati cinta, kasih dan redhaNYA yang maha luas(",)

okeh..ni nak cerita sikit pasal ayam.
haa..ayam?
hehe..iya..ayam:)

dalam beberapa minggu lepas (ceh..cerita basi rupanya), saya adalah pegi shopping barang dapur ni.. 
shopping orang bujang je..
beras,sayur labu (saya tak suka labu. Tapi Rasulallah sallahualaihiwassalam suka sayur labu. maka, saya pun terus menyukai labu^_^ ), sayur kubis, kacang buncis, tomato, carrot, mix veggie.
then tiba2 rasa macam mahu masak ayam masak merah.
maka saya pun cari lah ayam.
jumpa.
then beli.

lagi sekilas..:)

dengan namaNYA yang maha sempurna..





segalanya akan indah pada waktunya,insyaAllah.
saat si ulat beluncas menyangkakan kehidupannya berakhir,
dia akhirnya menjadi rama-rama yang cantik:)
Serahkan sahaja pada DIA.

It is HIM, who knows BEST(",)

sekilas..:)

in the name of Allah_


Bukan saja-saja Allah meletakkan anda dalam bidang itu
Bukan saja-saja Allah mengurniakan anda kepakaran itu
Bukan saja-saja Allah memasukkan kelemahan itu
Bukan saja-saja Allah memberikan ujian sebegitu
Bukan saja-saja Allah membiarkan anda mengemudi dalam keadaan sebegitu

Melainkan Allah Tahu anda akan memberikan sesuatu dalam bidang itu
Melainkan Allah Tahu anda bakal membiakkan ilmu-ilmu itu
Melainkan Allah akan temukan anda dengan insan-insan ikhlas membantu
Melainkan Allah mahu menguatkanmu
Melainkan Allah mahu anda tahu betapa tingginya kasih sayangNya padamu

Tidakkah anda mahu bersyukur?

everything happens for a reason.
it is HIM, who knows BEST.
Have FAITH:)

Sep 10, 2011

Be my mum in heaven?

Dengan namaNYA yang maha sempurna..
Assalammualaikum reading (and maybe fasting) eyes..:)
how's the day so far?
ah..that's not really a good question.
How's the iman so far? does it get along well with your ups and downs? <----panjangnya soalan nk tnya khabar...

today is september 10th.
i should've posting this on september 6th, but i get too busy settling down some things. he. apakah?
but it's alright..
its the intention that matters,kan? (",)

okay..back to the post. 
"be my mum in heaven?"


this article is a tribute to my wonderwall, Mrs. Rita Shepi @ Siti Fatimah Abdullah.
an @ with an Abdullah. did she convert?
ow..yes..she did. an RC she was. and a Muslim she is. Alhamdulillah.

she loves english, but unfortunately, my english is pretty bad. so i guess this bunch of words will sounds even better in malay. kan mummy?

*p/s: keluarga saya guna mummy untuk mak n daddy untuk ayah. we're sabahan. that's kinda..emm..typical. 

i cant see through her..
i dont.
but i know, she can see through me..
always.
that's what mom does..kan?
[i think i can see through my little khalifah too..when i have one..:p ]



Wahai Allah, tuhanku, tuhan Rasulku, tuhan imamku, tuhan ibuku..
aku ini adalah anak kepada hambaMU.
tapi tidaklah aku mampu mengetahui segalanya tentang ibuku..
senyumnya, tangisnya, bahagianya, deritanya.

kerana aku tidak mampu untuk melihatnya sepertimana Engkau melihatnya..
tak mampu mendengarnya seperti Engkau mendengarnya..

maka ku mohon wahai ArRahman..
Kau pandanglah semuanya kebaikannya yang terlihat pada pandangan mataku..
yang terdengar pada telingaku..
yang terkesan pada hatiku..

Kau timbanglah kesakitannya saat dia rela dibuang keluarga demi memilih agamaMU..
Kau kiralah air jernih di tubir matanya saat hatinya merindui ibu dan ayahnya..
Kau dengarkanlah syukur di hatinya saat keluarganya menerimanya semula..

ku mohon wahai ArRauf..
Kau hitunglah pahalanya saat dia berusaha membahagiakan suaminya...
Kau balaslah lelahnya mengandungkan,melahirkan, mendidik dan menghiburkan anak-anaknya..

ArRahman..sedalam mana kasihku, 
ku tahu ia takkan pernah menyaingi kasihMU padanya..
maka Ya Allah, 
hambaMU ini memohon padaMU yang terbaik untuk ibunya..
panjangkan umurnya dalam amal kebajikan..
beri dia kekuatan saat ujianMU mendatang..
jadikan hatinya sentiasa mengingatiMU, dalam suka dan dukanya..

jadikan kami anak-anaknya mampu menjadi saham akhiratnya..
semoga diriku kekal menjadi anaknya dalam JannahMU nanti.
insyaAllah.
AMIN ya Rabbi.



mummy, jadi mummy kakak dalam syurga?




Sep 6, 2011

Blog kena promote? biar betul..

Dengan namaNYA yang maha sempurna..
Assalammualaikum reading (and maybe fasting) eyes:)
How's your day?
and how's the iman?
and how's today's subuh?
ngeee...menyebok je keje.

Today's kinda busy for me..but I have about 3 posts in my mind.
Semalam nak post 2 benda sahaja:
but then, as i get into my blog..i noticed a message from Ratu Tak Cantik saying:  
salam..saya promote blog saudari di blog..harap x kesah :)

and i'm like...

Sep 5, 2011


insyaAllah,semua akan indah pada waktunya:)
kan?

Sep 4, 2011

sekilas..:)

Teringat apa yang dipesan oleh Imam Ghazali ketika muridnya bertanya,
“Tuan, bagaimana keadaanku ketika mulutku berzikir tetapi hatiku masih lalai?”
Lalu Imam yang arif dalam soal keajaiban hati itu pun berkata,
“Teruskanlah berzikir walau hatimu lalai kerana sekurang-kurangnya lidahmu akan terselamat daripada berkata-kata yang kotor dan sia-sia.”

make me strong_

dengan namaNYA yang maha sempurna..
assalammualaikum reading eyes:)
how's today's mujahadah? May everything went well, insyaAllah.

Allahu robbi, i feel kinda terrible lately.
Lots of things happen..well, not according to plan.
His plan > my plan.
I know.
It's from HIM, i know. I even memorize a verse on that;
"setiap bencana yang menimpa di bumi dan menimpa diri kamu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab sebelum Kami mewujudkannya. sungguh yang demikian itu mudah bagi Allah."
(AlHadid: 22)

Sep 3, 2011

^_^


Dihempas gelombang dilemparkan angin..
terkisah bersedih bahagia
Tanda kasih dan cinta.

Langkah kaki dalam rencanaNYA..
Semua berjalan dalam kehendakNYA
Nafas..hidup..cinta dan segalanya..

Diri tertakdir menjalani segala kehendakNYA
ku berserah, ku berpasrah hanya padaNYA

Saat mungkin ada luka, tersenyumlah..
Tika mungkin ada tawa, bersabarlah..
Sungguh air mata tidak abadi
Akan hilang dan berganti.

Bila mungkin hidup hampa dirasa..
Mungkin hati rindukan DIA
Kerana hanya denganNYA hati tenang,
Damai jiwa dan raga..

Sep 2, 2011

fragile rupanya..


Dengan namaNYA yang maha penyayang..
Assalammualaikum reading eyes:)
how's the iman? semoga bertambah insyaAllah(",)

ni saya mahu share satu sajak. nukilan Aminah Qutb. kenal?
emmm..adik Syed Qutb. kenal?

xpa, nanti saya cuba kenalkan ya?
Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia,
Tak semestinya manusia cinta kepada kita.
Tetapi sekiranya,
Kita cinta kepada Allah,
Nescaya cinta Allah tiada penghujungnya. 
Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia,
Kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai.
Tetapi sekiranya,
Kita cinta kepada Allah,
Kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

tak FAHAM..maka tak CHENTA^^,


Dengan namaNYA yang maha sempurna..
Assalammualaikum mata-mata yang membaca dan berpuasa enam:)
how's the day so far?
may everything went well,insyaAllah.
sebab kasih,rahmat..dan cintaNYA tersangatlah banyak untuk kita rasa sedih.
cheer up!
we are too blessed to be stressed(",)
lagi pula..kebahagiaan itu bermula dengan lafaz Alhamdulillah:)
haa...baru sedar?
cakap Alhamdulillah sekarang. <---muka puas hati


ok, enough with the 'insult'. he.
here's what i wish to share today..
DOA ANTARA 2 SUJUD.
alaa...yang selalu kita baca cepat2 tu..
ingat?

orang kata..tak kenal, maka tak cinta.
ni saya nak tambah..xfaham..maka xcinta. 

Sep 1, 2011

maaf, saya bukan pendengar yang baik_

Dengan namaNYA yang maha sempurna..
Assalammualaikum reading and mujahading eyes. (present tense for mujahadah :P )

ArRahman gave me pair of ears and a mouth. Well, that should tell me something.
huhu..maaf saudaraku, saat dirimu ingin berkongsi cerita, saat itu jugalah bibir ini tidak mahu berhenti berbicara. ehe.


saya mahu tanya banyak sebenarnya..but i'm afraid u wont tell. besides, i think u kinda copying my word 'rahsia kecil'.. don't tell me u read minds, dear brother. (coz i'll believe it!)

ok la dik, here's what i wish to tell you..

ArRahman itu, maha mengetahui.
Jadi PASTI lah DIA tahu apa yang terbaik. ---------(1)

ArRahim itu maha membolak-balikkan hati.
jadi, hati sesiapa pun DALAM kekuasaanNYA. ------(2)

AlMalik itu maha menjadikan. bila DIA kata Kun..fayakun. (jadi..maka jadilah ia)
Jadi, tiada apa di dalam dunia ini yang berada diluar pentadbiranNYA.----(3)

u,luqman hannan..are strong. but not strong enough.
sebab itu lah Al-Latif sedang menguji dirimu saat ini. to make u even better. 
a stronger mujahid. an excellent imam. ------------(4)

saya saudaraku, bukanlah kakak yang baik. don't stay to close, i might fall for you. (okeh, ni gurauan yang menakutkan diri saya).
okeh2, sekarang serius. Saya pernah,sedang dan akan sentiasa di uji. just like you. and always, i fight all the test alone. i made it, of course with tons and tons of tears. sakit, tapi percayalah, DIA tahu. ArRauf itu dekat dengan kita berbanding jantung kita sendiri. betul ni.
come what may, it is a sign of HIS love. tengok dengan mata hati.---------(5)

(1)+(2)+(3)+(4)+(5) =Luqman Hannan LULUS
saya percaya mujahid yang saya namakan Luqman Hannan ini akan LULUS ujian ini! positif!

i don't even know if you're reading this, 
but I am 100% sure HE will guide u ALL the way, with or without my du'a:)

Everything happens for a reason. have faith. 
trust me, pass this test and u'll gonna be a SUPERB imam someday! 
and that time, i'll be there to congrats u:)

until then, SALAM MUJAHADAH(",)_

dan saya bukan mar'atus solehah itu..

Dengan namaNYA yang maha sempurna..
assalammualaikum reading and qiaming eyes(",)_(qiam in present tense..ehe) 


Mar'atus solehah ; Gadis itu wajahnya berona nur iman. Mahkotanya dilitupi tanda kehormatan. Maruah diri dipagari dengan kesopanan. Dialah puteri indah rupawan. Tika gadis lain sibuk menghiasi diri, dia hias nur Ilahi pada wajahnya. Tika gadis lain sibuk mencari Sang Putera, dia selesa bersama cintaNya. Tika gadis lain sibuk bermadah pujangga, dia tekun dengan bait kata tuhannya. Tika gadis lain menangisi pemergian sang arjuna, dia tangisi kehinaan diri sebagai hamba. Gadis itu seperti mawar berduri, indah dipandang namun sukar dipegang. Mulianya kerana ketakwaan, cantiknya kerana keperibadian akhlak mulia.. kerana itulah dikatakan dialah mar'atus solehah :) 

dan qamarinafatin ini..bukan mar'atus solehah itu..
tapi dia mahu jadi macam mar'atus solehah itu.
bolehkah?

saya mahu..saya mahu..saya betul-betul MAHU!
a nasrullah is what i need. ArRahman, help me..please?