ini saya-

In the name of Allah,

saya persembahkan contengan saya. ini contengan, bukan lukisan.

ini tentang saya dan kehidupan.
coret-coret sebuah perjalanan mengenal Tuhan.

ArRahim melihat saya yang menulis, dan anda yang membaca, haa..jangan berani nak buat ikut suka.

hijrah itu superb. tapi sy lambat. tolong saya, bagi tazkirah. orang kata, tolong-menolong amalan mulia.

Semoga nasrullah mengiringi sebuah perjalanan usaha atas iman. usaha anda. usaha saya. usaha kita. dan usaha mereka.

usaha yang tulus mampu tembus hingga ke alam luar kalkulus._32492says

iman is like an airplane. the higher you go up. the smaller things on earth look_imam safi khan says


berjalan. kadang senget. berlari. kadang terjatuh. biar. Allah tahu. daku yakin.

Lilypie Kids Birthday tickers

Feb 3, 2011

hari ini..biar gambar yang berbicara..


kasih.biar gambar yang berbicara.


Biar gambar yang berbicara. Ya,seharusnya saya tidak menulis apa pun tentang gambar ini. As there’s always a time when we said it best when we say nothing at all..saya sedar itu. Tapi entah kenapa..saya benar-benar terasa ingin menulis. Sedikit. Tak apa kan? Semoga tulisan ini tidak merosakkan bicara gambar ini..insyaAllah.

Kerana aku kasih,
Jiwaku lirih
Saat permataku merintih..
Saat airmatanya menitis sedih.

Lantas,
Bicara kasih itu..
Kulahirkan dalam dakapan
Kuzahirkan dalam pandangan..
Dan aku..
cuba menjiwai peranan..

Permataku..
walau seluruh dunia menidakkan rintihanmu..
akan ku berusaha untuk tetap mendengarnya..
saat mereka mengabaikan kesejukanmu..
akan ku cuba memberi hangat kasihku..
walau melindungimu memakan seluruh hidupku..
aku sekali-kali tidak ingin meninggalkanmu.
kerana engkau..adalah amanah AlHannan untukku..
aku kasih..sungguh.

No comments: