Assalam..ni ada lagi satu perkongsian..untuk SEMUA. semoga ada ibrahnya insyaALLAH(",)..
situasi: ada sesorang yang hatinya telah tercuri..tapi dia ini..inginkan cinta dan kasih yang diredhaiNYA..dan ini kata hatinya~
(seseorang ni boleh jadi lelaki..perempuan atau anda sendiri..)
"Aku tahu aku benar-benar cinta..tapi aku tak tahu apa engkau benar-benar untukku..
ku tahu aku benar-benar kasih..tapi aku tak tahu apa mengasihimu benar-benar halal untukku..
ku tahu aku benar-benar sayang..tapi ku juga benar-benar tak tahu apa rasa ini diredhai AlHannan..
sungguh..aku benar-benar takut..
aku benar-benar tak upaya menghadapi murkaNYA andai aku terleka..
aku menjauh kerana aku cinta..
aku menghilang kerana aku kasih..
ku benarkan cintaku berkata tidak..
kerana ku ingin rasa yang diredhaiNYA..
andai dirimu benar-benar untukku..
andai hatiku benar-benar untukmu..
andai rasa ini benar-benar diredhaiNYA..
maka aku yakin kasihNYA akan menyatukan..
walau sejauh mana ku berlari..
walau selama mana ku menghilang..
tapi seandainya tidak..
maka aku bersyukur..
kerana sekurang-kurangnya..
hati dan kasihku tidak tunduk pada nafsuku.
kerana ku yakin pada kebijaksanaan AlHannan..
maka kuserahkan rasa ini pada DIA.."
semoga sesiapa yang hatinya telah tercuri..mendapat kekuatan untuk terus berdiri..
bukanlah saya ini menolak fitrah..kerana cinta itu sememangnya indah..
hanya saja berjaga-jaga..kerana syaitan..ada di mana-mana..
sabagaimana ArRahman mengingatkan kita..
"tidak semestinya perkara yang kamu suka itu..baik untukmu dan tidak semestinya perkara yang kamu tak suka itu buruk untukmu..Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.."
peringatan untuk semua & diri saya sendiri..EVERYTHING HAPPENS FOR A REASON.JUST BELIEVE^_^
semoga mujahadah kita diiringi nasrullah
koma
Aminn
Noktah.
No comments:
Post a Comment