ini saya-

In the name of Allah,

saya persembahkan contengan saya. ini contengan, bukan lukisan.

ini tentang saya dan kehidupan.
coret-coret sebuah perjalanan mengenal Tuhan.

ArRahim melihat saya yang menulis, dan anda yang membaca, haa..jangan berani nak buat ikut suka.

hijrah itu superb. tapi sy lambat. tolong saya, bagi tazkirah. orang kata, tolong-menolong amalan mulia.

Semoga nasrullah mengiringi sebuah perjalanan usaha atas iman. usaha anda. usaha saya. usaha kita. dan usaha mereka.

usaha yang tulus mampu tembus hingga ke alam luar kalkulus._32492says

iman is like an airplane. the higher you go up. the smaller things on earth look_imam safi khan says


berjalan. kadang senget. berlari. kadang terjatuh. biar. Allah tahu. daku yakin.

Lilypie Kids Birthday tickers

Jul 30, 2012

puisi_percaya

dan aku masih tertanya
tentang erti sebuah rasa
yang membuat mekar seluruh jiwa

meski hujan membasah bumi
walau mentari seperti pergi
tidaklah ia membuat gusar
malah jiwa bertambah mekar

tinggalnya ia di dalam hati
menjadi taman di laman nurani
datangnya dari rasa percaya
pada Pemilik bintang Syi'ra

walau seluruh dunia seperti pergi
selagi hati percaya pada Dia,
bibir tetap tersenyum suka
bunga berkembang di laman rasa

dan nanti,
akan tiba saatnya
segala yang pergi
satu-persatu datang kembali_

#32492says





Jul 20, 2012

lambat hidup itu bukan mati

setiap orang ada sela masa yg berbeza.

saat ini untuk dia.

saat itu untuk dia.

sungguh! yang di ukur bukan kuantiti

tapi kualiti.

heh, siapa yg kata lambat hidup itu mati?

Jul 17, 2012

ini status fb saya_ngehehe..

Dengan namaNYA yang maha sempurna,
Assalammualaikum mata-mata yang membaca.


Assalammualaikum juga jantung yang sibuk mengepam darah.
oh, encik peparu yang tak berhenti tukar darah terdeoksigen kepada darah beroksigen pun ada.

eh..encik perut, usus besar n usus kecil, assalammualaikum.
assalammualaikum juga cik hidung, encik buah pinggang.dan lain-lain yang tersebut namanya.

haa, anda yang tuan punya badan..sila berterimakasih pada mereka yang berkerja,
dan pada si DIA yang menjadikan mereka.
say Alhamdulillah hokeh!
hanya orang yang bergaya sahaja boleh buat begitu tahu.
sebab dia peka dengan apa-apa yang ada pada badan dia. hmm..ini sudah macam superman.
wah, anda ialah superhero dengan hanya menyebut Alhamdulillah!

okeh, itu ialah mini reminder. :P

 #ini entri malas,
maen kopipes sahaja_
bawah ini, status fb saya. hehe


selamat datang bulan chenta
selamat datang bulan sale pahala.
ramadhan kareem! ♥

#anda yg kerja petang masa ramadhan pertama, 
terawih sendirian itu manis juga.
Allah kan Al-'Alim sifatNYA.
Dia tahu apa yg ada dalam hati kita^^

#yang dabel shif masa bulan puasa,
jaga niat.
Supaya Allah redha.
7am-9pm..pahala berganda2!


















kalau mahu juga, ini ada entri dulu-dulu punya: 600-kali-ganda
dan ini juga : malam-ni-hantar-contengan-perjalanan

oh, ya..nah. hadiah untuk hati anda.
ثلاثة لاتُرَدُّ دعوتُهم الإمام العادل والصآئم حتى يُفطِرَ ودعوة المظلوم يَرفَعُها الله دون الغمام يوم القيامة وتُفتَحُ لها أبوابُ السماء ويقول بعزّتى لأنصرنك ولو بعد حينٍ

Tiga orang yang tidak ditolak doa mereka: Pemimpin Yang Adil, Orang yang berpuasa hingga dia berbuka dan doa orang yang dizalim…..diangkat oleh Allah di atas awan pada hari qiamat dan dibuka baginya pintu-pintu langit dan Allah berfirman, “ Demi kemuliaanKU pasti AKU menolong engkau walaupun hanya menunggu masa sahaja”.
(Riwayat Imam Ahmad, Tirmizi dan an-Nasai dan Ibn Majah )



orang yang paginya start dengan mathurat itu oh-semmmmmmmmmmmmmm!

Jul 13, 2012

buat mereka yang menconteng dengan bergaya

berjalan-jalan di dunia maya.
terjumpa ramai yang seperti mereka.
yag bahasa cantik macam susunan bata.
yang tulisannya membawa bahagia.
macam aiskrim yg kena belanja oleh orang tercinta.
macam diberi air bila tekak super dahaga.

haih, orang sastera itu besar jiwa, bila selit nama Tuhan sambil berkarya!

anda,
yang menconteng sambil cari pahala.
yang menulis hanya kerana Dia.

menyelit tazkirah dalam bait bicara.
sungguh, anda penconteng bergaya!

eureka!

dan saya berjalan di alam maya
lalu mata telah terjumpa,
mereka yang cantik jiwa
berusaha mengenal Tuhannya
mujahidah yang gembira saya kira.


ada cahaya pada tulisannya
yang bukan dalam bentuk biasa
tapi bahasa berbunga
yang membuat mekar jiwa
mereka yang suka penaakulan berganda
mentafsir benda berbeza
pada asas cinta yang sama_
menuju redha pemilik segala cinta.


_32492_



Jul 9, 2012

Dan_

dan tentang rasa,
yang terkadang seperti gula,
atau seperti pahitnya tuba.

dan jiwa menjadi bisu
seperti layaknya abu
yang nantinya hilang dihembus bayu

dan bintang yang dulu terang
kini seakan hilang
membawa pergi separuh girang

dan gerhana yang jadi saksi
seperti lari dari paksi
membuat hati seperti mati

dan Allah Yang Maha Tahu
pastinya menanti sebuah mahu
mengharap pada Yang Maha Satu
persis tangisan bersandarkan bahu.

_32492_

Jul 8, 2012

bukan sekadar suka-suka.

bukan sekadar suka-suka.
tulis yang ada makna.
yang ada rasa.
yang punya jiwa.

hati lantas berbunga-bunga
bila orang yang baca
rasa macam kena cahaya
persis kemarau terbasah keringnya.

free-free kita dapat pahala..
tolong orang jumpa Dia:)

tak mesti ramai yang suka.
Asal Allah redha.
cukup...cukup sudah:)

Jul 6, 2012

siapalah agaknya dia itu?


Dengan nama Allah yang maha melihat.
Assalammualaikum beautiful souls:)

kaifa halukum?
Semoga sedang berbahagia dengan usaha untuk jadi lebih baik,
semoga sudah mengucapkan Alhamdulillah, sekurang-kurangnya sekali hari ini.


hoh, telah lama tidak menconteng apa-apa dalam blog.
telah kehilangan hati barangkali?
hish, nauzubillahhi min zalik!

saya selalu ingat seorang ini
yang entah kenapa begitu melekat dalam hati saya.
pelik betul.
haih, tak pernah jadi sampai tahap ini.
ingat dia sahaja cukup buat pipi saya basah.
tak tahu kenapa.
Allahurabbi...
saya betul-betul takut.

saya kena nikah kot ni...supaya tak ingat dia lagi.
saya dah menolak 2 orang, yang saya yakin solehnya..sebab hati saya, even selepas istikharah, 
masih begitu berat untuk terima.

air mata ni, menitik macam hujan dekat pipi.

saya nak terima, saya nak diikat dengan akad
oleh insan yang boleh bawa saya sama-sama masuk syurga Allah.
saya nak.
bila ada sahaja yang masuk, saya memang nak terima.

tapi kemudian dalam fasa berfikir dalam-dalam itu,
dalam fasa istikharah itu,
perkara itu mesti terjadi.
di mana saya, 
akan mengalami kebanjiran air mata,
dan kebengkakan mata,

kerana hati saya betul-betul berat nak terima.



macam akan hilang seseorang kalau saya terima.
dan saya, akhirnya kalah dengan rasa sedih itu.
saya tolak.
lagi.

siapalah dia itu, yang membuatkan istikharah saya selalu berendam air mata.
siapalah dia itu, yang selalu panggil saya dengan nama mujahidah.
siapalah agaknya dia itu, yang buat saya rasa saya perlu tunggu?
siapalah dia itu, yang selalu berdoa pada Allah hingga saya berat hati nak terima pinangan yang masuk?
lepas ini, kalau ada yang merisik / meminang lagi,
saya nak buat macam mana?

Allahurabbi, aku mohon, Kau tetapkanlah hatiku ini.
aku mohon pencerahan dariMu wahai ArRahman..