ini saya-

In the name of Allah,

saya persembahkan contengan saya. ini contengan, bukan lukisan.

ini tentang saya dan kehidupan.
coret-coret sebuah perjalanan mengenal Tuhan.

ArRahim melihat saya yang menulis, dan anda yang membaca, haa..jangan berani nak buat ikut suka.

hijrah itu superb. tapi sy lambat. tolong saya, bagi tazkirah. orang kata, tolong-menolong amalan mulia.

Semoga nasrullah mengiringi sebuah perjalanan usaha atas iman. usaha anda. usaha saya. usaha kita. dan usaha mereka.

usaha yang tulus mampu tembus hingga ke alam luar kalkulus._32492says

iman is like an airplane. the higher you go up. the smaller things on earth look_imam safi khan says


berjalan. kadang senget. berlari. kadang terjatuh. biar. Allah tahu. daku yakin.

Lilypie Kids Birthday tickers

Jun 29, 2010

kerana tikar kita terlalu besaR...





Bagaimana untuk mengambil kotak di yang terletak di tengah-tengah tikar getah tanpa memijak tikar tersebut dan tanpa menggunakan sebarang peralatan?
Bagaimana? Ada idea tak?
Mungkin ada yang terfikir perkara ini, tapi saya kira ramai yang tidak. Langkah terbaik untuk mengambil kotak hijau di tengah tikar tanpa memijak tikar atau manggunakan sebarang peralatan lain adalah dengan menggulungkan tikar tersebut sedikit demi sedikit. Gulungan demi gulungan yang perlahan dan berhati-hati sememangnya adalah cara yang terbaik untuk mengambil kotak hijau tersebut.
Sedar atau tidak, inilah yang sedang berlaku dalam dunia Islam sekarang.
Ghwzul fikr. Peperangan fikiran.
Tetapi sayang, sangat sedikit antara kita yang menyedarinya..

Kotak dalam analogi tadi adalah pemikiran Islam dalam diri setiap muslim. Terjaga.
Tersimpan rapi.
Meski tidak menguasai keseluruhan pemikiran, tetap ia bertakhta di hati. (saya ber’husnu zaan’)
Seperti yang kita ketahui, orang-orang musyrik tidak akan reda kepada kita selagi kita tidak mengikut amalan dan ajaran mereka. (Al-Quran: : )

mat rempit sekalipun tetap akan menjerit marah jika agama yang dianutinya dihina terang-terangan.
Penyanyi rock sekalipun akan menjalankan demonstrasi jika dikatakan sambutan aidilfitri tidak semulia sambutan krismas (sekadar contoh)
jadi bagaiman untuk mengelak dari berlakunya penolakan dari muslim?

mereka-mereka yang belum menjadi muslim (penganut agama-agama lain)menjalankan ghawzulfikr..seperti kaedah di atas..

Lantas, apa hasilnya?
Terlalu sedikit yang sedar bahawa kita sedang melakukan ‘penerimaan’ terhadap budaya-budaya yang tidak islamik.
Televisyen memaparkan sebanyak-banyaknya wanita tanpa tudung.
Berpegangan tangan.
Kadang-kadang adegan bersalaman..ya..nampaknya sopan..tapi tangan yang bersalaman itu..halalkah untuk bersentuhan??
Itu cerita melayu.. Belum cerita barat lagi..selatan..utara..

Terlalu banyak sebenarnya jika kita berfikir...jadi sebelum penerimaan sepenuhnya terhadap budaya kafir ini berlaku..kita sedarlah..
Sungguh tikar kita mungkin terlalu besar hingga kita tidak sedar ia sedang digulung sedikit demi sedikit..

Jangan nanti kita menangis jika anak-anak tidak mampu walau untuk membaca ummul kitab.
Jangan nanti kita meratap bila jenazah ayahanda bonda tidak ada yang tahu menyolatkan..
Jangan nanti kita kejijikan bila kerusi di taman menjadi ranjang yang murah!

“berfikir sesaat itu lebih baik daripada beribadah seribu tahun”
~smoga kita mendapat nusrahNYA untuk terus teguh memegang kalimah “La ilaha illalllaH”~

kijang. janji. cinta


Diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam kitab 'Al-Hilyah' bahawa seorang lelaki lalu disisi Nabi s.a.w. dengan membawa seekor kijang yang ditangkapnya.
Lalu Allah Taala (Yang berkuasa menjadikan sesuatu itu bercakap) telah memberikan kijang itu kemampuan untuk bercakap kepada Nabi s.a.w. :
"Hai Pesuruh Allah,sesungguhnya aku ada mempunyai beberapa ekor anak yang masih menyusu, dan sekarang aku sudah ditangkap sedangkan mereka sedang kelaparan, oleh itu aku mohon engkau perintahkanlah orang ini untukmelepaskan aku supaya aku dapat menyusukan anak-anakku itu dan sesudah itu aku akan balik ke mari."
Bersabda Rasulullah s.a.w. " Bagaimana kalau engkau tak balik ke mari semula?"
Jawab kijang itu: "Kalau aku tidak balik ke mari, nanti Allah Taala akan melaknatku sebagaimana Ia melaknatkan orang yang tidak mengucapkan selawat bagi engkau apabila disebut nama engkau disisinya."
Lalu Nabi s.a.w. pun bersabda kepada orang itu : "Lepaskan kijang itu buat sementara waktu dan aku jadi penjaminnya."
Kijang itu pun dilepaskan dan selapas satu jangka waktu , ia kembali ke situ semula. Maka turunlah malaikat Jibril a.s. dan berkata : "Hai Muhammad, Allah Taala mengucapkan salam kepada engkau dan Ia (Allah) berfirman: " Demi KemuliaanKu dan KehormatanKu, sesungguhnya Aku lebih kasihkan umat Muhammad daripada kijang itu kasihkan anak-anaknya dan Aku akan kembalikan mereka kepada engkau sebagaimana kijang itu kembali kepada engkau."
Subhanallah..! lihatlah betapa beruntungnya kita menjadi umat Nabi Muhammad sallahuwassalam..maka tidakkah kita sudi untuk sekurang-kurangnya mengucapkan salam kepada kekasih Allah itu? Kita dikasihi Allah hanya kerana kita tergolong dalam umat kekasihNya..
Panjangkan kisah ini kepada sahabat-sahabat dan saudara-mara. Semoga kita sama-sama berusaha dalam menghidupkan rasa kasih sayang terhadap Rasulullah SAW.

Hai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. ( Al-Baqarah : 208)

Jun 17, 2010

Sepohon epal.sebuah cinta



Suatu masa dahulu,terdapat sebatang pokok epal yang besar.Seorang
kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini
setiap hari.Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal
sepuas-puas hatinya,dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu
pokok epal tersebut.Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat
permainannya.Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu...budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang
remaja.Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut.Namun begitu,suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku bukan lagi kanak-kanak,aku tidak lagi gemar bermain dengan
engkau,"jawab budak remaja itu.

"Aku mahukan permainan.Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah
budak remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu,petiklah epal-epal yang ada
padaku.Jualkannya untuk mendapatkan wang.Dengan itu,kau dapat membeli
permainan yang kau inginkan."

Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan
pergi dari situ.Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.

Masa berlalu...

Suatu hari,budak remaja itu kembali.Dia semakin dewasa. Pokok epal itu
merasa gembira.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku tiada masa untuk bermain.Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan
wang.Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk
keluargaku.Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu.

"Maafkan aku.Aku tidak mempunyai rumah.Tetapi kau boleh memotong
dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok
epal itu memberikan cadangan.

Lalu,budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal
itu dan pergi dengan gembiranya.Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi
kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas
itu.

Suatu hari yang panas,seorang lelaki datang menemui pokok epal itu.Dia
sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok
epal itu.Dia telah matang dan dewasa.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Maafkan aku,tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main
di sekitarmu.Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk
belayar.Malangnya,aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?"
tanya lelaki itu.

"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau.Tetapi kau boleh
memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot.Kau akan dapat belayar
dengan gembira," cadang pokok epal itu.

Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu.Dia
kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi
selepas itu.

Namun begitu,pada suatu hari,seorang lelaki yang semakin dimamah
usia,datang menuju pokok epal itu.Dia adalah budak lelaki yang pernah
bermain di sekitar pokok epal itu.

"Maafkan aku.Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku
sudah memberikan buahku untuk kau jual,dahanku untuk kau buat rumah,batangku untuk kau buat bot.Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu.

"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk
memakannya,aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya,aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku sudah tidak berupaya untuk belayar lagi,aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu.

"Jika begitu,berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu.

Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat.Mereka berdua menangis kegembiraan.

Di sebalik tamsiL_

Sebenarnya,pokok epal dalam cerita itu adalah kedua-dua ibu bapa kita.

ketika kita masih muda,kita suka bermain dengan mereka.
Ketika kita meningkat remaja,kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup.
Kita tinggalkan mereka,dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita di dalam kesusahan.
Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa sahaja asalkan kita bahagia dan gembira dalam hidup..

Kita mungkin terfikir bahawa budak lelaki itu bersikap kejam terhadap
pokok epal itu,tetapi fikirkanlah,itu hakikatnya bagaimana kebanyakan
anak-anak masa kini melayan ibu bapa mereka.

Semoga kita tidak menyertai team mereka...
semoga kita sentiasa mndapat nusrahNYA untuk mnjadi anak yang soleh dan solehah...InsYaAllaH_

ArRahman...berikan aku nusrahMu...

lobak.kopi.telur.



Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan bertanya mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Dia tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Setiap kali satu masalah selesai, timbul pula masalah baru.

Ayahnya yang bekerja sebagai tukang masak membawa anaknya itu ke dapur.
Dia mengisi tiga buah periuk dengan air dan menjerangkannya diatas api.
Setelah air didalam ketiga periuk tersebut mendidih, dia memasukkan lobak merah didalam periuk pertama, telur dalam periuk kedua dan serbuk kopi dalam periuk terakhir.
Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata.
Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar sambil memikirkan apa yang sedang dilakukan oleh ayahnya.
Setelah 20 minit, si ayah mematikan api.
Dia menyisihkan lobak dan menaruhnya dalam mangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya dalam mangkuk yang lain dan menuangkan kopi di mangkuk lain.
Lalu dia bertanya kepada anaknya,
"Apa yang kau lihat, nak?" "Lobak, telur dan kopi", jawab si anak.
Ayahnya meminta anaknya merasa lobak itu.
Dia melakukannya dan berasa bahawa lobak itu sedap dimakan.
Ayahnya meminta mengambil telur itu dan memecahkannya.
Setelah membuang kulitnya, dia dapati sebiji telur rebus yang isinya sudah keras.
Terakhir, ayahnya meminta untuk merasa kopi.
Dia tersenyum ketika meminum kopi dengan aromanya yang wangi.

Setelah itu, si anak bertanya, "Apa erti semua ini, ayah?"
Ayah menerangkan bahawa ketiga-tiga bahan itu telah menghadapi kesulitan yang sama_
direbus dalam air dengan api yang panas
tetapi
masing-masing
menunjukkan
reaksi
yang
berbeza.

Lobak
sebelum direbus kuat,
keras dan sukar dipatahkan.
Tetapi setelah direbus,
lobak menjadi lembut
dan mudah dimakan.

Telur pula sebelumnya mudah pecah
dengan isinya yang berupa cairan.
Tetapi setelah direbus,
isinya menjadi keras.

Serbuk kopi pula mengalami perubahan yang unik.
Setelah berada didalam rebusan air,
serbuk kopi
mengubah
warna
dan
rasa
air
tersebut.



"Kamu termasuk golongan yang mana? Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui. Ketika kesukaran dan kesulitan itu mendatangimu, bagaimana harus kau menghadapinya ? Apakah kamu seperti lobak, telur atau kopi ?" tanya ayahnya.

Bagaimana dengan kita ?
Apakah kita adalah lobak yang kelihatan keras,
tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan,
kita menyerah menjadi lembut dan kehilangan kekuatan.
Atau, apakah kita adalah telur yang pada awalnya memiliki hati lembut,
dengan jiwa yang dinamis ?
Namun setelah adanya kematian,
patah hati,
perpisahan
atau apa saja cabaran
dalam kehidupan akhirnya kita
menjadi keras dan kaku.
Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kita menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku?

Atau adakah kita serbuk kopi
yang berjaya mengubah air panas,
sesuatu yang menimbulkan kesakitan,
untuk mencapai rasa yang maksimum pada suhu 100 darjah celcius.
Ketika air mencapai suhu terpanas,
kopi akan terasa
semakin nikmat.

Jika kita seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk atau memuncak, kita akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan disekitar kita juga menjadi semakin baik. Samalah halnya dengan serbuk kopi yang berjaya mengubah air panas yang membakarnya menjadikan ia lebih sedap dan enak untuk diminum. Antara lobak, telur dan kopi, kita yang mana?

_dont dwell on what went wrong..instead, focus on what to do next_

i'll owez need HIS nusraH~