Usaha yang tulus mampu tembus hingga ke alam luar kalkulus! soleh=cool lagi maveles. solehah=gojes lagi osem.
ini saya-
In the name of Allah,
saya persembahkan contengan saya. ini contengan, bukan lukisan.
ini tentang saya dan kehidupan.
coret-coret sebuah perjalanan mengenal Tuhan.
ArRahim melihat saya yang menulis, dan anda yang membaca, haa..jangan berani nak buat ikut suka.
hijrah itu superb. tapi sy lambat. tolong saya, bagi tazkirah. orang kata, tolong-menolong amalan mulia.
Semoga nasrullah mengiringi sebuah perjalanan usaha atas iman. usaha anda. usaha saya. usaha kita. dan usaha mereka.
usaha yang tulus mampu tembus hingga ke alam luar kalkulus._32492says
iman is like an airplane. the higher you go up. the smaller things on earth look_imam safi khan says
Feb 24, 2013
dia yang dinanti
ini buat dia yang berkata, hatinya perlu muhasabah.
sungguh,
bukan hanya kamu.
daku juga.
Daku juga.
Al-Baqarah; 45-46.
Al-Insyirah; 6-7
Hud; 123
----------------------------------------------------------------------------------------------
Feb 22, 2013
Any fresher, you have to peel it for yourself.
Assalammualaikum wahai mata-mata yang membaca.
ehem. ini saya ada satu cerita.
cik H (sila doakan cik ini mudah menjadi puan) membaca surah yassin setiap hari.
ikut sempat.
kadang lepas subuh, kadang sebelum mula bekerja.
tapi yang pasti, setiap hari.
kenapa?
sebab dia ini ada banyak kemahuan yang tidak dia pasti dia perlu atau tidak, dan dia terdedah dengan pelbagai perkara yang boleh menyebabkan dukacita.
ehem.
apa kaitannya?
ini.
Rehan.
“Kalau
Tuhan menginginkannya terjadi, maka sebuah kejadian pasti terjadi.
Tidak peduli seluruh isi langit-bumi bersekutu menggagalkannya.
Sebaliknya, kalau Tuhan tidak menginginkannya, maka sebuah kejadian
niscaya tidak akan terjadi. Tidak peduli seluruh isi langit-bumi
bersekutu melaksanakannya.”
novel "Rembulan Tenggelam Di Wajahmu", Tere Liye.
bersama. frasa ini serius osem!
Assalammualaikum mata-mata yang membaca.
sebelum meneruskan bacaan, silakan berselawat sebelas kali.
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11.
hoyeh! buatlah hari-hari. inshaAllah Rasulallah sayang kita lebih ;)
bersama.
hoh? apakah motif saya mengunakan perkataan ini sebagai tajuk?
kerana saya sungguh sangat teruja dengan maknanya.
Feb 19, 2013
. (ini bukan titik)
ini bukan titik. ini ialah semut.
dalam hati yang sedang ada gula.
ehem.
testing..testing..1..2..3.
hati,
dan jiwa.
jika ingin berpijak di lantai redha
maka malulah.
malulah untuk berlebih-lebihan mempamer rasa cinta
sedang nyata belum ada akadnya.
cinta,
andai kerana Dia
percayalah, manis selamanya.
sampai syurga, malah.
. _______________________________________________________ .
dua ekor semut berpuisi bersama.
meski jauh, inshaAllah tautannya utuh.
eh? :P
senyum.
(sambil membisik nota rasa lewat angin senja.)
Feb 12, 2013
ucapan happy birthday yang tidak difahami
assalammualaikum mata-mata yang membaca.
kaifa halukum?
semoga sedang berbahagia,
jika sedang diuji, maka semoga beroleh pertolongan. inshaAllah :)
ingin saya berkongsi tentang sambutan maulidur rasul peringkat daerah yang saya sertai minggu lepas.
pelaksanaannya lewat sedikit. sebabnya, tidak mahu clash dengan sambutan peringkat negeri, yang memerlukan wakil rakyat menghadirkan diri.
dari kaca mata saya yang kecil.
1. berpagi-pagi.
Staff hospital yang ikut serta dengan perarakan diminta berkumpul pada jam 6.30 pagi di lobi hospital, dengan berpakaian biru.
maka berpagi-pagilah semuanya.
kenapa?
kerana turut serta dengan perarakan sempena sambutan maulidur rasul.
maka sekiranya mereka berpagi-pagi untuk memuliakan baginda yang dicintaiNYA , maka beruntunglah mereka yang berpagi-pagi itu.