ini saya-

In the name of Allah,

saya persembahkan contengan saya. ini contengan, bukan lukisan.

ini tentang saya dan kehidupan.
coret-coret sebuah perjalanan mengenal Tuhan.

ArRahim melihat saya yang menulis, dan anda yang membaca, haa..jangan berani nak buat ikut suka.

hijrah itu superb. tapi sy lambat. tolong saya, bagi tazkirah. orang kata, tolong-menolong amalan mulia.

Semoga nasrullah mengiringi sebuah perjalanan usaha atas iman. usaha anda. usaha saya. usaha kita. dan usaha mereka.

usaha yang tulus mampu tembus hingga ke alam luar kalkulus._32492says

iman is like an airplane. the higher you go up. the smaller things on earth look_imam safi khan says


berjalan. kadang senget. berlari. kadang terjatuh. biar. Allah tahu. daku yakin.

Lilypie Kids Birthday tickers

Jan 26, 2011

benar-benar..


Assalam..ni ada lagi satu perkongsian..untuk SEMUA. semoga ada ibrahnya insyaALLAH(",)..

situasi: ada sesorang yang hatinya telah tercuri..tapi dia ini..inginkan cinta dan kasih yang diredhaiNYA..dan ini kata hatinya~
(seseorang ni boleh jadi lelaki..perempuan atau anda sendiri..)

"Aku tahu aku benar-benar cinta..tapi aku tak tahu apa engkau benar-benar untukku..
ku tahu aku benar-benar kasih..tapi aku tak tahu apa mengasihimu benar-benar halal untukku..
ku tahu aku benar-benar sayang..tapi ku juga benar-benar tak tahu apa rasa ini diredhai AlHannan..
sungguh..aku benar-benar takut..

Jan 21, 2011

damba kasih~




Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu

Sahabat Sejati_

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

Oh Tuhan..
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi..

biar gambar yang berbicara.

rindu padaMU_Yasin



Tiada sehari yang berlalu
Tanpa ku mengingati Mu
Rindu pada Mu
Sentiasa mendambakan
Kasih dan sayang Mu
Semalam aku bermimpi
Dalam hujan ku berlari
Berlari mencari
Memangil-manggil nama Mu
Nama Mu yang sempurna

Kuharap dan kuberdoa
Semoga dapat bersua denganmu

Tiada kata yang dapat ku gambarkan
Perasaan yang ku alami
Cinta ku ini tiada berbelah bagi
Cinta yang suci dan abadi

Apakah aku diterima
Atau kau kan membiarkan saja
Kerana ku berdosa
Jangan biarkan ku terhina
Ku merayu pada Mu..

Sebelum terlena_Hijjaz

p/s: Saya suka sangat-sangat lagu ni...

Sebelum mata terlena
Di buaian malam gelita
Tafakurku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri

Yang kerdil lemah yang bersalut dosa
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti
Membawa dosa yang menggunung tinggi
Terkapai ku mencari limpahan hidayah Mu

Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar air mata tak mampu membasuhi dosa ini

Sebelum mata terlena
Dengarlah rintihan hati ini
Tuhan beratnya dosa ku
Tak daya ku pikul sendiri

Hanyalah rahmat dan kasih sayang Mu
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirah Mu
Andainya esok bukan milik ku lagi
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi

Sebnelum berangkat ke daerah sana
Lepaskan beban ini
Yang mencengkam jiwa dan raga ku

Selimut diri ku
Dengan sutra kasih sayang Mu
Agar lena nanti ku mimpikan
Syurga yang indah abadi

Pabila ku terjaga
Dapat lagi ku rasai
Betapa harumnya
Wangian syurga firdausi oh Ilahi

Disepertiga malam
Sujud ku menghambakan diri
Akan ku teruskan pengabdian ku pada Mu..

smoga saya mendapat nusrahNYA untuk menjadi hamba yang setia..

Atas nama cinta

Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Jan 12, 2011

ALLAH tahu, kita TAK tahu~



Dengan namaNYA yang maha sempurna..
assalmmualaikum_

Tulisan ni peringatn utk saya n utk smua. mata saya lebih dekat dgn jari-jemari yg sedang mnaip. jd, tentulah peringtn ni dutujukn khasnya buat diri saya n amnya utk mata-mata lain yg sedang mmbaca hasil pergerakan jari-jari saya ats keyboard.

Peperiksaan semester 4..PNGS:x.xx.maknanya PNGK x.xx..Ada x.xx lagi nak naik x.xx..
saya betul-betul nak sambung belajar..

Awal sem 4, saya mmg dah set target nk dpt 4.0. tp usaha tu tak banyak mana..stress je tinggi mcm KLCC. usahanya sekadar macam pokok buah epal atas bukit belakang rumah. (rumah mana xthu)
selepas exam..tgk result,xdpt 3.83..Alhamdulillah..itu yang terbaik buat saya dalam perkiraan DIA yang Maha Genius. jd..saya nak risau apa kan?

AlBaqarah:216_"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu, Allah mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui."

Apa yang penting, saya telah berusaha dengan sedaya upaya saya..dan bertawal sepenuh hati setelah berusaha sehabis daya.Percaya n yakin sepenuhnya pada kegeniusan DIA..n everything will be just fine^_^.

dulu..saya tidak seoptimis ini. saya selalu overconfident..kerap jugak depress. begitulah..kalau tak asid, alkali. xpernahnya neutral. Alhamdulillah, dengan pertolongan AlHannan..maka saya mampu jadi seoptimis ini.
tapi..kadang-kadang tu terlampau relax la pulak. kak long slalu kta, "inilah ija yang aku kenal..selambe jek." ehe. get ur eyes on me kak long. i'll b better insyaAllah~ (",)

tapi perkara pokok yang nak saya sampaikan di sini..x semestinya perkara yang kita suka tu..baik untuk kita..n x semestinya perkara yang kita tak suka tu..x baik untuk kita. Sebagai hamba..kita perlu yakin SEPENUHNYA pada DIA yang MEMILIKI kita.

kalo kita imbas kembali..dulu2 masa kita demam. mak nak bagi syrup PCM nih. fuh..cket pnya semangat mak tuang ubat dalam sudu makan..siap pujuk-pujuk lagi..dengan kerisauan yang sama mcm kerisauan bapak nemo masa nemo hilang sebab kita demam banyak hari dah. dah la nangis siang malam. (tapi bukanlah uwek..uwek 24 jam kan..kita reti diam jugak msa dlu2. skrang ni je mulut mcm ada bekalan tenaga 900V,becakap x henti2)
mak tengah nak suap msuk mulut nih...kita buat apa? haa...sini ada variasi cket.

1) ngaaa....telan. selepas 3 saat..UWEKK..muntah. kena mak pulak tuh. ehe. kcian mak. bru mandi td..dh kna muntah.

2) xmau2..xnak2..xsey2..xboh2..nehi2..mowwa2..n mcm lgi la yg seerti dgnnya. kalo kita tahu sebutan xnak dalam 78 bahasa..semua 78 perkataan kita sebut. siap nangis2 lg. mungkin y aktif cket akan mencubit atau memukul mak. (ala..biasalah..pukul2 mnja..ehe.)

3)berlari k rumah macik ina depan rumah. sebab pintu rumah dia terbuka..senang nak masuk. pintu rumah jiran lain tertutup. kunci tak kunci xthu la kn.(eh, ap kaitan?)

4)melakukan serangan torpedo terhadap sudu tersebut dan akhirnya jadilah koko krunch! (syrup pcm tumpah kat lantai..mengenai mak dan bajunya sekali, kusyen, dan kita dgn bju kita.)

5)n byk lg variasi2 lain yg tak dpt sy senaraikn d cni.

6)aaa..telan n diam2. tapi mata dah mcm kolam ikan pak mat..xSEDAPPPP!!!(1% je kot y way gni)

tapi mak pksa jugak. dgn mata y dibesarkan sedikit..suara digarangkan..kita pun tewas. tp ada jugak y xtewas. kalau saya dlu..bertentang mata dgn ubt tu. sejam..2 jam..3 jam..xkesah. taktik sy gtu la. tgk je..x minum n x mkn. lepas kna bebel mkn jugak la..tp mmg lmbt. (mcm la pahit ubt tu berkadar lngsung dgn msa)

haa....ini lah antara variasi reaksi kita.. kenapa kita xnak ubt tu sedangkan itu untuk menymbuhkn kita? SEBAB KITA TAK SUKA UBAT..(xSEDAP) n KITA TAK TAHU UBAT YNG KITA TAK SUKA TU..BAIK UTK KITA. ps2 kenapa mak bagi jugak walaupun kita tak suka..sedangkan mak lah yang paling memahami gelodak hati kita pada masa tu?? KENAPA? KENAPA? why? (eceh..emo pulak..)
sebab..MAK TAHU UBAT YANG KITA TAK SUKA TU...BAIK UTK KITA..BUKAN sebab MAK TAK SAYANG KITA. Sebab KASIH SAYANG yang lebih tggi dr gunung kinabalu n lbih dlm dr jurang mariana la mak bagi kita mkn ubt tu..

siapa setuju angkat kening. xnak angkt kening angkt bibir pun jadila.

haa..tgk..kn ramai setuju tu. inilah analogi kita dgn ALLAH. kita nak epal, Allah bg rezeki oren. ape la oren..masam. xsuka2. sedngkan kita tak tahu..masa tu..bdn kita nk demam dh..berkat oern yg Allah rezekikan tu la bdn kita xjd demam. dpt vitamin c dr citrus. ingt..epal bukan citrus tau.(kelas dietatik pulak dh..). kita Xthu..sdgkn ALLAH TAHU.

okey..dh bagi 2 analogi ni..siapa x clear lg? siapa yg masih rasa kita boleh melancarkan tunjuk perasaan atas apa yg Allah dh bagi? (saya bukanlh kta kita kna terima bulat2 n buat dek..tidak.) mksudnya, kalo sem ni dpt 3.9..kita redha..kita terima. sem depan usaha lagi. (usaha tu merangkumi usaha utk mnjadi hamba y setia, ank y soleh/ solehah, pelajr y besh, shbt y superb, dsb..bukn jd ulat buku semata-mata.)

apa pun y kita terima..itu dh tersurat. kta cuma perlu cri yg tersirat. ingt..Allah TAHU n kita XTAHU.^_^
 be sensible..berusaha sehabis daya then bertwakal sepenuh jiwa.
LIVE WELL OR LIVE HELL..WE CHOOSE(",)

semoga kita mendapat nusrahNYA untuk menjadi yang lebih baik..insyaAllah~

Puteriku Sayang_

Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya..

Permata yang dicari_



Hadirnya tanpa ku sedari
menggamit kasih cinta bersemi
hadir cinta insan padaku ini
anugerah kurniaan Ilahi

lembut tutur bicaranya
menarik hatiku untuk mendekatinya
kesopanannya memikat di hati
mendamaikan jiwaku yang resah ini.

Ya Allah jika dia benar untukku
dekatkanlah hatinya dengan hatiku
jika dirinya bukan milikku
tabahkanlah hatiku denagn ketentuanMu

dialah permata yang dicari
selama ini baru kutemui
tapi ku tak pasti rencana Ilahi..
apakah dia..kan kumiliki..

tidak sekadar menodai nafsu..
kan ku batasi..dengan syariatMU..
jika dirinya bukan untukku
redha hatiku dengan ketentuanMU..

Permaisuri hatiku_Hijjaz



Di antara kekasih pilihan dihati
Punyai budi penghias diri
Wajahnya lembut biasan perkerti yang tinggi
Indahnya perhiasan dunia

Diantara diriku juga diri-mu
Hanya mengharapkan cinta yang Satu
Ku kan binakan mahligai impian-mu
Oh.. sayang ikhlaskanlah hati-mu

Malumu bernilai
Katamu berhikmah
Hatimu tulus suci dan murni
Hanya diri yang halal
Engkau serahkan segala
Untuk mencari redha Allah

Benarlah cinta buta melalaikan
Tanpa memikirkan batas syariatnya
Semuanya itu hanya ujian didunia
Ia adalah mahar untuk kita ke syurga

Kau Permaisuri di hati-ku
Di dunia ini engkau penghibur
Menjunjung kasih amanah Ilahi
Ku pasti akan terus menyayangi
Terima kasih ucapan ku beri
Kau hadiahkan ku cahaya hati
Ku pimpin tangan-mu oh kasih meniti hari
Semoga kita dapat bersama
Sampai kepada-Nya disyurga sana

Tuhan kekalkanlah
Permaisuri hati ku
Untuk menemani dalam mengapai cinta-Mu..

Menanti di Barzakh



Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembali,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Lafaz yang tersimpan_UNIC



Pilu..hatiku yang sayu
menatap wajahmu..tenang dalam lena
kasih..kuzahirkan laku..
sedangkan bibirku jauh dari lafaznya..

raut tuamu membekas jiwaku..
meredakan rindu mendamaikan kalbu
yak mungkin ku temu iras sentuhanmu
biarpun ku redah..seluruh dunia..
mencari gantimu...

Betapa sukarnya menyusun bicara..
meluahkan rasa menuturkn sayang
kasih yang terlimpah hanyalah sekadar tingkah
cuma ungkapan kebisuan yang melindungkan kalimah rahsia..
kasih kubiarkan waktu melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar..
Menyusun bicara
meluahkan rasa
Menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar tingkah
cuma ungkapa bisu kalimah rahsia
Apakah yang hilamg andai dilisankan bait penghargaan penuh kejujuran
tak mungkin terlihat..
cinta yang merona..
jika hanya renungan mata yang bersuara..
bukan atur kata..

tiada lagi ertinya pengucapan
andai akhir nafas di hujung helann
sebelum mata rapat terpejam..
usah biar kehilangan menggantikan
lafaz yang tersimpan..

Hilang?


I am me;
I’m determined and confident but scared and terrified.
I’m smiling on the outside while I’m dying on the inside.
I dream my dreams and cry my tears.
I love the rain and fear the sun.
I love you and I push you away.
I need you to be near, but I’m afraid you’ll be so close.
I’m depressed and in pain.
I’m everything and nothing all at once.
And all I want is for you to understand..

Dengan namaNYA yang maha Pengasih..Assalammualaikum.
Wahai mata yang membaca,
anda pernah rasa seperti ini? 
rasa tidak difahami
rasa tidak mengerti
rasa buntu
hilang
segalanya bagai tak punya erti.
pernah?
ya,mungkin. tidak, mungkin.

jika YA saudara..
jika YA saudari..
itu tandanya pemilik hatimu, hatiku malah seluruh hati di dunia ini
ingin dirimu berfikir..
ingin jiwamu mencongak..
ingin imanmu belajar..
menyingkap erti sebuah kehidupan yang dipinjamkan.
betapa sebenarnya, ada sesuatu yang kamu terlupa..

Kenapa Aku Diuji?
“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta”. (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

Kenapa Aku Tidak Mendapatkan Apa Yang Aku Idam-Idamkan?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”. (Surah Al-Baqarah ayat 216)

Kenapa Ujian Seberat Ini?
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya”. (Surah Al-Baqarah ayat 286)

LEMAHNYA AKU YA ALLAH...
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman”. (Surah Al-Imran ayat 139)

Bagaimana Aku Harus Menghadapinya?
“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung”. (Surah Al-Imran ayat 200)
“Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’”. (Surah Al-Baqarah ayat 45)

Apa Yang Aku Dapat Dari Semua Ini?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. (Surah At-Taubah ayat 111)

Kepada Siapa Aku Berharap?
Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal”. (Surah At-Taubah ayat 129)

Aku Tak Dapat Bertahan Lagi!
“Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum
yang kafir”. (Surah Yusuf ayat 87)


dan saya kongsikan ayat yang sangat saya sukai,
Ali-Imran, 140..penawar hati saya bila kecewa..


Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah tercedera juga dan) mendapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaaannya hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), Kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran), dan supaya nyata yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian daripada kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

life's like that(",)..
as the wheel on the bus go round n round..
kita pun camtu la..
kejap atas..kejap bawah..
lagipun..
kalau tak kena hujan..bila masa nak nampak pelangi kan?
(^_^)
Kita ini, bernafas dengan izinNYA, 
bergerak dengan kekuatanNYA..
maka TIADA APA yang mampu kita lakukan TANPA DIA.
TIDAK ADA.

maka bila lemah,
adulah pada DIA..
kerana DIA MAHA KUAT.
semoga diberikan dirimu sedikit kekuatan.

kita hanya HAMBA
koma
maka kita SENTIASA perlukan DIA, 
noktah.

bernafas~

aku tidak pasti..
apa mimpi semalam atau realiti hari ini.
Yang membuat jiwaku sedikit gundah
Tentang isi hatiku
Apakah ada cahaya_
Atau kaya dengan aswadnya dosa_
tentang perasaaanku;
pernahkah ikhlas_
atau sentiasa mengharap dibalas_
tentang kasihku;
adakah layak setia_
atau hanya sandaran semata_

aku tidak pasti-
adakah aku ini;
telah seorang muslimah,
atau masih seorang perempuan_

ArRahim,kurniakan aku nusrahMU..
Untuk bernafas dalam ketidakpastian ini_


Begitu rasanya..

Tenang.
Begitu rasanya
Bila hati kita bebas dari cinta yang tak halal.
Bahagia.
Begitu seronoknya
Bila kita tahu kita tak menduakan cinta zaujah kita.
Indah.
Begitu rasanya
Bila kita cinta dia kerana DIA..
Dan bila dia cinta kita kerana DIA.
Diberkati.
Begitu natijahnya
bila iktilat terjaga
antara kita dan dia.
Sampai syurga.
Begitu penamatnya
Cinta kita dan dia
Bila redha dan berkat Pemilik Segala Cinta mengiringi.
InsyaAllah_