ini saya-

In the name of Allah,

saya persembahkan contengan saya. ini contengan, bukan lukisan.

ini tentang saya dan kehidupan.
coret-coret sebuah perjalanan mengenal Tuhan.

ArRahim melihat saya yang menulis, dan anda yang membaca, haa..jangan berani nak buat ikut suka.

hijrah itu superb. tapi sy lambat. tolong saya, bagi tazkirah. orang kata, tolong-menolong amalan mulia.

Semoga nasrullah mengiringi sebuah perjalanan usaha atas iman. usaha anda. usaha saya. usaha kita. dan usaha mereka.

usaha yang tulus mampu tembus hingga ke alam luar kalkulus._32492says

iman is like an airplane. the higher you go up. the smaller things on earth look_imam safi khan says


berjalan. kadang senget. berlari. kadang terjatuh. biar. Allah tahu. daku yakin.

Lilypie Kids Birthday tickers

Aug 23, 2010

Tiap wajah berkisah~


Tiap wajah berkisah..
hanya ini yang mampu saya katakan melalui pengalaman hampir 2 bulan bekerja di hospital.

sungguh..Allah itu maha GENIUS..maha BESAR..maha BIJAK..malah merupakan PENGURUS dan PENGARAH TERbaik dalam dunia. DiujiNYA saya sebagai hambaNYA dengan tujuan untuk menggugurkan dosa-dosa saya yang banyak..moga hati saya lebih bersih. Tapi sayang..berapa saat sahaja saya mampu bersyukur dengan ujianNYA?

Semalam saya membaca BHT (bed head ticket) seorang pesakit..
Liver abscess with amoebic metastasis..
nauzubillahiminzalik..berat ujian Allah untuknya. harga sebuah hidayah barangkali..wallahualam.
tapi dia kelihatan tenang..hikmah sabar.

Hari sebelumnya saya membaca BHT pesakit katil sebelahnya..ada 2 diagnosis..
1)Hipertension.
2)Renal mass with abcess
Astaghfirullah!! sedangkan pada luarnya dia kelihatan sangat sihat. malah kedatangannya ke hospital pun hanya untuk mengambil ubat tekanan darah tinggi.

Pada hari yang sama, saya membaca 1 lagi BHT..
Acute appendicitis..
dia muda setahun dari ibu saya..dan anak sulungnya pun muda setahun dari saya.

Kemudian saya melihat wajah-wajah jururawat..yang membuat pelbagai kerja dalam 7 jam masa bertugas..sibuk.penat.Tersenyum.

Saya perhatikan wajah-wajah doktor pelatih..yang berehat hanya beberapa jam sehari, yang sentiasa cuba memerah segala apa yang mereka pelajari untuk mencari diagnosis penyakit..bersemangat, walau letih.
menentukan rawatan dan ubatan terbaik untuk penyakit tersebut.
dan mungkin kerana mereka pelatih..maka mereka selalu kalut..apabila doktor terlatih membuat rondaan.

Saya melihat wajah-wajah doktor terlatih..yang garang memarahi doktor pelatih apabila ada perkara yang kurang tepat dalam pandangan mereka.
tapi akhirnya,sama-sama menunjukkan wajah kalut apabila doktor pakar membuat rondaan.

sungguh..tiap wajah berkisah.
kisah yang berbeza untuk setiap orang.
emosi yang berbeza untuk pada orang.
penerimaan yang berbeza dari setiap orang.
Doa yang berbeza dari setiap orang.

bukan 5, bukan 19 tapi berbilion-bilion manusia di atas muka bumi ini.
berbilion-bilion kisah.
berbiliom-bilion cerita.
berbilion-bilion keluhan.
berbilion-bilion doa.

sungguh..tiap wajah berkisah. tapi Allah?
Satu. Tunggal. Esa.
bagaimana DIA menguruskan berbilion-bilon kisah itu?
mendengar berbilion-bilion doa.
mendengar berbilion-bilion keluhan.
menentukan babak sambungan untuk setiap cerita.

Hebat. kerana DIA maha mendengar.
Hebat. kerana DIA maha mengetahui.
Hebat. kerana DIA..adalah tuhan kita yang MAHA ESA.

saya ada Tuhan sehebat ini, apa lagi yang perlu saya risaukan?
hanya dosa saya sahaja.
itupun, pasti DIA akan membantu.
memberikan ujian sebagai kifarah dosa.

tiap wajah berkisah.
koma.
maka bersyukurlah.
noktah.

semoga saya sentiasa mendapatnusrahNYA untuk bersyukur dengan setiap ujian..

No comments: