ini saya-

In the name of Allah,

saya persembahkan contengan saya. ini contengan, bukan lukisan.

ini tentang saya dan kehidupan.
coret-coret sebuah perjalanan mengenal Tuhan.

ArRahim melihat saya yang menulis, dan anda yang membaca, haa..jangan berani nak buat ikut suka.

hijrah itu superb. tapi sy lambat. tolong saya, bagi tazkirah. orang kata, tolong-menolong amalan mulia.

Semoga nasrullah mengiringi sebuah perjalanan usaha atas iman. usaha anda. usaha saya. usaha kita. dan usaha mereka.

usaha yang tulus mampu tembus hingga ke alam luar kalkulus._32492says

iman is like an airplane. the higher you go up. the smaller things on earth look_imam safi khan says


berjalan. kadang senget. berlari. kadang terjatuh. biar. Allah tahu. daku yakin.

Lilypie Kids Birthday tickers

Jun 29, 2011

IM?

Dengan namaNYA yang Maha Sempurna..Assalammualaikum,
IM? apa tu? IM = Isra' Mikraj:)
27 Rejab.
apa yang menjengah minda kita saat ini?
Adakah perjalanan matahari kita mengetuk pintu hati..membuka jendela jiwa?
Kerana kita An-nas (manusia) yang bersifat nasiya (pelupa)..maka sempena ulangtahun peristiwa Isra' Mikraj kekasihNYA, ingin saya menyegarkan memori saya dan anda tentang peristiwa yang menjadi puspa sejarah itu..
semoga bermanfaat (",)_ 

Ringkasan Peristiwa Israk Dan Mikraj

Pre Israk dan Mikraj

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.


Jun 26, 2011

Tiada lagi kidungnya_




Ukhuwah itu menjadi longgar..
lalu aku tidak lagi mendengar kidungnya..
ArRahman..engkaulah yang membolak-balikkan hati..
Ku mohon wahai Tuhan..peliharalah ukhuwah ini..
Kerana kucintai saudaraku ini..lebih dari diriku sendiri..
Maka sejahterakanlah dia..
bahagiakan hidupnya..
Kuatkan hati dan imannya..
Jika jurang ukhuwah ini wujud kerana cintaMU..
Maka semoga apa yang tersimpan di hati
menjadi kenangan hingga pertemuan di syurgaMU nanti..
Sampai  saat itu wahai saudaraku..
kidungmu kujadikan lagu.
Semoga sepanjang tahun ini..dan tahun-tahun akan datang..dirimu; Luqman Abdul Hannan berada dalan kebaikan_
Aminn..

Jun 24, 2011

Hati kata RINDU~

Di hati ini ingin melafaz kata

Kata kasih pada-Mu yang ku rindu
mengharap sentuhan maghfirah-Mu

Hati kata rindu
Hanya pada-Mu ooh tuhanku
Yang sering aku
Biar berlalu ke hujung waktu

Jun 23, 2011

Hukum berikhtilat mengikut pandangan ulama' kontemporari dan kaedah usul_

Saya tidak tahu..tapi saya ingin tahu.
maka saya mencari..
saya jumpa.
kemudian saya berfikir..
dan saya cuba memahami
InsyaAllah_

ini antara hasil carian saya. syukran jazilan ila fikrah halaqah.

Jun 20, 2011

Kerana bait itu sebenarnya buat kita..



"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dlm kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan.."

-Imam Hasan Al-Basr

Saya bukanlah dai'e yang hebat..tetapi sedang berusaha menjadi seorang dai'e.
Ya, saya bekas pelajar sekolah agama.
Tapi adakah itu bermakna saya lebih baik dari mereka yang tidak bersekolah agama?
Tidak.
Ia hanya bermakna ArRahman memberi saya peluang untuk merasai dan mengenali apa itu tarbiyah.
Saya bertudung labuh.
Adakah itu bermakna saya lebih baik dari mereka yang bertudung dengan saiz sederhana?
Tidak.
Ia hanya bermakna saya sedang dalam usaha untuk memperbaiki diri saya.

Saya bukanlah yang terbaik.
Hanya berusaha untuk menjadi lebih baik.
Lalu kenapa memberi peringatan?
Pada saya, apa pun peringatan yang kita beri pada orang lain, sebenarnya, peringatan itu adalah untuk kita.
kenapa begitu?

Kerana Maha Pemberi Ilham telah mengilhamkan kita untuk mengingatkan perkara tersebut kepada orang lain..tetapi..
sebelum butir bicara itu sampai pada orang lain..
otak kita yang mencernanya dahulu_
mata kita yang membacanya dahulu_
telinga kita yang mendengarnya dahulu_
maka bukankah ingatan itu sebenarnya KHAS buat kita..
dan umumnya untuk mad'u kita?

Jadi sampaikanlah peringatan..walau diri kita tidak sempurna..kerana ia sebenarnya buat kita.
Cuma INGATlah untuk berhati-hati dengan apa yang kita sampaikan..
kerana KELAK kita akan di uji dengan butir bicara kita sendiri~

Saya ingin menjadi lebih baik.
Saya ingin terus berusaha menjadi lebih baik.
saya ingin.
Maka saya mengingatkan..
Supaya saya mendapat peringatan.

Semoga nasrullah mengiringi perjalanan usaha ini.
Koma.
Aminn..
NoktaH.


Will you hate me? Dawud Wharnsby

Smile in the two- way mirror of my eyes
I put on my faith like I wear a disguise
You can’t see my soul
See the life that I live
Show you the mask of the best I can give
I’ve hid here afraid like a child behind.
Truth of my thoughts that clutter my mind.
What if you knew about all that I do?
Things that I think,
The me that is true.

Would you call me a hypocrite?
Call me a liar?
Would you curse out my name?
Would you damn me to fire?
Would you know what to say?
Or would you just walk away?
Afraid the me I’ve tried to hide
Would you closely resemble the truth of you that lies inside?

I’ve been looking for answers since becoming an adult
Not looking for dogma to live like a cult
I’ve been looking to live,
I’ve been living to find
Freedom from cages that limit my mind.

Would you call me a hypocrite?
Call me a liar?
Would you curse out my name?
Would you damn me to fire?
Would you know what to say?
Or would you just walk away?
Afraid the me I’ve tried to hide
Would you closely resemble the truth of you that lies inside?

Will I scare you, upset you, frustrate you, irate you?
Challenge a lifestyle or weaken your trust
Or will you see my efforts and my passionate sincerity
Would you see just a little of yourself in me
Will you take off your mask so we can both be free.

Would you call me a hypocrite?
Call me a liar?
Would you curse out my name?
Would you damn me to fire?
Would you know what to say?
Or would you just walk away?
Afraid the me I’ve tried to hide
Would you closely resemble the truth of you that lies inside?




honesty_



kerana ikhlas itu..umpama semut hitam pada malam yang gelap..
tersembunyi.
hanya bila ia merayap ke kulit..
atau ia menggigit..
atau kita melihat dengan mata hati..
kita sedar dia ada di situ.

kerana ikhlas dan jujur itu semacam kembar.
maka mereka selalu bersama.
sentiasa.
sumtimes,truth hurts.
reality bites.
tapi lies burn.
that is why, "katakanlah yg benar walaupun pahit".

begitulah.
ia sukar.
tapi saya mahu memilikinya.
jika sekiranya hati ini tidak layak,
biarlah jasad dan jiwa ini tahu
hati ini telah berusaha.

maka semoga saya beroleh nusrahNYA
koma.
Aminn
Noktah.

Jun 18, 2011

sedetik lebih?


Dengan namaNYA yang maha mengasihi
Assalammualaikum_

skang ni jam 12.30 pm. n pada waktu ini..sy masih depan laptop_dengan hati yg bercelaru,minda yg berantakan,case study yg blum siap,tp cadar dh tegang la..ekeke.n byk lg la yg belum nya.. belum itu..belum ini..belum nikah..ups! tersebut pulak. haha. belum jumpa calon. ngeh2.

I'm waiting for my imam to come n fetch me dgn kykinan istikarahnya..
(hubby i yg xthu sape tu..take note okay) <--okey,ini agk over n memalukan. eeja,insaf cket bole x?

okey..okey..back to the point. sedetik lebih. apa ni? haa..ni la tjuk lagu anuar zain yg tebaru aka lagu tema flem hikayat merong mahawangsa. lirik dia ok jugak..very sweet. cuma harapnya jgn ad yg salah parking dgr lagu ni. xpaham..xpaham...
mksdnya: dgr lirik-lirik sweet lagu ni..pstu terbayang la si dia y belum n xpsti lg kita miliki tu. eleh..pura2 xfaham pulak..gewe/cewek/balak/mata air/markha n yg swktu dgnnya la. jom kta cek lirik lagu ni:

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu..

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa..

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu..

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu..

haa..sweet tak sweet? terharu dgr ooo..bukn stakat air mata..air hidung kluar skali nih..
kesweetan (ke'sweet'an) ini hanya layak kita berikan kepada yg sepatutnya..JANGAN SALAH PARKING!
parents..siblings..hasband/wife..soulmate aka bestfriend.
Syaitan ni ad yg dh ad pHD..jd dorg mmg terer la bab-bab mengotorkan hati kita ni. ada jak method bru yg dorg release. paling mudah, ni la..SOAL HATI.
i lap u..u lap me..jom main lap2. fikir-fikirkanlah..
each time we have sumthing s our halwa telinga..b sensible..jgn biar kita kalah dgn syaitan.
(eeja, take note okay)<--sy nasihatkan diri sy jugak.

tapi kan, ad lg 1 point yg nk dkongsi..
JANGAN SIAKAN walau hanya sedetik lebih..
walau hanya sedetik lebih..ada banyak yg boleh berlaku..
cthnya_

12:12:12 = dgr lagu d radio
12:12:13 = "tiada lafaz yang lebih agung"
12:12:14 = "kalimah cintamu yang kutunggu-tunggu" (istighfar ps bc nih)
12:12:15 = "biar jasadku yang menanggung"
12:12:16 = "permainan darimu"
12:12:17 = "relaku pujuk.."

okey..tgk pada detik ke 13 n 14. 'tiada lafaz yang lebih agung kalimah cintamu yg kutunggu-tunggu'.
that particular person tu tuhan ka? boleh bayang tak apa natijah lirik ni kalo kita salah parking? think people,think! (ni bru dalam sedetik..kalo seminit? sejam? sehari?)
subsidi nyawa tu..Allah bagi pinjam..dia yg kita rasa sumber nyawa tu makhluk mcm kita jugak..

JANGANLAH CINTAMU ITU BERLEBIHAN N JANGANLAH MARAHMU ITU MEROSAKKAN..

"pemilik cintaku SELEPAS Allah n rasul" <-- when we love someone,PASTIkan ni. (kalo perempuan)
"pemilik cintaku SELEPAS Allah, Rasul n ibuku <--this is for guys.
eh,ngini? why? qiu? timkaiyya?
sebab..tanggungjawab seorang ank lelaki terhadap ibunya tidak akan selesai shingga si anak tersebut mninggal dunia. <---bakal suami,take note. jgn lebihkan isteri. bakal isteri, take note. awk pn bkl jd ibu jgk nnt.

ni lagi 1 cth..

12:19:10 = jalan-jalan d pekan rabu (TAK pakai stokin nih)
12:19:11 = lalu kedai 1_pakcik 1 nmpak kaki kita
12:19:12 = pakcik 2 n pakcik 3 pun nmpk kaki kita
12:19:13 = abg 1,abg 2, abg 3 n abg 4 pn nmpk kaki kita
12:19:14 = naek eskelate..lagi la ramai abg2 n pkcik2 yg nmpk kaki kita

dalam detik 11 n 12 (sedetik) kita dh dpt dosa tak menutup aurat
dalam detik 13 n 14 (sedetik) kita dapat lg dosa tak tutup aurat
dalam beberapa detik ni..kita dah kumpul beberapa dosa..sedangkan kita boleh ubah jd cmni:

12:19:10 = jalan-jalan d pekan rabu (pakai stokin nih)
12:19:11 = lalu kedai 1_pakcik 1 TAK nmpak kaki kita
12:19:12 = pakcik 2 n pakcik 3 pun TAK nmpk kaki kita
12:19:13 = abg 1,abg 2, abg 3 n abg 4 pn TAK nmpk kaki kita
12:19:14 = naek eskelate..Xda abg2 n pkcik2 yg nmpk kaki kita

dari aspek stokin ni..at least, dalam beberapa detik yg berlalu, kita tak menghimpun dosa..kan?
bila smpai masanya nnt..pahala dan dosa dalam sedetik lebih pun kita kan berkira.. betul nih..i tell u..dia ibarat mcm hujung2 bulan la..1,2 ringgit pn kta ambik kesah.

see? masa ni mmg mahal la nk kata. even a second plays a crucial role in our life. kita boleh dapat dosa atau pahala..dalam hanya sedetik lebih. lebih2 lagi kita dalam dunia medic ni..we can either b a murderer or a hero  in just sedetik lebih.
Mistakes in a second may cost us a lifetime regret (muka serius)
.. walau hanya sedetik lebih. jd, jom hargai masa. jgn lupa wujudnya perkataan SEKARANG selain NANTI. (but i usually choose 'nanti'..T_T.. )

saudara-saudara kita d asia barat kta,MASA ibarat PEDANG. kalo kta xhandle baik2, dia akan TIKAM kta. lepas tu kalo p emergncy,COD (cause of death): diTIKAM oleh MASA..nak?

perkara yg paling jauh adlh masa lepas..we wont even get it back.
Procastination is a waste of time <--sila baca dgn nada yg tegas smbil pakai spek okey.

ini adalah antara pnyakit terkronik yg saya ad. smoga peringatan ini akn dibaca oleh mata sy kmudian dicerna olh otak saya n dijadikan nasihat oleh hati saya yang sering terlupa~

THE POWER OF NOW..try jom^_^