ini saya-

In the name of Allah,

saya persembahkan contengan saya. ini contengan, bukan lukisan.

ini tentang saya dan kehidupan.
coret-coret sebuah perjalanan mengenal Tuhan.

ArRahim melihat saya yang menulis, dan anda yang membaca, haa..jangan berani nak buat ikut suka.

hijrah itu superb. tapi sy lambat. tolong saya, bagi tazkirah. orang kata, tolong-menolong amalan mulia.

Semoga nasrullah mengiringi sebuah perjalanan usaha atas iman. usaha anda. usaha saya. usaha kita. dan usaha mereka.

usaha yang tulus mampu tembus hingga ke alam luar kalkulus._32492says

iman is like an airplane. the higher you go up. the smaller things on earth look_imam safi khan says


berjalan. kadang senget. berlari. kadang terjatuh. biar. Allah tahu. daku yakin.

Lilypie Kids Birthday tickers

Dec 29, 2013

menduakan.

bismillah.
atas nama Tuhan yang Maha Cinta.

Daku dulunya telah berjanji untuk setia.
tapi daku lupa.
 
sedari dulu,
daku tidak menangis pada mana-mana bahu.
segalanya daku pendam.
hanya pada hujan, daku mengadu.
 
kerana itu,
daku cinta pada hujan.
basah.
mengalir.
membasuh bersih segala rasa.
membawa pergi segala derita.
 
daku rasa bahagia seperti itu, 
berkasih-kasih dengan Tuhan.
 
kemudian Tuhan hantarkan dia.
menggantikan hujan.
 
sudah lama daku tidak berhujan.
lama.
kerana dia ada.
 
daku seperti lupa pada Dia.
pada jalan ini.
ingat-ingat,
tapi lupa.
 
Ampuni aku ya Tuhan, tanpa sedar jalan ini aku duakan. 

apa kerana ini,
hati ini Engkau patahkan, wahai Tuhan?
 
aku mahu kembali,Tuhan.
Apa Engkau sudi terima?

Dec 16, 2013

tawar.

Bismillah.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Rasulallah sallallahu alaihiwassalam.
ArRahman, hangatkan saudara kami yang kesejukan di Syria dengan kasihMu.

Tuhan, redhai daku yang menulis.

tawar.

daku baru memahami erti perkataan ini, kelmarin.
atas perkataan ini juga,
daku akhirnya memahami rasa dipaksa pergi
rasa tidak disukai.
dan rasa kecil hati.

Tuhan nyata begitu teliti ketika menciptakan sebuah jiwa.

Rasa itu nyatanya tidak bertempat.
bukan di jantung,
bukan juga di paru-paru
apa lagi di hati.

tanpa tempat jiwa menjadi tempat berkumpulnya segala macam perasaan.
daku sendiri tidak tahu daku mampu menghimpun dan merasakan perasaan sebanyak ini dalam satu-satu masa.

Dunia dan insan-insan didalamnya seperti berlaku jahat kepadaku. Hampir daku berputus asa memujuk hati sendiri.
tapi Tuhan, nyatanya begitu mengasihi.




Tuhan, daku tahu Engkau begitu cinta.
Apa Engkau sudi menurunkan titis cinta dari langitMU, kepadaku?
seperti masa dulu?


atas ujian ini,
Tuhan..daku mohon..redhalah Engkau padaku.

daku,
dengan sepenuh jiwa
percaya padaMU.

Rasa apapun yang Engkau tiupkan dalam jasad ini,
Daku redha dan daku percaya.

daku percaya,
masih.
tiba saatnya,
Engkau akan izinkan daku kembali.