ini saya-

In the name of Allah,

saya persembahkan contengan saya. ini contengan, bukan lukisan.

ini tentang saya dan kehidupan.
coret-coret sebuah perjalanan mengenal Tuhan.

ArRahim melihat saya yang menulis, dan anda yang membaca, haa..jangan berani nak buat ikut suka.

hijrah itu superb. tapi sy lambat. tolong saya, bagi tazkirah. orang kata, tolong-menolong amalan mulia.

Semoga nasrullah mengiringi sebuah perjalanan usaha atas iman. usaha anda. usaha saya. usaha kita. dan usaha mereka.

usaha yang tulus mampu tembus hingga ke alam luar kalkulus._32492says

iman is like an airplane. the higher you go up. the smaller things on earth look_imam safi khan says


berjalan. kadang senget. berlari. kadang terjatuh. biar. Allah tahu. daku yakin.

Lilypie Kids Birthday tickers

Oct 27, 2013

buat tulip putih yang daku cinta_

 Bismillah.

Daku sentiasa percaya, ujian itu berkadar langsung dengan kemampuan.
Dan daku juga yakin, bumbung rumah kita mempunyai tangan terbuka menerima kedua-dua nikmat atau ujian.
Maka kita yang punya iman dalam dada, harus lebih merelakan.

dan puisi ini, buat ahli hati yang kini sedang diuji.
Sabar dan kuatlah.
Allah sedang memandangmu penuh cinta.


Dan atas dugaan ini,
Daku pinta Tuhan membahagiakanmu.
Menghantar untukmu seorang penolong,

Agar kamu kuat.

Daku mahu,
Daku sungguh sungguh mahu
Allah redha kepadamu.


faiza.nadwa;261013
bawah langit penuh cinta.

mimpi yang sempurna?

Dan daku tidak tahu,
Apa takdirku ku sandar pada Tuhan
Atau hanya pada impian.

Aku malah buntu
Doaku..kuhantar dengan iman,
Atau sekadar kemahuan.

Mimpiku ini,
Adakah sempurna niatnya kerana Ar-Rahman?


faiza.nadwa_
bawah langit penuh cinta
261013_1910

Oct 20, 2013

petani yang buntu.

Bismillah.
Moga Allah redha.

Dunia adalah tentang memegang amanah; melaksanakannya, serta membuat keputusan dari pilihan-pilihan yang ada.
Dan kerana hidup dan kehidupan adalah rahsia Tuhan yang nyata,
maka kepada Tuhanlah kita harus bertanya tentang apa pun pilihan yang ingin kita buat.

Kenapa mesti Allah?
Kerana tidak ada walau sehelai daun pun yang gugur di luar pengetahuanNYA. (Al-an'am:59)
Dan kerana Allah tahu apa yang ada dalam setiap hati, meski nyata atau rahsia.(Al-Mulk:13)

Ada seorang petani yang diberikan rezeki memiliki sebidang tanah yang luas. Kering, dan tidak mengizinkan tanaman.
Tanah seluas itu, hanya di isi dengan rumahnya; kerana hanya itu yang dia ada.

Maka suatu hari, petani yang ingin mencari rezeki diberikan sampan kecil untuknya berusaha.Maka petani bertanya kepada Allah, haruskah dia menerima sampan itu..sedang lautan berada jauh dari kawasannya.Dan Allah menjawabnya dengan menjadikan seisi rumah si petani merasa lapang terhadap sampan itu. Maka petani mengambilnya.