Assalammualaikum reading eyes:)
harapnya lulus untuk subjek-subjek ini:
semoga Ramadhan lalu menjadikan kita lebih baik, insyaAllah.
Usaha yang tulus mampu tembus hingga ke alam luar kalkulus! soleh=cool lagi maveles. solehah=gojes lagi osem.
In the name of Allah,
saya persembahkan contengan saya. ini contengan, bukan lukisan.
ini tentang saya dan kehidupan.
coret-coret sebuah perjalanan mengenal Tuhan.
ArRahim melihat saya yang menulis, dan anda yang membaca, haa..jangan berani nak buat ikut suka.
hijrah itu superb. tapi sy lambat. tolong saya, bagi tazkirah. orang kata, tolong-menolong amalan mulia.
Semoga nasrullah mengiringi sebuah perjalanan usaha atas iman. usaha anda. usaha saya. usaha kita. dan usaha mereka.
usaha yang tulus mampu tembus hingga ke alam luar kalkulus._32492says
iman is like an airplane. the higher you go up. the smaller things on earth look_imam safi khan says
Tidak bertemu mata, tidak bertemu suara, tidak mengungkap janji, tidak bermadah cinta, cukuplah kata mengingat Tuhan, cukuplah nasihat serta teguran, cukuplah aku tahu kau punya agama dan iman. Soal hati dan perasaan biar masa menentukan. Hati kita Allah yang punya, hati kita Allah yang jaga. Berdoalah, kerana itu senjata kita. Andai takdir hidup bersama, pasti Allah permudahkan jalannya. :)
Tidak perlu berkata-kata manis bila saling menyintai. kerana cinta itu bukan pada ucapan tapi pada hati. Walau dipendam seperti Fatimah dan Ali, tetap Allah maha mengetahui. dan cinta yang hakiki itu datangnya dari Ilahi:)
Kalau berjodoh tidak kemana. walau jauh,Allah dekat,dekat dan dekatkan lagi. Sungguh, aturan Allah tidak dapat kita jangka. Serahkan sahaja pada DIA. Kita, senyum. Biar hati sahaja yang berbicara.
Ukhuwah itu menjadi longgar..
lalu aku tidak lagi mendengar kidungnya..
ArRahman..engkaulah yang membolak-balikkan hati..
Ku mohon wahai Tuhan..peliharalah ukhuwah ini..
Kerana kucintai saudaraku ini..lebih dari diriku sendiri..
Maka sejahterakanlah dia..
bahagiakan hidupnya..
Kuatkan hati dan imannya..
Jika jurang ukhuwah ini wujud kerana cintaMU..
Maka semoga apa yang tersimpan di hati
menjadi kenangan hingga pertemuan di syurgaMU nanti..
Sampai saat itu wahai saudaraku..
kidungmu kujadikan lagu.
Semoga sepanjang tahun ini..dan tahun-tahun akan datang..dirimu; Luqman Abdul Hannan berada dalan kebaikan_
Aminn..
12:12:12 = dgr lagu d radio
12:12:13 = "tiada lafaz yang lebih agung"
12:12:14 = "kalimah cintamu yang kutunggu-tunggu" (istighfar ps bc nih)
12:12:15 = "biar jasadku yang menanggung"
12:12:16 = "permainan darimu"
12:12:17 = "relaku pujuk.."
12:19:10 = jalan-jalan d pekan rabu (TAK pakai stokin nih)
12:19:11 = lalu kedai 1_pakcik 1 nmpak kaki kita
12:19:12 = pakcik 2 n pakcik 3 pun nmpk kaki kita
12:19:13 = abg 1,abg 2, abg 3 n abg 4 pn nmpk kaki kita
12:19:14 = naek eskelate..lagi la ramai abg2 n pkcik2 yg nmpk kaki kita
12:19:10 = jalan-jalan d pekan rabu (pakai stokin nih)
12:19:11 = lalu kedai 1_pakcik 1 TAK nmpak kaki kita
12:19:12 = pakcik 2 n pakcik 3 pun TAK nmpk kaki kita
12:19:13 = abg 1,abg 2, abg 3 n abg 4 pn TAK nmpk kaki kita
12:19:14 = naek eskelate..Xda abg2 n pkcik2 yg nmpk kaki kita
situasi 1: A suka dengan B. Satu hari, A dengar B gtau kawan2 dia,”Saya suka warna merah”. Maka sejak itu, A yang hanya suka warna-warna lembut terus menyukai warna merah. Baju-baju 89% kaler merah dari pelbagai tone. Cadar,beg,semualah..merah semerahnya. Penangan cinta..
Situasi 2: C dan D ni suami isteri. C suka tembikai susu. D suka tembikai merah. Disebabkan D suka tembikai merah, maka C pun menyukai tembikai merah. Hari-hari hidang tembikai merah.
Situasi 3: emak F suka tauhu. F memang tak suka tauhu. Tapi sebab mak dia suka tauhu, seminggu 3 kali dia masak tauhu untuk makan malam.
Situasi 4: Anas bin Malik radiallahuanh meriwayatkan; “Seorang penjahit mengundang Rasulallah s.a.w dalam jamuan makan yang hidangannya dibuat sendiri. Saya pergi menemani Rasulallah ke undangan itu. Kepada Rasulallah s.a.w, tuan rumah menghidangkan roti yang dibuat dari gandum serta kuah berisi labu dan daging. Saya melihat baginda mencari-cari labu dalam mangkuk. Maka sejak itu saya menyukai labu.”
(Riwayat Tirmidzi,Bukhari,Muslim,Abu Dawud dan Darami)